Anda di halaman 1dari 19

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan

izin kurnianya saya dapat meyelesaikan tugasan bagi kod subjek Pengurusan dan Pengelolaan

Kokurikulum (DWE 20803) dengan baik sekali. Dengan kesempatan ini saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Madya DR.Megat Ahmad Kamaluddin Bin Megat

Daud, selaku pensyarah Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum yang telah meletakkan

sepenuh kepercayaan beliau untuk saya menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana telah

banyak menyokong untuk terus berusaha bagi menyelesaikan tugasan ini. Dan saya juga ingin

mengucapkan sekalung terima kasih kepada rakan – rakan seperjuangan kerana telah membantu

dan memberikan idea sepanjang proses penyiapan tugasan ini dilaksanakan. Segala bantuan yang

telah mereka hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa sokongan dan bantuan mereka saya tidak

dapat meyelesaikan tugasan ini dengan baik.

Sekian, Terima Kasih.

3
2.0 PENGENALAN
Sekolah adalah satu tempat awalnya manusia menerima pendidikan dari segi akademik,
amali, kokokurilum dan lain-lain lagi. Hal ini kerana setiap pelajar atau setiap manusia perlu
dihantar ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan awal yang dinyatakan seperti berikut. Oleh itu
juga, akademik bagi pelajar adalah sangat penting kerana dengan akademik pelajar dapat
memajukan negara Malaysia kea rah kecermelangan.

Seterusnya, bukan hanya akademik yang dapat dipelajari di sekolah bahkan dari segi
kokokurikulum juga sangatlah penting dan sudah disediakan dalam pembelajaran di sekolah
(Sheila Michael, Abdul Said Ambotang, 2019). Bagi sekolah rendah yang terlibat dalam
kokokurikulum adalah pelajar tahap 2 dan sekolah menengah pula adalah semua pelajar akan
terlibat dengan aktiviti kokokurikulum. Aktiviti kokurikulum ini diwujudkan bagi pelajar
mengetahui cara menjalankan satu organisasi, untuk digunakan semasa di alam Universiti dan di
alam pekerjaan. Selain itu juga, kokurikulum juga mengajarkan pelajar supaya berani, yakin
tampil ke hadapan dan berkomunikasi dengan ramai orang bagi menyuarakan setiap aktiviti atau
idea yang kreatif.

Laporan Jawatankuasa Kabinet telah menyatakan tentang pengkajian Dasar Pelajaran


Kebangsaan telah memberi perakuan :

“Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan dan kelab yang boleh mendatangkan faedah
kepada pelajar. Pemilihan persatuan dan kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan
kepada kemudahan yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta keperluan
tempatan”

Kokurikulum mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mengajarkan kepada pelajar


supaya sentiasa memupuk keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani,
jasmani dan sosial pelajar. Pelajar akan mendapatkan sesuatu perkara yang berfaedah melalui
aktivi kokurikulum ini. Dengan cara menyertai aktiviti ini, pelajar dapat menghabiskan masa
dengan perkara yang faedah dan gaya hidup yang sihat (Nursuhaila Mohamad Zaini, Tajul Arifin
Muhamad, 2022). Seperti yang dinyatakan juga, kokurikulum juga dapat melahirkan pelajar yang
berkeyakinan, berdisiplin, bekerjasama, berinteraksi dengan baik dan patuh kepada undang-
undang negara. Kokurikulum adalah satu aktiviti yang berlaku di luar bilik darjah yang ada

4
kaitan dengan mata pelajaran kurikulum. Unit kokurikulum yang disediakan di sekolah adalah
kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Kegiatan ini adalah melahirkan
sifat bertanggungjawab, amanah dan toleransi dalam setiap perkara yang ingin dilakukan
khususnya kepada pejalar Islam.

Kokurilum yang disediakan di sekolah adalah seperti persatuan, sukan dan badan beruniform.
Antara faedah yang dapat diperolehi oleh pelajar adalah seperti mengisi masa lapang mereka
dengan aktiviti yang tidak melalaikan supaya pelajar dapat mengetahui bakat mereka yang lain
dengan bantuan dan bimbingan daripada guru atau juralatih profesional. (Mohd Azam bin
Muhamad Akhir, Muhammad Nubli Abdul Wahab, Zarina Mohd Al, 2016) Di samping itu juga,
pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai latar belakang gerko yang disertai serta
mendapatkan pengalaman dari aktiviti yang disediakan dalam persatuan, sukan dan permainan
dan unit beruniform seperti kawad kaki, masak di hutan, aktiviti perkhemahan dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, kokurikulum juga salah satu jalan bagi menyihatkan tubuh badan dengan
permainan bola sepak, bola tampar yang bukan saja menyihatkan tubuh badan bahkan dapat
mencergaskan fizikal dan mental serta menguatkan stamina badan. Akhir kata, pelbagai andaian
dan percakapan oleh ibu bapa dan warga masyarakat mengenai kehadiran pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dan kokurikulum ini adalah WAJIB disertai dan dihadiri oleh semua murid di
sekolah bersadarkan Warta Kerajaan Bertarikh 31 Disember 1997.

2.0 PROSEDUR PENUBUHAN UNIT-UNIT KOKURIKULUM

Terdapat dua kategori bagi prosedur penubuhan persatuan di sekolah iaitu

 Penubuhan persatuan yang tiada badan induk


 Penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk.

i. Penubuhan persatuan yang tiada badan induk

Persatuan ini tiada pengawasan dan pengelolaan secara khusus dari badan induk di luar
institusi pendidikan dalam mengawasi dan mengelola persatuan ini dengan lebih khusus.
Contohnya FAM, MSSD mereka bebas untuk mewujudkan dan menubuhkan persatuan
yang seperti berikut. Selain itu juga, persatuan ini ditubuhkan melalui Mesyuarat

5
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah oleh pengetua atau guru besar sekolah dan justeru
itu jika pihak sekolah masih belum mewujudkan lagi sesuatu bidang Gerko di sekolah,
lebih baik guru yang berminat dan bercita – cita untuk mewujudkan satu kelab yang
memang telah menjadi pakar bagi guru tersebut dan yang disukai oleh pelajar untuk
membimbing dalam mengasah bakat pelajar tersebut dan guru yang pakar ini mestilah
membuat rundingan dengan bersama pengetuan atau guru besar sekolah untuk
mewujudkan bidang Gerko yang diimpikan tersebut. Antara contohnya adalah kategori
Persatuan Bahasa Arab, Kelab Badminton, Olahraga, Kelab Memanah, Kelab Seni
Lukisan, Kelab Komputer dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan pelajar. Oleh itu,
persatuan dan kelab yang dinyatakan tadi tidak perlu didaftarkan dengan badan induk
yang terdapat di luar institusi pendidikan.

ii. Penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk


Persatuan yang mempunyai badan induk perlulah ditubukan di bawah akta parlimen.
Persatuan ini adalah yang menggabungkan aktiviti yang akan dijalankan dengan badan
induk di luar institusi pendidikan dalam mengelola dan menjalankannya di peringat yang
tinggi seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan serta perlu mendapatkan kebenaran,
kelulusan, pengesahan dan pendaftaran daripada badan induk persatuan berkenaan.
Contohnya kelab, unit beruniform atau persatuan yang akan terlibat seperti Kadet Remaja
Sekolah, Pengakap dan lain-lain lagi. Untuk mendapatkan gabungan dengan pihak intitusi
luar, pengetua, guru besar serta guru penasihat yang terlibat secara langsung haruslah
melakukan perbincangan awal dengan pihak intitusi tersebut supaya dapat ditubuhkan di
sekolah. Untuk menubuhkan Gerko berkenaan di sekolah, langkah yang perlu dilakukan
adalah dengan mengisi borang permohonan dan apabila selesai haruslah dihantar semula
borang tersebut kepada pegawai yang mengendalikan badan induk berkenaan. Pada saat
yang sama mengisi borang tersebut, pihak sekolah juga telah melakukan pendaftaran
anggota bagi peringkat dalaman sementara mengunggu kelulusan pendaftaran. Apabila
pihak sekolah tersebut sudah mendapatkan kelulusan daripada badan induk, pendaftaran
pelajar secara rasmi juga dilakukan oleh pihak sekolah kepada badan induk berkenaan,
melaksana serta menjalankan aktiviti persatuan.

6
3.0 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

Setiap aktiviti persatuan yang dijalankan perlulah disertai dengan perlembagaan dan peraturan
undang-undang yang diluluskan dalam mesyauarat agung. Hal ini juga sama dengan persatuan
yang mempunyai badan induk tetapi berbezanya adalah mereka perlulah mengikut peraturan
yang telah disediakan oleh pihak institusi berkenaan. Faedah dalam mewujudkan perlembagaan
dan persatuan ini adalah bagi memastikan pelajar dapat mengikut dan menjadi panduan kepada
mereka untuk menggerakkan suatu aktiviti didalam persatuan dengan baik dan disiplin.
Seterusnya, dengan adanya perkara ini pelajar akan dapat bertindak melicinkan pejalanan suatu
pertubuhan serta dapat menetapkan bidang kuasa jawatankuasa dengan baik dan berkeyakinan.
Perkara ini juga akan menjalankan fungsinya dengan baik apabila terdapat satu isu berbangkit
yang berlaku. Dengan adanya peraturan dan perlembangaan ini juga pelajar atau guru tidak
dapat mengelakkan diri daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. (Noor Azzam Syah
Mohamed, Noor Azzura binti Mohammed, Noor Hassline binti Mohammed, 2017)

Antara kandungan perlembagaan dan peraturan :

Nama dan alamat persatuan


Matlamat
Lencana dan logo
Cogan kata
Keahlian/keanggotaan
Jawatankuasa induk/kecil (bilangan, tugas dan sebagainya)
Kewangan
Pembatalan dan pembubaran persatuan
Larangan dalam persatuan
Pindaan perlembagaan
Mesyuarat persatuan (agung, jawatankuasa, tergempar)

Unit Gerko di sekolah perlulah mewujudkan perlembagaan dan peraturan penubuhannya


tersendiri supaya mengelakkan daripada melakukan penyalahgunaan kuasa dalam persatuan
tersebut. Seterusnya, unit- unit beruniform di sekolah tidak perlu risau dan hanya perlu mematuhi
peraturan dan perlembagaan yang telah disediakan dan ditetapkan oleh badan induk. Dengan hal
itu juga, tidak boleh dilupakan oleh pihak sekolah dalam mengemaskini perlembagaan dan

7
peraturan sesebuah unit berniform dan persatuan supaya sekolah dapat selaras dengan kehendak
masa yang kian maju kehedapan.

4.0 PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

Di setiap persatuan, unit beruniform dan kelab perlulah melantik jawatankuasa dalam memimpin
dan menguruskan satu organisasi Persatuan, Unit dan Kelab. Perlantikan jawatankuasa adalah
berbeza bentuknya mengikut perlembagaan dan peraturan masing-masing. Terdapat dua ciri
perlantikan jawatankuasa :

o Dipilih dalam mesyuarat agung


o Dilantik oleh pihak tertentu

Pemilihan dan perlantikan jawatankuasa melalui mesyuarat agung dilakukan secara undian iaitu
pelajar akan mengangkat tangan atau undian secara rahsia (kertas undian). Undian ini dilakukan
supaya mendapatkan keputusan yang adil dan saksama dalam kalangan semua pelajar supaya
tidak akan menimbulkan sikap iri hati serta dapat menjalankan amanah dengan baik. Jawatan
yang dipertandingkan adalah :

o Pengerusi
o Timbalan pengerusi
o Setiausaha
o Bendahari
o Ahli jawatankuasa Induk / Kerja

Seterusnya, perlantikan melalui pihak tertentu (pemimpin atau penguasa) akan ditentukan
melalui perbincangan, berpandukan kepada pencapaian atau kebolehan pelajar atau lulus dalam
ujian tertetu yang diberikan. Contohnya, perlantikan Ketua Patrol dalam Pergerakan Pengakap
dan Ketua Platun dalam Kadet Remaja Sekolah. Nama-nama jawatan akan berbeza mengikut
perlembagaan.

8
4.1 STRUKTUR CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PERSATUAN

PENAUNG (GURU BESAR SEKOLAH) DILANTIK OLEH


PERLEMBAGAAAN

PENASIHAT (GURU PENASIHAT) DILANTIK OLEH


PENGETUA/GURU BESAR

DIPILIH DALAM
PENGERUSI/KETUA
MESYUARAT AGUNG

NAIB PENGERUSI / NAIB KETUA DIPILIH DALAM


MESYUARAT AGUNG

SETIAUSAHA DIPILIH DALAM


MESYUARAT AGUNG

DIPILIH DALAM
BENDAHARI
MESYUARAT AGUNG

JAWATANKUASA DIPILIH DALAM


MESYUARAT AGUNG

DIPILIH OLEH
JAWATANKUASA INDUK
JAWATANKUASA KECIL ATAU BIRO

 KEBAJIKAN
 PENERBITAN
 SUKAN DAN KEBAKIKAN
 TUGAS –TUGAS KHAS

9
4.2 BIDANG TUGAS ANGGOTA JAWATANKUASA (AJK)

Carta organisasi bidang tugas anggota jawatankuasa adalah sangat penting bagi memudahkan
stiap program atau aktiviti yang akan dijalankan di setiap sekolah. Berikut adalah huraian-
huraian bagi bidang tugas setiap jawatan dalam organisasi bagi memastikana perjalanan aktiviti
dijalankan dengan amanah dengan lebih cekap, bertanggungjawab dan efisien.

Guru Penasihat / Jurulatih

 Menghadiri dan Memberi nasihat dalam mesyuarat, panduan serta bimbingan di setiap
aktiviti.
 Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan anggota persatuan.
 Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada anggota dalam setiap unit kokurikulum
 Melaksana dan menentukan polisi Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Daerah dan sekolah

Pengerusi / Ketua Kumpulan

 Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan persatuan


 Melaksanakan keputusan yang akan ditentukan dalam mesyuarat
 Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan
 Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan
persatuan.

Naib Pengerusi / Penolong Ketua Kumpulan

 Membantu pengerusi atau ketua kumpulan dalam pengurusan dan pentadbiran persatuan.
 Menjadi pengerusi mesyuarat dan memegang semua tugas pengerusi semasa ketiadaan
pengerusi dan menjalankan tugas yang telah ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan.

10
Setiausaha

 Menyimpan borang pendaftaran anggota keahlian


 Bertanggungjawab dalam semua urusan dalam surat menyurat dengan badan luar,
pentadbir sekolah dan anggota persatuan.
 Mengedar dan mengundang surat panggilan mesyuarat.
 Mencatat minit-minit mesyuarat
 Bekerjasama dengan orang atasan dalam setiap aktiviti bagi menguruskan program

Bendahari

 Menguruskan dan menyimpan segala aktiviti mengenai wang


 Menyimpan segala penyata pembayaran keluar masuk wang persatuan
 Bertanggungjawab menjaga dan menyimpan rekod harta persatuan
 Membantu orang atasan dalam menyelesaikan setiap aktiviti yang dijalankan

Ketua sekawan / Patrol / Biro

 Memegang tanggungjawab sebagai ketua dalam mengendalikan satu kumpulan kecil


dalam menyelesaikan aktiviti yang ditetapkan mengikut biro/patrol/ketua kumpulan yang
dipegang.
 Bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan anak buah terjamin
 Membantu orang atasan seperti pengerusi, setiuasaha dalam memastikan segala aktiviti
yang dijalankan mengikut rancangan yang telah ditetapkan.
 Menjadi perantara antara dengan orang atasan

11
5.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

5.1 DASAR PERLAKSANAAN

 Akta Pendidikan 1996 dan akta- akta berkaitan (Akta 550)


 Peraturan-peraturan Pendidikan (Kur.Keb) 1997 (Persatuan Sekolah) 1998
 Buku Perkhidmatan Awam
 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
 Buku-buku Panduan

5.2 MASALAH YANG DIHADAPI DALAM KOKURIKULUM


 Kehadiran pelajar yang tidak memuaskan
 Aktivti yang dilaksanakan tidak mengikut peredaran zaman
 Guru lebih utamakan pelajar yang aktif sahaja
 Rekod keahlian tidak diselaraskan
 Barang kemudahan di sekolah seperti alatan kokurikulum tidak mengikut kehendak
Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 / 1991

5.3 CARA PENYELESAIAN MASALAH

Langkah – langkah yang bolej diambil bagi menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas
adalah pihak sekolah atau guru mestilah mempunyai perancangan dalam memperbanyakkan
aktiviti kokurikulum di sekolah bagi mengelakkan pelajar atau murid berasa bosan dan tidak
mahu hadir dalam aktiviti kokurilukum. Dengan memperbanyakkan aktiviti kokurikulum akan
memastikan murid berminat untuk menghadiri kokurikulum. Seterusnya, guru juga perlulah
mempunyai kretiviti dalam melihat aktiviti mengikut peredaran zaman kerana pelajar
berkemungkinan besar aktiviti yang dijalankan sudah diketahui oleh mereka dan disebabkan itu
pelajar mudah bosan. Di samping itu, pihak sekolah sewajarnya membuat seliaan berkata untuk
setiap bidang gerko agar segala kelompongan setiap bidangdapat diperbaiki dari peringkat awal

12
lagi. Penyediaan alatan kokurikulum yang lengkap dan baik adalah salah satu faktor utama dalam
setiap aktiviti yang dilakukan.

5.4. CARA PERLAKSANAAN

 Ditubuhkan Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah


 Diketuai atau dipengerusikan oleh Pengetua atau Guru Besar
 Ahli-ahli Jawatankuasanya hendaklah daripada Penolong Kanan, Guru Penyeleras
Persatuan, PBB, dan Sukan
 Membentangkan tentang visi dan misi kokurikulum dalam mesyuarat jawatankuasa
 Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah ini perlu dilakukan pada awal tahun bagi
memastikan program sekolah bersifat bersepadu dan dijalankan dengan sempurna

5.5 ORGANISASI DAN MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM

5.5.1 CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

13
5.5.2 MESYUARAT AJK PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

5.6 GERAK KERJA KOKURIKULUM

5.6.1 JENIS-JENIS GERAK KERJA KOKURIKULUM

 Pasukan Badan Uniform


 Kelab dan Persatuan

14
 Sukan dan Permainan

5.6.2 ISU DALAM GERAK KERJA

Dalam setiap gerak kerja mesti akan ada masalah atau isu yang akan berlaku termasuklah gerak
kerja kokurikulum. Antara isu yang sering berlaku dalam kokurikulum adalah pihak sekolah
hanya menetapkan murid untuk menyertai salah satu dari bidang gerko tanpa persetujuan pelajar
dan membolehkan rasa ketidakadilan dalam kalangan pelajar. Seterusnya, pihak sekolah lebih
menumpukan bidang akademik seperti peperiksaan berbanding kokurikulum. Selain itu,
penyertaan murid juga hanya bergantung kepada peraturan sekolah.

5.6.3 PENYELESAIAN MASALAH

Antara usaha yang dapat dilakukan bagi menyelesaikan masalah di atas adalah dengan
membiarkan pelajar untuk menentukan kemahuan mereka dalam memilih gerko dengan
kerterbatasan ahli anggota setiap gerko. Seterusnya, pihak sekolah haruslah menlihat dari
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawasanya haruslah seimbang dari segi
Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek. Oleh sebab itu, pihak sekolah harus memperimbangkan
aktiviti kokurikulum dengan akademik di sekolah. Akhir sekali, pelaporan aktiviti perlu
dilaksanakan mengikut arahan dan pekeliling, Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke
semasa.

6.0 SESI SOAL JAWAB

1. Adakah di Sekolah terdapat Guru yang menggunakan sesuatu benda untuk mendapatkan
sesuatu? (DR Megat)
Jawapan: Mungkin akan ada segelintir Guru yang melakukan perkara seperti tersebuttetapi tidak
banyak dalam 5 atau 6 peratus Guru berkelakuan tersenut. Jadi kebanyakan guru di Sekolah lebih
memilih tu bersikap adil dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
2. Apakah maksud persatuan yang mempunyai Badan Induk tersebut? (Nabil)

15
Jawapan: Ia adalah persatuan ditubuhkan di bawah akta parlimen yang bergabung dan
mempunyai badan induk di luar intitusi pendidikan untuk mengelola dan menyelaraskan di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan.

7.0 KESIMPULAN

Kementerian Pendidikan Negara telah melaksanakan dasar (1M 1S) iaitu 1 Murid 1 Sukan untuk
dijalankan di sekolah. Oleh itu dengan dasar ini diwujudkan ialah supaya murid wajib menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti suka di sekolah. Dasar ini dilaksanakan mengikut arahan dari
Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang rohani, emosi, intelek dan jasmani.

Bagi merealisasikan dasar 1 M 1 S, semua pihak yang berasa di sekolah haruslah memainkan
peranan penting. Perkara yang penting dalam menjayakan dasar ini adalah guru dan guru juga
perlu mewajibkan diri dalam menghadiri dalam perlaksaan aktiviti kokurikulum. Guru juga tidak
boleh melepas tangan dalam urusan kokurikulum, kerana pelajar perlukan bimbingan dan tunjuk
ajar daripada guru dalam merealisasikan dasar 1M 1S.

Selain itu, dalam aktiviti kokurikulum pihak sekolah seharusnya meneliti dan memastikan setiap
pelajar bergiat aktif dalam setiap unit kokurikulum yang diambil oleh mereka. Hal ini bagi
mengelakkan daripada muncul isu berat sebelah yang mana guru hanya menumpukan kepada
pelajar yang aktif dan menjadi kebanggan di sekolah. Seterusnya, pihak sekolah atau guru
mestilah dengan segera meneliti murid yang kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum supaya
dengan mudah untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku.

Seterusnya, pihak sekolah perlu memperseimbangkan kembali diantara akademik dan


kokurikulum supaya dapat melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, pihak sekolah
juga harus memperbanyakkan lagi aktiviti kokurikulum supaya mengelakkan pelajar daripada
ponteng dalam menghadiri aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah juga seharusnya mencari jalan
penyelesaian secara drastik dalam menyelesaikan masalah ini bagi memastikan pelajar yang
hadir dalam aktiviti kokurikulum mempunyai satu ilmu yang baru yang mengikut peredaran
zaman.

16
Akhir sekali, pihak sekolah akan mewujudkan pelajar yang berjaya sekiranya pihak sekolah
melakukan aktiviti di sekolah secara adil dan bertindak sejajar dengan kehendak, kemahuan dan
minat murid. Pihak sekolah juga akan mandapat nama yang baik sekiranya perlaksanaan
kurikulum dan kokurikulum yang dilakukan bersesuaian dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Negara. Oleh itu, setiap pelajar sentiasa tidak sabar dalam menghadiri aktiviti
kokurikulum seandainya aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah secara adil dan saksama.

8.0 RUJUKAN

Mohd Azam bin Muhamad Akhir, Muhammad Nubli Abdul Wahab, Zarina Mohd Al. (2016). Pengukuran
dan Penilaian Tahap Emosi Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum: Permasalahan dan Cadangan.
Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2289-7216.

Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 1-9.

Noor Azzam Syah Mohamed, Noor Azzura binti Mohammed, Noor Hassline binti Mohammed. (2017).
Proses Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum Yang Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan
Kokurikulum (KPP KOKU) di Sekolah Menengah Harian, Lembah Klang. Jurnal Kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik, 2289-3008.

Nursuhaila Mohamad Zaini, Tajul Arifin Muhamad. (2022). Hubungan antara Kecergasan Fizikal dengan
Prestasi Kokurikulum dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 2504-8562.

Roslee Talip, Mohd. Yusof Abdullah, Dg. Norizah Ag. Kiflee@Dzulkifli, Elizabeth Lim Siew Ping. (2021).
Pengaruh Pengurusan Kokurikulum dan Keterlibatan Pelajar Dalam Kokurikulum Terhadap
Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan. Jurnal
Kesidang Kesidang , 173-183.

Sheila Michael, Abdul Said Ambotang. (2019). Hubungan Pengurusan dengan Penglibatan Pelajar dalam
Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah. Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
202-207.

17
Lampiran 1

Contoh Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan Dan Kelab
Sukan/Permainan
Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,
SK Sri Tebrau ,
Jalan Sentosa,
81000 Johor Bahru.

Ruj.Kami : JEA 1054 ( 1 )


Tarikh : 11 Januari 2012

Guru Besar,
SK Sri Tebrau,
Jalan Sentosa,
81000 Johor Bahru.

Tuan,
Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap SK Sri Tebrau, Johor Bahru
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran daripada pihak tuan
untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai ahli
jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

18
.......................................
( ALI BIN ABU )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,
SK Sri Tebrau Johor Bahru.
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sri Tebrau Johor Bahru
LAMPIRAN 2

Contoh Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan Dan Kelab
Sukan/Permainan

SK Sri Tebrau,
Jalan Sentosa,
81000 Johor Bahru.

Ruj. Tuan : JEA 1054 ( 1 )


Ruj.Kami : JEA 1054
Tarikh : 18 Januari 2012

Ali Bin Abu,


SK Sri Tebrau,
Jalan Sentosa ,
81000 Johor Bahru.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap


SK Sri Tebrau Johor Bahru
Dengan hormatnya surat tuan JEA 1054 ( 1 ) bertarikh 11 Januari 2012 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya
dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Pergerakan Pengakap SK Sri Tebrau.

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,
Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh
Mesyuarat Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

19
……………………………………..
( HJH MAZNAH BINTI ABDUL HAMID)
Guru Besar,
SK Sri Tebrau,
Johor Bahru, Johor.

LAMPIRAN 3

Contoh Surat Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan Dan Kelab Sukan/Permainan

Setiuasaha Pergerakan Pengakap,


SK Sri Tebrau,
Jalan Sentosa,
81000 Johor Bahru

Ruj. Tuan : JEA 1054( 1 )


Ruj.Kami : JEA 1054 ( 2 )
Tarikh : 20 Januari 2012

Guru Besar,
SK Sri Tebrau,
Jalan Sentosa,
81000 Johor Bahru.

Tuan,
Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pergerakan Pengakap Sekolah Kebangsaan
Sri Terbau
Dengan hormatnya surat tuan JEA1054 (1) bertarikh 18 Januari 2012 adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Pergerakan Pengakap Sk Sri Terbau
memohon daripada pihak tuan agar dapat mengesahkan penubuhan Pergerakan Pengakap sekolah ini dan
mendaftarkannya sebagai sebuah Pasukan Pakaian Seragam dalam bidang kokurikulum di sekolah ini
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh
21 Mei 1998.

3. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli


Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara konsensus dalam
mesyuarat penubuhan untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

20
................................
( ALI BIN ABU )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,

21

Anda mungkin juga menyukai