Anda di halaman 1dari 5

UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DI PERTUA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA DATO’ ABU BAKAR
BAGINDA PADA 12 JUN 2021 (SABTU) JAM 8.30 PAGI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi Nasta’in,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ceria dan Salam Sihat untuk
semua.

Yang Berusaha Ustazah Hjh. Rafidah binti Toraji, Guru Besar merangkap Penasihat PIBG,
SRA DABB
Ustazah Fasmizah binti Asrah, Guru Penolong Kanan 1
Ustazah Siti Khajar binti Ahmad Zazuly, Guru Penolong Kanan HEM

Barisan AJK PIBG Sesi 2020/2021


Guru-Guru, Ustaz Ustazah, Asatizah
Ibu-ibu, bapa-bapa dan para penjaga
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pertama dan seawal-awalnya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpahan Rahmat serta KeizinanNya jua,
maka dapatlah sama-sama kita berkumpul pada hari ini sempena Mesyuarat Agung PIBG
SRA DABB kali ke-21 pada tahun ini.

1. ALUAN

i. Terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga dan ucapan terima kasih juga
kepada pihak pengurusan SRA DABB atas undangan untuk turut hadir dalam
mesyuarat PIBG
ii. Cabaran kepada pengurusan PIBG dan sekolah dalam mengadakan mesyuarat
Agung terutamanya apabila kurangnya ahli menghadirkan diri
iii. Kita sedia maklum pelaksanaan mesyuarat Agung ini merupakan medium tertinggi
untuk PIBG mencapai kata putus, bukan hanya untuk membuat sesuatu keputusan
malah untuk mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan PIBG juga perlu
diputuskan dalam mesyuarat ini.

2. LATAR BELAKANG

i. Persatuan Ibu bapa dan Guru perlu diwujudkan di semua Sekolah Agama Negeri
(SAN) yang merangkumi MITS, SRAI dan SRA. Manakala di Kelas al Quran dan
Fardu Ain Integrasi (KAFAi) juga mempunyai ibu bapa penjaga yang masing-masing
memerlukan perkhidmatan pendidikan untuk anak-anak mereka dan untuk
mendapatkan ruang dan peluang pembelajaran yang maksimum dalam aspek
penghasilan pembelajaran anak-anak mereka. Sebab itu medium sebegini boleh
dijadikan pemangkin kepada kesatuan fikrah dan matlamat bagi membangun
keperluan kepada kemudahan pembelajaran
ii. JAIS telah menerbit dan mengedarkan Buku Panduan Pengurusan PIBG Negeri
Selangor sebagai panduan SAN dan telah berkuatkuasa penggunaannya pada 16
Mei 2018 yang lalu. Sekiranya KAFAi berhasrat menubuhkan PIBG juga boleh
menggunakan panduan yang sama kerana buku panduan berkenaan dipanjangkan
juga kepada KAFAi.

1
iii. Buku Panduan tersebut menjelaskan secara terperinci bagaimana PIBG perlu diurus
dari peringkat penubuhan, pendaftaran sehinggalah kepada perjalanan persatuan.
iv. Mesyuarat Agung PIBG perlu dilaksanakan pada atau sebelum 31 hb Mac setiap
tahun, dan apabila selesai mesyuarat dilaksanakan minit mesyuarat perlu disediakan
oleh setiausaha seterusnya dihantar kepaadaa pendaftar sekolah/PIBG untuk
dijadikan rekod dan rujukan dalam tempoh 30 hari.
v. JAIS juga dinasihatkan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mewujudkan surat akujanji dan etika
AJK PIBG yang telah diedarkan ke semua sekolah untuk digunakan pada Januari
2019
vi. Dapatan dari SPRM menyatakan ada kecenderungan oleh pengurus-pengurus PIBG
untuk melakukan kesilapan dalam mengurus dan membelanjakan wang persatuan
yang membuka ruang untuk terjerumus dalam melakukan kesalahan utama pada
SPRM iaitu salah guna kuasa, projek berkepentingan, pecah amanah dan lain-lain
kesalahan. Disebabkan perkara itu JAIS telah dinasihatkan agar menyediakan Buku
Panduan, Akujanji dan Etika PIBG agar mereka semua dapat mengelakkan
kesalahan dari berlaku dalam mengurus serta membelanjakan dana PIBG

3. HUBUNGAN PIBG DENGAN SEKOLAH

3.1 PIBG seharusnya boleh menyebabkan hubungan antara PIBG dengan Sekolah
menjadi semakin akrab dan saling memerlukan, ia dapat dicapai sekiranya tujuan-tujuan
pengwujudan PIBG dapat dipatuhi, antaranya seperti berikut:

i. Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
ii. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereeka
iii. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat mengenai pendidikan
iv. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara
satu sama lain berkenaan dngan cara memperbaiki taraf pendidkan anak-anak
mereka pada amnya, dan
v. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah
kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran

3.2 Kegiatan persatuan sewajarnya berfokus kepada kebajikan dan kemajuan murud-
murud dalam sekolah di mana persatuan ditubuhkan

3.3 Persatuan boleh, dengan kebenaran pengetua atau guru besar atau ketua guru
menganjurkan kegiatan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah, dengan mengunakan
Tenaha mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota persatuan bagi
tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh

3.4 Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam


mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan dan
mendapat kelulusan daripada Pendaftar

2
3.5 Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan kewangan sekolah, pekerjaan dan syarat-
syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah

3.6 Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-
perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Pengetua atau Guru Besar atau Ketua
Guru atau kakitangan sekolah atau Pejabat Agama Islam Daerah atau Jabatan Agama Islam
Selangor atau Majlis Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri di mana Persatuan
ditubuhkan

4. FUNGSI PERSATUAN

4.1 Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai
tujuan-tujuan persatuan seperti:-

i. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjagankebajikan murid


ii. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan dan keselamatan di sekolah
iii. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan
antara sekolah dengan masyarakat setempat
iv. Meingkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

(Sekolah yang ceria juga salah satu factor kecemerlangan di sekolah. Barulah anak- anak
ingin pergi ke sekolah. Pihak sekolah juga mesti membuat perubahan. Cari masa yang
sesuai walaupun satu hari untuk mencantikkan dan menceriakan kelas masing-masing serta
kawasan sekitar sekolah. Pokok- pokok yang lama perlu diperbaharui, tanam pokok- pokok
yang baru dan tambahkan kehijauan di dalam kawasan sekolah. Gotong-royong sekolah
mestilah dijalankan sekurang- kurangnya 2 kali setahun untuk membaikpulih kawasan
sekolah).

4.2 Jabatan Agama Islam Selangor mengakui bahawa kejayaan pendidikan islam di
Selangor ini bukan hanya bergantung dengan apa yang ada di Jabatan itu sendiri, tetapi
kejayaan itu juga adalah bergantung kepada kerjasama dan bantuan dari masyarakat dan
PIBG merupakan wakil kepada sesuatu masyarakat di sesuatu tempat

4.3 Dengan peruntukan dan sumber yang terhad, JAIS amat memerlukan kerjasama dari
semua pihak terutama PIBG dalam menjayakan proses pendidikan anak-anak Islam ini dan
disebabkan itulah JAIS berpandangan PIBG perlu berfungsi mengikut apa yang digariskan
bagi mencpai hasrat dan aspirasi bersama dan akhirnya anak-anak Islam inilah, anak-anak
tuan-tuan dan puan-puan yang akan memperoleh manfaat akhirnya.

(Saya berharap sekolah ini dapat dijadikan sekolah contoh berikutan sekolah ini
berhampiran dengan Putrajaya dan Bangi. Sekolah ini juga dikelilingi dengan pembinaan
bangunan yang pesat membangun, pusat latihan dan kini menjadi sekolah tumpuan ibu
bapa yang bekerja sekitar putrajaya untuk menghantar anak- anak menuntut ilmu agama).

3
5. HARAPAN

5.1 JAIS amat berharap agar segala keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat
agung ini akan mengambilkira kepada latar belakang dan keperluan semua ahli persatuan

5.2 JAIS juga mengharapkan agar sebarang keputysan yang akan diambil melibatkan
kutipan bayaran dan sumbangan dari ahli merupakan suatu jumlah yang termampu dan
tidak membebankan ahli persatuan

5.3 JAIS suka mengingatkan agar segala perbelanjaan kewwangan dan penggunaan
sumber PIBG dapat dilaksanakan menggunakan tatatacara yang betul agar tiada pihak yang
akan dipersalahkan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini

5.4 JAIS juga amat mengharapkan agar perjalanan mesyuarat dapat berjalan lancar
selaras dengan konsep syura atau mesruarat seperti Firman Allah SWT dalam surah As
Syura 42:ayat ke-38

<<baca ayat quran>>

Maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-prang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna, dan
urusan mereeka dijalankan secara syura sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya”

Ibnu al-Arabi juga menukilkan yang dimaksudkan syura ialah:

Maksudnya: Sesuatu perkumpulan/mesyuarat terhadap sesuatu perkara, untuk meminta


pandangan setiap daripada ahli mesyuarat tersebut dan mengeluarkan/menghasilkan
sesuatu daripadanya.”

Begitu juga dengan Ulama kontemporari seperti sheikh Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu
Faris pula telah mendefinisikan syura seperti berikut.

“proses bertukar pendapat yang pelbagai dan sudut pandang berbeza terhadap suatu isu
yang mana ia diselidiki dan dikaji oleh para sarjana cendekiawan sehingga sampai kepada
suatu keputusan yang tepat, ataupun yang paling tepat dan terbaik, untuk beramal
dengannya sehingga dapat merealisasi natijah yang terbaik.

6. PENUTUP

JAIS mengharapkan agar semua AJK dan Ahli Persatuan tidak jemu dalam melaksanakan
dan menghadiri aktiviti-aktiviti yang akan memberi manafaat kepada anak-anak syurga di
sekolah ini. JAIS juga percaya dengan hanya kehadiran tuan/puan ke majlis anjuran sekolah
ia akan memberi impak besar kepada semangat guru-guru yang mendidik anak tuan/puan di
sekolah ini, apatah lagi sekiranya tuan/puan juga dapat menghulur tangan memberi
bantuan, pasti akan disambut dengan senyuman oleh para guru dan pengurus sekolah.

4
Semoga Mesyuarat Agong PIBG hari ini dapat berjalan dengan lancar. Kehadiran para
ibubapa hari ini adalah ketentuan Allah dan ibubapa yang tidak dapat hadir mungkin
ada hal masing- masing dan mungkin juga tidak dapat dielakkan. Lebih baik kita
bersangka baik daripada membuat andaian yang tidak pasti.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan rasa berbesar hati merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SRA DABB kali ke-21.

Sekian, wabillahi hidayah wa taufik,

Ash-Shura 42:38

َ ‫ور ٰى َب ْي َن ُه ْم َو ِممَّا َر َز ْق ٰ َن ُه ْم يُن ِف ُق‬


‫ون‬ َ ‫ش‬ُ ‫صلَ ٰو َة َوَأمْ ُر ُه ْم‬ ۟ ‫ُوا ل َِرب ِِّه ْم َوَأ َقام‬
َّ ‫ُوا ٱل‬ ۟ ‫ِين ٱسْ َت َجاب‬
َ ‫َوٱلَّذ‬

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

get Quran App:https://goo.gl/w6rESk

Anda mungkin juga menyukai