Anda di halaman 1dari 30

PER

IKATAN KASIH ALUMNI DINIAH PERMATANG RAMBAI (IKHLAS)

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN IKATAN KASIH ALUMNI DINIAH PERMATANG


RAMBAI (IKHLAS)

Pendahuluan

Pada tahun 1975, Sekolah Ugama Arab Diniah Permatang Rambai ditubuhkan dan terus

mengorak langkah dalam usaha untuk mendidik dan mengasuh anak mukim Kampung

Permatang Rambai dan kampung-kampung sekitarnya bagi melahirkan modal insan yang

cemerlang dan berdaya saing. Sedekad berlalu menyaksikan anak – anak didik ini berupaya

untuk menentukan hala tuju masing – masing dengan ada yang berkerjaya dan sebahagian

memilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.

Golongan ini sebenarnya mampu untuk menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada

badan sekolah dengan membantu pelajar yang masih lagi menuntut melalui perkongsian ilmu,

maklumat, dan pengalaman lepas. Selaras dengan sistem pendidikan negara yang

menggariskan pembentukan pelajar melalui akademik dan penglibatan aktiviti luar,

tanggungjawab dan cabaran yang perlu pelajar – pelajar ini pikul adalah berat. Dengan adanya

bantuan daripada golongan ini, bebanan tersebut akan dapat dikurangkan.

Namun begitu, ketiadaan suatu medium yang khusus bagi menyalurkan segala maklumat ini

menyebabkan perkara yang dinyatakan sukar untuk dilaksanakan. Disebabkan inilah wujud

cadangan untuk menubuhkan satu persatuan yang akan mendukung hasrat golongan pelajar

ini. Disamping bergerak atas identiti persatuan itu sendiri, tanggungjawab asal penubuhan

persatuan ini tidak akan diabaikan. Semoga Kertas Cadangan Penubuhan Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar pada

masa yang akan datang.


Signifikan Penubuhan

Mewujudkan satu medium bagi lepasan pelajar Sekolah Ugama Arab Diniah Permatang

Rambai untuk berinteraksi bersama pelajar – pelajar yang masih menuntut di Sekolah Ugama

Arab Diniah Permatang Rambai. Selain itu, peluang untuk bersemuka semula bersama kenalan

– kenalan ketika masih menuntut di sekolah tersebut. Barisan ini akan bersama – sama

berusaha untuk membantu dan menyumbang dalam isu – isu yang melibatkan perkembangan

sekolah secara holistik.

Disamping kerjasama terus antara golongan ini, pelajar dan barisan pendidik Sekolah

Ugama Arab Diniah Permatang Rambai, dengan adanya persatuan ini juga, ibu bapa pelajar,

badan – badan pendidikan, media, dan masyarakat sekeliling akan turut sama beroleh faedah

atas dasar kerjasama yang akan dijalankan pada masa yang akan datang.

Alumni perlu diberi ruang untuk menyertai sebarang bentuk program mahupun aktiviti yang

dijalankan oleh pihak sekolah dan begitu juga sebaliknya. Golongan inilah yang telah

meletakkan persepsi masyarakat pada tahap tertentu ketika ini dan menentukan imej sekolah

hasil daripada kecemerlangan yang mereka kecapi dalam bidang masing – masing. Oleh hal

yang demikian, lepasan pelajar ini perlu terus berintegrasi antara satu sama lain bagi

memastikan pertubuhan ini bukanlah satu gimik semata – mata tetapi agen perubahan untuk

kelestarian.

Pihak sekolah semestinya turut berharap agar lapisan pelajar ini dapat membantu untuk

meningkatkan mutu pendidikan sekolah disamping membentuk suatu komuniti yang berilmu

dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Disebabkan inilah,

kerjasama semua pihak merupakan elemen yang penting dengan tidak meletakkan

tanggungjawab mendidik pada bahu para guru sahaja.


Objektif Penubuhan

Alumni bukan sahaja bertindak sebagai pihak sokongan tetapi tanggungjawab mereka

merangkumi jalinan institusi kekeluargaan dalam konteks pelajar dan sekolah itu sendiri. Berikut

digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni ini:

1. Perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pendidikan dan bidang luar yang relevan

tanpa melangkaui batas undang – undang dan agama.

2. Mekanisme sokongan buat sekolah dan pelajar dalam membantu meningkatkan mutu

pendidikan dan pembelajaran disamping menitik beratkan kebajikan pelajar dan Alumni.

3. Memberi bantuan kepada pihak sekolah melalui sumber pengajaran, kemudahan pelajar

dan material – material yang dilihat mampu untuk membantu sekolah.

4. Sebagai saluran dan medium perantara kepada alumni dan badan sekolah merangkumi

pelajar itu sendiri dalam penyampaian maklumat, cadangan dan pendapat dan ianya

lebih teratur dan sistematik.

5. Membantu merancang, merangka dan melaksana sesuatu program pembangunan

akademik dan sahsiah untuk manfaat bersama.

Aktiviti

Program dan aktiviti yang dijalankan akan merangkumi beberapa aspek seperti:

1. Pembangunan Akedemik dan Sahsiah pelajar.

2. Penjanaan kewangan.

3. Perkongsian ilmu, kepakaran, dan pengalaman.

4. Khidmat komuniti masyarakat

Penutup

Kertas Cadangan ini relevan dan selari dengan kehendak semasa. Mohon sokongan semua.
CARTA ALIRAN KERJA PENUBUHAN
IKATAN KASIH ALUMNI DINIAH PERMATANG RAMBAI (IKHLAS)

1. Mesyuarat Jawatankuasa kali – 1

2. Perlantikan Jawatankuasa Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

3. Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa kali – 1

4. Mendraf perlembagaan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

5. Proses Pendaftaran Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

6. Aktiviti berkaitan

Senarai Semak Proses Kerja Penubuhan Persatuan

Bil Perkara Pelaksanaan (/) Catatan

1 Mesyuarat Penubuhan

2 Surat Permohonan Penubuhan

3 Surat Kelulusan Penubuhan

4 Perlembagaan dan Peraturan

5 Senarai AJK Pertubuhan

6 Senarai Aktiviti Utama Pertubuhan

7 Surat Pengesahan Penubuhan dan

Pendaftaran Pertubuhan

8 Perlaksanaan Pertubuhan
SENARAI NAMA JAWATANKUASA

IKATAN KASIH ALUMNI DINIAH PERMATANGRAMBAI (IKHLAS)

Penaung : PENDING

Pengerusi : MOHD ISADLI HAFIZIE BIN ISMAIL

Naib Pengerusi : ENCIK SUKARNO BIN AB RAHIM

Setiausaha 1 : MOHD AZHAR BIN AB AZIZ

Bendahari 1 : Norbaini Bt Yaacob

AHLI JAWATANKUASA
1. BIRO KEBAJIKAN:
KETUA: MOHD RIDZUAN BIN MOHD ANUAR

2. BIRO MODAL INSAN DAN AKADEMIK


KETUA: NAZRUL ATIKULLAH BIN ABDUL AZIZ

3. BIRO ICT DAN MEDIA


KETUA: MOHD KHAIRI BIN MAT PIAH

4. BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN


KETUA: MOHD RIDZUAN BIN MAT NAWI

5. HAL EHWAL WANITA


KETUA: ZAMRAH BINTI MAT DAUD

6. BIRO SUKAN DAN REKREASI:


KETUA NOR AHMAD FAKEH BIN ABDUL AZIZ

7. BIRO DATA DAN KEAHLIAN


KETUA: ( di pangku oleh s/u)
KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN

IKATAN KASIH ALUMNI DINIAH PERMATANG RAMBAI (IKHLAS)

Fasal 1 – NAMA

1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai Atau

1.2 (IKHLAS)

Fasal 2 – ALAMAT BERDAFTAR

2.1 MOHD AZHAR BIN AB AZIZ

NO 2006, KAMPUNG PERMATANG RAMBAI

16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.

2.2 Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa persetujuan daripada Majlis Tertinggi Ikatan

Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai

Fasal 3 – LOGO DAN LAMBANG

IKATAN KASIH ALUMNI DINIAH PERMATANG RAMBAI (IKHLAS)


Vektor manusia: Mendukung tanggungjawab dan kerjasama pertubuhan melalui persefahaman

dan permuafakatan serta erti kasih dan sayang bagi membentuk generasi yang berketrampilan.

Logo sekolah: Merupakan logo sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fasal 4 – OBJEKTIF

4.1 Perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pendidikan dan bidang luar yang relevan

tanpa melangkaui batas undang – undang dan agama.

4.2 Mekanisme sokongan buat sekolah dan pelajar dalam membantu meningkatkan mutu

pendidikan dan pembelajaran disamping menitik beratkan kebajikan pelajar dan Alumni.

4.3 Memberi bantuan kepada pihak sekolah melalui sumber pengajaran, kemudahan pelajar

dan material – material yang dilihat mampu untuk membantu sekolah.

4.4 Sebagai saluran dan medium perantara kepada alumni dan badan sekolah merangkumi

pelajar itu sendiri dalam penyampaian maklumat, cadangan dan pendapat dan ianya lebih

teratur dan sistematik.

4.5 Membantu merancang, merangka dan melaksana sesuatu program pembangunan

akademik dan sahsiah untuk manfaat bersama.

Fasal 5 – KEAHLIAN

5.1 Mana – mana pelajar yang pernah menuntut di Sekolah Ugama Arab Diniah Permatang Rambai

layak memohon sebagai ahli

5.2 Setiap ahli layak untuk memberikan sebarang bentuk idea, cadangan, pendapat,

sumbangan dan mempunyai kuasa mengundi atau diundi dalam setiap mesyuarat agung yang

diadakan.
5.3 Prosedur permohohonan dan penerimaan keahlian Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang
Rambai (IKHLAS):

5.3.1 Mereka yang ingin mengemukakan permohonan keahlian perlu mengisi borang

permohonan yang dikeluarkan oleh Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai

(IKHLAS) atau melalui akses laman sesawang di laman FB

Http://TDMAlumni.wordpress.com.

5.3.2 Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh lima hingga sepuluh hari

bekerja. Setelah permohonan diluluskan, pemohon dikehendaki mengemukakan

bayaran yuran pendaftaran dan yuran tahun pertama keahlian seperti yang telah

ditetapkan dalam Fasal Yuran.

5.3.3 Pemohon yang telah menjadi ahli Almuni dikehendaki mematuhi semua perkara yang

tertulis dalam perlembagaan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

Fasal 6 – TANGGUNGJAWAB DAN HAK - HAK AHLI

6.1 Setiap ahli Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) mempunyai
tanggungjawab seperti berikut:

6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang

Rambai (IKHLAS) serta peraturan - peraturan lain yang dibuat untuk mencapai objektif

Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS).

6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli berhak

bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu pemilihan atau

perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua yuran sama ada
semasa atau tertunggak.

6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini

tidak berhak :

6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di dalam

Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung Ikatan

Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana Mesyuarat

Agung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras

dengan hak-hak sebagai seorang ahli.

Fasal 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

7.1 Pemberhentian secara sukarela

7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai

(IKHLAS) yang ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam

tempoh 3 bulan dari tarikh penyerahan surat pemberhentian.

7.1.2 Pihak Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) berhak mengambil

tindakan undang- undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan

bayaran tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7.1.3 Mana-mana ahli Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) yang

membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu

diluluskan oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli

Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

7.2 Pemecatan ahli

7.2.1 Setiap ahli Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) yang didapati
menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Ikatan Kasih

Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) bolehlah dipecat atau digantung

keahliannya bagi sesuatu tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh

Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah

diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela

diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang

ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan

kepada Majlis Tertinggi dalam tempoh masa empat belas

(14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi.Ahli yang dipecat boleh membuat rayuan

untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM 10.

Fasal 8 – YURAN

8.1. Yuran Pendaftaran

8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 10.00.

8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli dibuat.

8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun permohonan

keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari 1 Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) atau melalui Jawatankuasa Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

8.2. Yuran Tahunan

8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM5.00

8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari 1 Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) ataupun kepada Jawatankuasa Ikatan Kasih

Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari

sehingga 31 Disember setiap tahun.


Fasal 9 – PENAUNG

9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau penaung

jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara

bertulis.

FASAL 10- MAJLIS TERTINGGI

10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:

a. Seorang (1) Pengerusi

b. Seorang (1) Naib Pengerusi

c. Seorang (1) Setiausaha 1

d. Seorang (1) Setiausaha 2

e. Seorang (1) Bendahari 1

f. Seorang (1) Bendahari 2

g. Seorang (1) ketua serta dua (2) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut :

i. Perlembagaan dan Alumni

ii. Ekonomi

iii. Hubungan Korporat

iv. Pembangunan Sumber Manusia

v. Kebajikan dan Kerohanian

vi. Akses dan Multimedia

vii. Publisiti dan Tugas-Tugas Khas

viii. Sukan dan Rekreasi

10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas pertuduhan

jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.

10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (3) tiga tahun sekali.

10.4. Pengerusi diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1

dan Setiausaha 2.

10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia.


10.6. Pemilihan semua Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilakukan malalui undian. Keputusan

adalah dengan undi majoriti. Sekiranya jumlah undi yang diperoleh untuk sesuatu jawatan

tersebut adalah sama, maka pengerusi mesyuarat ketika itu mempunyai undi pemutus (casting

vote), di samping undinya sendiri.

10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah:

10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan

10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program

organisasi.

10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang

diluluskan.

10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas

dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

10.7.5. Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan

ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang

telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur

perjalanan jawatan tersebut.

10.7.6. Boleh melantik penaung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

10.7.7. Meluluskan Belanjawan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 3 tahun pertama penubuhan Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung.

Ahli-ahli majlis tertinggi adalah seperti berikut:

Pengerusi :………………………………………………………………

Naib Pengerusi : ……………………………………………………………...

Setiausaha 1 : ……………………………………………………………...

Setiausaha 2 : ……………………………………………………………...
Bendahari 1 : ………………………………………………………………

Bendahari 2 : ………………………………………………………………

Biro Perlembagaan dan Alumni

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Ekonomi

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Hubungan Korporat

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Pembangunan Sumber Manusia

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Kebajikan dan Kerohanian

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Akses dan Multimedia

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II
Biro Publisiti dan Tugas-Tugas Khas

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Sukan dan Rekreasi

Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Fasal 11- TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

11.1 Pengerusi

11.1.1 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal

Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) secara keseluruhannya.

11.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, salah seorang

daripada Naib Pengerusi akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat.

11.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat, cabutan-cabutan dan salinan-salinan

rekod Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) bersama Setiausaha

sekiranya perlu.

11.1.4 Tertakluk pada Fasal 10.4 di atas, Pengerusi mempunyai kuasa untuk melantik

dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1 dan Setiausaha 2.

11.1.5 Memanggil sendiri atau melalui Setiusaha mesyuarat-mesyuarat Agung dan

Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu

11.1.6 Mengarah Juruaudit Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

supaya mengaudit akaun Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) pada

bila-bila masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit kepada Majlis Tertinggi

bila perlu.
11.2 Naib Pengerusi

11.2.1 Dalam masa ketiadaan Pengerusi, seorang Naib Pengerusi akan mengambil alih

dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Pengerusi.

11.2.2 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.

11.2.3 Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi

kepadanya dari semasa ke semasa.

11.3 Setiausaha

11.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) Setiausaha bertanggungjawab secara langsung kepada

Pengerusi. Atas arahan Pengerusi, beliau akan memanggil dan menghadiri semua

Mesyuarat Agung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) , Mesyuarat

Majlis Tertinggi dan mesyuarat – mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu,

menyampaikan segala dokumendokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.

11.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan

laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan.

11.3.3 Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai Ikatan Kasih Alumni Diniah
Permatang Rambai (IKHLAS).

11.3.4 Menyediakan laporan tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai

(IKHLAS) untuk dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan kepada

Mesyuarat Agung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

11.3.5 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi

kepadanya dari masa ke masa.

11.4 Setiausaha 2.

11.4.1 Di dalam ketiadaan Setiausaha 1, Setiausaha 2 akan menjalankan tugas-tugas

yang telah ditetapkan kepada Setiausaha 1.

11.4.2 Membantu Setiausaha 1 menjalankan tugas.


11.5 Bendahari 1

11.5.1 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh pertubuhan ini dan

membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.

11.5.2 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Majlis Tertinggi

atas nama Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) akan semua wang

yang diterima oleh Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) secepat

mungkin selepas penerimaannya.

11.5.3 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain

mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.

11.5.4 Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun Ikatan Kasih Alumni Diniah


Permatang Rambai (IKHLAS) dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna
dan kemas.

11.5.5 Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk

dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

11.5.6 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Ikatan Kasih

Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh

Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

11.5.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ke

atas dari semasa ke semasa.

11.6 Bendahari 2

11.6.1 Di dalam ketiadaan Bendahari 1, Bendahari 2 akan menjalankan tugas-tugas

yang telah ditetapkan kepada Bendahari 1.

11.6.2 Membantu Bendahari 1 menjalankan tugas.

11.6 Biro dan Tugas-tugas Biro

11.6.1 Biro Perlembagaan dan Alumni

11.6.1.1 Sentiasa memantau perlembagaan agar sentiasa relevan dengan

kepentingan ahli-ahli persatuan.


11.6.1.2 Menerima segala aduan mengenai perlembagaan dan membentangkan

cadangan pindaan perlembagaan dalam mesyuarat agung jika ada.

11.6.1.3 Memastikan tugas-tugas pentadbiran persatuan dibuat mengikut

peruntukan perlembagaan.

11.6.1.4 Memahamkan dan memberi tafsiran yang benar terhadap mana-mana

perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan sekiranya berlaku percanggahan

tafsiran terhadap perlembagaan.

11.6.1.5 Menyediakan audit mengenai perihal harta benda milik persatuan

kecuali kewangan untuk diserahkan kepada bendahari 1, setiausaha 1, dan

pengerusi.

11.6.1.6 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan

biro ini.

11.6.1.7 Bekerjasama dengan Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas bagi merancang

dan mengelolakan sebarang jenis mesyuarat atau perjumpaan rasmi antara ahli-

ahli pertubuhan.

11.6.1.8 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan

biro ini.

11.6.2 Biro Ekonomi

11.6.2.1 Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan yang berterusan

untuk pertubuhan.

11.6.2.2 Menyediakan audit bagi kemasukan wang ke dalam dana persatuan

untuk diberikan kepada bendahari 1,setiausaha 1,dan pengerusi setiap tiga

bulan.

11.6.2.3 Mengenalpasti sumber-sumber kewangan yang strategik untuk

menyalurkan wang ke dalam dana pertubuhan.


11.6.2.4 Merancang projek-projek bagi meningkatkan dana persatuan dan

mengelolakan projek-projek tersebut bersama Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas,

Biro Akses dan Multimedia, Biro Hubungan Korporat dan Biro Pembangunan

Sumber Manusia.

11.6.2.5 Menjalankan sebarang tugas yang difikirkan relevan oleh Majlis

Tertinggi dengan biro ini.

11.6.3 Biro Hubungan Korporat

11.6.3.1 Menjadi pengantara antara pertubuhan dengan pihak luar iaitu mana-

mana pihak yang tidak berkaitan dengan pertubuhan selain pihak sekolah.

11.6.3.2 Menyimpan butir-butir dan rekod perhubungan dengan pihak luar.

11.6.3.3 Mewujudkan hubungan dengan persatuan bekas-bekas pelajar yang

lain dan persatuan-persatuan lain yang sah di sisi undang-undang demi

kepentingan bersama.

11.6.3.4 Menjadi medium publisiti dan hebahan bagi pihak persatuan pada setiap

masa.

11.6.3.5 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan

biro ini.

11.6.4 Biro Pembangunan Sumber Manusia

11.6.4.1 Memastikan setiap ahli pertubuhan terlibat secara aktif dalam semua

aktiviti dan program yang Alumni jalankan.

11.6.4.2 Memastikan keterlibatan kelompok sasaran dalam aktiviti yang

dikelolakan oleh pihak Alumni dan anjuran bersama.

11.6.4.3 Menyediakan cadangan latihan pemantapan dan kompetensi untuk

setiap ahli pertubuhan untuk pertimbangan pengerusi dan Majlis Tertinggi.

11.6.4.4 Melihat prospek pembangunan dalam pertubuhan dan pelajar untuk

diketengahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.


11.6.4.5 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan

biro ini.

11.6.5 Biro Kebajikan dan Kerohanian

11.6.5.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli serta warga Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) dengan menyalurkan bantuan material atau tenaga

kepada mana- mana ahli atau pihak sekolah sekiranya difikirkan perlu oleh ahli -

ahli Biro Kebajikan & Kerohanian dan dipersetujui pengerusi.

11.6.5.2 Mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya diantara batch melalui

program aktiviti yang sesuai dan dikelolakan bersama-sama Biro Publisiti &

Tugas – Tugas Khas.

11.6.5.3 Menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa dan mengenalpasti

bantuan – bantuan yang boleh disalurkan oleh pertubuhan kepada pihak

sekolah.

11.6.5.4 Megeratkan hubungan yang akrab antara pihak sekolah dengan

pertubuhan.

11.6.5.5 Menjadi pengantara antara Majlis Tertinggi Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang
Rambai (IKHLAS) dengan Jawatankuasa dalam segala urusan rasmi berkaitan
pertubuhan.
11.6.5.6 Menjalankan tugas yang yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan

dengan biro ini.

11.6.6 Biro Akses dan Multimedia

11.6.6.1 Menyimpan maklumat ahli-ahli serta mengemaskini rekod keahlian

persatuan dari semasa ke semasa.

11.6.6.2 Menubuhkan laman web atau blog pertubuhan serta mengemaskini

laman – laman tersebut dari semasa ke semasa.


11.6.6.3 Bertanggungjawab ke atas segala perihal multimedia yang berkaitan

dengan pertubuhan.

11.6.6.4 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan & Kerohanian dan Biro Hubungan Korporat

dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) melalui medium multimedia.

11.6.6.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan

dengan biro ini.

11.6.7 Biro Publisiti dan Tugas-tugas Khas

11.6.7.1 Bekerjasama dengan biro-biro lain dalam merancang dan mengelolakan

aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai objektif pertubuhan.

11.6.7.2 Menyediakan butiran-butiran aktiviti yang dirancangkan untuk

dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan.

11.6.7.3 Menjalankan sebarang tugas yang tidak tersenarai dalam peranan biro-

biro lain.

11.6.7.4 Merangka jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti bagi

dibentangkan kepada pengerusi untuk dipersetujui.

11.6.7.5 Menyediakan sebut harga dengan biro-biro lain yang berkaitan dalam

menjayakan sesuatu aktiviti untuk dibentangkan kepada pengerusi untuk

dipersetujui.

11.6.8 Biro Sukan dan Rekreasi

11.6.8.1 Jawatankuasa utama bagi pengendalian program dan aktiviti

berasaskan sukan dan rekreasi.

11.6.8.2 Bertanggungjawab untuk penglibatan ahli pertubuhan bersama – sama

dengan biro pembangunan sumber manusia bagi aktiviti luar yang melibatkan

anjuran bersama.
11.6.8.3 Menjaga dengan baik setiap aset dan material berkaitan sukan dan

rekreasi serta melaporkan sebarang bentuk kerosakan, kos pembaikan yang

diperlukan ataupun pelupusan aset.

11.6.8.4 Berhubung dengan biro yang berkaitan berkenaan sebarang program

atau aktiviti sukan dan rekreasi untuk bajet dan hal pelbagai.

11.6.8.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan

dengan biro ini.

11.7 Tugas-tugas Majlis Tertinggi ialah:

11.7.1 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.

11.7.2 Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program

organisasi.

11.7.3 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang

diluluskan.

11.7.4 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam

Mesyuarat Agung Tahunan.

11.7.5 Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan

ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang

telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur

perjalanan Jawatan tersebut.

11.7.6 Boleh melantik penaung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

11.7.7 Meluluskan Belanjawan Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai
(IKHLAS).

Fasal 12-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

12.1 Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

merupakan forum tertinggi yang akan menentukan hala tuju dan wawasan Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS). Ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi boleh hadir bagi
menjalankan Mesyuarat Agung tahunan mengikut peraturan - peraturan sepertimana yang

ditetapkan oleh Perlembagaan ini.

12.2 Semua Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli lain yang hadir berkuasa mengundi di dalam

Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

12.3 Korum untuk Mesyuarat Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai

(IKHLAS) dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumplah sekurang-kurangnya dua (2) kali

ganda daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi.

12.4 Jika korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk

mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu (1) jam seterusnya, dan jika

korum masih tidak mencukupi setelah tempoh penagguhan tersebut, maka Majlis Tertinggi

berkuasa untuk menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda

Perlembagaan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) dan membuat

keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

12.5 Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai
(IKHLAS) ialah:

12.5.1 Menerima laporan Setiausaha berkenaan perjalanan Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) dalam tahun sebelumnya.

12.5.2 Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi

tahun sebelumnya.

12.5.3 Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi dan dua orang juruaudit untuk tempoh tiga (3)

tahun akan datang.

12.5.4 Menguruskan perkara-perkara selain daripada yang dibenarkan di dalam

mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi.

12.6 Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai
(IKHLAS) yang

menyatakan tarikh, waktu, tempat serta jemputan mengemukakan cadangan untuk

perbincangan (usul), meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Majlis
Tertinggi, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha 1 kepada setiap Ahli Majlis Tertinggi tiga puluh

(30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat. Di samping itu satu (1) salinan notis

yang sama hendaklah juga dipamerkan di laman sesawang Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS).

12.7 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan wakil dan pencalonan untuk pemilihan ahli

Majlis Tertinggi serta cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar

kepada Setiausaha 1 pada 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Kasih

Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) .

12.8 Mana-mana ahli yang ingin membuat pencalonan tanpa melalui ahli-ahli lain bolehlah membuat

pencalonan dengan syarat hendaklah mencapai sekurangkurangnya lima belas (15) sokongan

ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha tidak

kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Kasih

Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

12.9 Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi sekurang-

kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) notis peringatan beserta satu (1) salinan agenda, peringatan

mesyuarat agung yang lalu, Laporan Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai

(IKHLAS) dan Penyata Kira-kira Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) bagi

tahun lalu yang telah diaudit.

Fasal 13- MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI

13.1 Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali di dalam masa

enam (6) bulan.Tiap-tiap pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli – ahli tujuh (7) hari

sebelumnya. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli

Majlis Teringgi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi
pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli Majlis

Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

13.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan

mesyuarat Majlis Tetinggi tidak boleh dijalankan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan

kelulusan daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi melalui pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat

mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Majlis Tertinggi boleh

dianggap sebagai boleh diterima:

13.2.1 Masalah yang dibangkitkan itu dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling

yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Tertinggi.

13.2.2 Sekurang-kurangnya satu per dua (½) bilangan ahli Majlis Tertinggi mestilah

menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu.

13.2.3 Keputusan hendaklah mengikut bilangan undi yang terbanyak. Sebarang

keputusan yang diperoleh melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha

kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam

peringatan mesyuarat.

Fasal 14-KEWANGAN

14.1 Penyata wang diterima dan dibelanjakan beserta lembaran imbangan bagi setahun

hendaklah disediakan oleh Bendahari 1 dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut perlembagaan

dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira – kira yang telah diaudit

hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya

hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain.

14.2 Kumpulan wang yang lebih daripada Ringgit Malaysia tiga ratus (RM 300.00) tidak boleh

disimpan oleh Bendahari 1 atau 2 sebagai wang runcit.

14.3 Wang yang dimasukkan ke dalam bank hendaklah diletakkan di dalam akaun Ikatan Kasih

Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

14.4 Sesuatu perbelanjaan yang kurang daripada Ringgit Malaysia Lima ratus (RM

500.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha 1 dan

Bendahari 1.
14.5 Perbelanjaan yang melebihi had ini perlu diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

14.6 Segala cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha 1

dan Bendahari 1. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha 1 atau Bendahari 1, maka bolehlah

Majlis Tertinggi
melantik sesiapa sahaja antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau

penyata pengeluaran wang Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

14.7 Pendapatan organisasi yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai tujuan dan

matlamat Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) seperti dinyatakan dalam

Fasal 4.

14.8 Sumber-sumber kewangan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) diperoleh
melalui:

14.8.1 Yuran pendaftaran dan tahunan ahli.

14.8.2 Derma dan tajaan.

14.8.3 Bantuan dari kerajaan dan badan-badan berkenaan.

14.8.4 Hasil perniagaan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

14.8.5 Sumber-sumber lain yang dibenarkan undang-undang Negara.

14.9 Walaubagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli

yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

14.10 Tahun kewangan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap – tiap

tahun.

FASAL 15-JURUAUDIT

15.1 Dua orang pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan Ikatan Kasih

Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang

jawatan selama tiga (3) tahun dan tidak boleh dilantik semula secara berturut-turut.

15.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang

Rambai (IKHLAS) setahun dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung

Tahunan Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS). Jika sekiranya diperlukan,

mereka juga boleh diarahkan oleh Pengerusi untuk mengaudit kira-kira Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan

membuat laporan kepada Majlis Tertinggi.


FASAL 16-PEMEGANG AMANAH

16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada dua puluh satu

(21) tahun bolehlah dilantik di dalam mesyuarat agung,dan mereka berkhidmat selama yang

dikehendaki oleh Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) . Harta boleh alih

yang dimiliki oleh Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) boleh diamanahkan

kepada mereka dengan menandatangani satu

(1) Surat Ikatan Amanah.

16.2 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan

Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) tanpa persetujuan dan kuasa

yang diberikan oleh Majlis Tertinggi.

16.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang Amanah, Majlis Tertinggi berhak

melantik penggantinya yang baru dan mesyuarat Agung Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah

mengesahkan perlantikannya.

16.4 Seseorang pemegang amanah itu boleh dilucutkan jawatannya oleh Majlis

Tertinggi atas sebab uzur kerana penyakit atau kerana sebab lain yang mengakibatkan tidak

dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan.

FASAL 17- PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung

pertubuhan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan Perlembagaan hendaklah dibuat

kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh keputusan mesyuarat

agung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) meluluskan perubahan atau

pindaan itu hanya boleh berkuat kuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan

pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar pertubuhan.

17.2 Majlis Tertinggi pada tiga (3) tahun pertama penubuhan berhak meminda perlembagaan

tanpa perlu melalui mesyuarat agung.


FASAL 18-TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

18.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang

Rambai (IKHLAS), Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan

sekiranya perlu membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung di

dalam perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan

apa yang terlah ditetapkan di dalam mesyuarat agung Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang

Rambai (IKHLAS) ,keputusan Majlis Tertinggi berkenaan perkara ini adalah

muktamad,melainkan jika ia dibuat oleh keputusan mesyuarat Agung Ikatan Kasih Alumni

Diniah Permatang Rambai (IKHLAS).

FASAL 19-PEMBUBARAN

19.1 Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada dua pertiga

(2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang dipanggil khusus

kerananya.

19.2 Sekiranya Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS) hendak dibubarkan secara

yang disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan Ikatan Kasih Alumni Diniah

Permatang Rambai (IKHLAS) yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan

baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui di dalam Mesyuarat

Agung Luar Biasa.

19.3 Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi kepada

Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu.

DISAHKAN OLEH:

………………………………………………………………

Pengerusi,

Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

……………………………………………………………..
Setiausaha 1 ,

Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

DISEDIAKAN OLEH:BIRO PERLEMBAGAAN DAN ALUMNI


BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERTUBUHAN

IKATAN KASIH ALUMNI DINIAH PERMATANG RAMBAI (IKHLAS)

Nama: ……………………………………………………………………………………………………….

No.Kad Pengenalan: ………………………………………………………………………………………

Bangsa: ……………………………………………………………………………………………………..

Alamat 1: ……………………………………………………………………………………………………

(Kampung): …………………………………………………………………………………………………

Alamat 2: ……………………………………………………………………………………………………

(Menetap): ………………………………………………………………………………………………….

Pekerjaan; ………………………………………………………………………………………………….

Institusi........................................................................................................... (jika masih belajar)

No.Telefon: ………………………………… (Rumah).........................................................(Bimbit)

Emel: ……………………………………… …(utama)......................................................(alternatif)

Tahun Pengajian: ………………………………………………………………………………………….

----------------------------------------------------- Akuan Pemohon -------------------------------------------------

Saya..............................................................,mengaku bahawa semua butiran yang diberikan di


atas adalah benar. Sekiranya saya didapati memberikan maklumat yang palsu, pihak Alumni
layak untuk menolak permohonan saya.

Saya yang benar,

…………………..

Nama: …………………………………………..

**** Borang diserahkan kepada :

1. Setiausaha 1/ Setiausaha 2 Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)


2. Ahli Jawatankuasa Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)
3. Ahli Ikatan Kasih Alumni Diniah Permatang Rambai (IKHLAS)

Anda mungkin juga menyukai