Anda di halaman 1dari 7

PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )

1. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 39 SK KAMIL 2 .
3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4. Pihak Penganjur akan memberikan beg berisi makanan dan nombor cabutan untuk hadirin.
5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT
atau sediakan dalam ‘silent mode’.
6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan.

SKRIP PENGACARAAN
BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN
1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Azaam bin
tetamu yacob, Pengetua Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Berang,
kehormat Terengganu.
Yang berusaha En. Amlan Bin Rashid, Timbalan PPD Sector
Pengurusan Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
Puteh

Diiringi Yang Dipertua PIBG, Dr Hj. Abd. Hadi Hafiz bin Abd
Aziz,
Yang Berusaha En. Saupi bin Mat Zain, Guru Besar SK Kamil
2,
Penolong – Penolong Kanan, dan Dif – dif Jemputan.
Hadirin dipersilakan Berdiri.

2. Nyanyian L Hadirin sekalian, marilah sama – sama menyanyikan lagu


Negaraku dan Lagu Selamat Sultan.

Terima kasih atas nyanyian tadi. Hadirin dipersilakan duduk.


3 Protokol
Alu Aluan Bismillahhirrahmanirrahim…

Yang Berusaha En. Azaam bin yacob, Pengetua Maktab


Rendah Sains Mara, Kuala Berang
Yang berusaha En. Amlan Bin Rashid, Timbalan PPD Sektor
Pengurusan Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
Puteh

Yang Dihormati Dr Abd. Hadi Hafiz bin Abd. Aziz,


Yang Dipertua PIBG, SK Kamil 2

Yang Berusaha En. Saupi bin Mat Zain,


Guru Besar SK Kamil 2

Pn. Hjh. Zalina Binti Awang


Penolong Kanan Pentadbiran

En. Syaiful Azuan bin Mohamed Noor,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Azman bin Zahari


Penolong Kanan Kokurikulum

Hjh. Mona Losani binti Abd. Rasid


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan ahli jawatankuasa PIBG, cikgu - cikgu, seterusnya


tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Melati putih tumbuh melata


Sarang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Salam sembah pembuka bicara

4 Alu-aluan Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat


syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah
rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di
Dewan Tunas Bakti bagi menjayakan Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39.

5 Bacaan Sidang hadirin,


doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama


kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis
mempersilakan Al-fadhil ustaz Mawardi bin Daud
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....

- Bacaan Doa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil


Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

6 Persembah Hadirin sekalian,


an pelajar Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan nyanyian
yang akan disampaikan oleh murid SK Kamil 2… dipersilakan
adik muhd Fawwaz Irsyad Bin Mohd Fauzan dari kelas 4C dan
Nur Delisha Qistina Binti Mohd Fauzan dari Kelas 6P.

7 Ucapan Warga dewan yang mulia.


Alu-aluan
En. Saupi empunya nama
Guru Besar SK Kamil 2
Segak orangnya kemas bergaya;
Memberi ucapan pembuka bicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan En. Saupi bin Mat Zain, Guru
Besar SK Kamil 2 untuk memberikan ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....

- Ucapan Guru Besar

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

8 Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,


YDP
YDP kita segak dan tampan
Sudah tampan jadi rebutan
Silakan YDP tampil ke depan
Jemput memberi kata ucapan.

Majis diteruskan pula dengan ucapan dari Dr. Hj. abd. Hadi
Hafiz bin Abd Aziz, YDP PIBG SK Kamil 2,
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan....

- Ucapan YDP PIBG

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Hj Abdul


Hadi Hafiz bin Abd Aziz atas ucapan sebentar tadi.

9 Ucapan Sidang warga dewan sekalian,


Perasmian
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha En. Azaam bin yacob, Pengetua Maktab Rendah
Sains Mara, Kuala Berang , untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Kamil 2 Kali Ke-39.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....
- Ucapan Perasmian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan kepada En. Azaam bin yacob atas ucapan dan
kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.
10 Majlis Sidang warga dewan sekalian,
penyeraha
n replika Tibalah ke acara yang dinantikan. Majlis dengan segala
kunci hormatnya menjemput yang berusaha En. Saupi Bin Mat
masjid al Zain, GB SK Kamil 2 untuk menerima penyerahan kunci
muhsinin Masjid Al Muhsinin yang akan diserahkan oleh YDP PIBG SK
Kamil 2, Dr. Hj Abdul Hadi Hafiz bin Abd Aziz. Dipersilakan

11 Cabutan Majlis seterusnya menjemput yang berusaha En. Azaam bin


nombor yacob untuk membuat 5 cabutan.
bertuah
…….Cabutan……..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang


berusaha En. Azaam bin yacob.

12 Penyampai Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,


an
cenderaha Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
ti berusaha, En. Saupi bin Mat Zain, Guru Besar SK Kamil 2
diiringi oleh Yang dihormati Dr. Hj. abd. Hadi Hafiz bin Abd
Aziz, YDP PIBG SK Kamil 2, untuk menyampaikan
cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang


Berusaha En. Azaam bin yacob, Pengetua Maktab Rendah
Sains Mara, Kuala Berang untuk menerima cenderamata
sebagai tanda kenangan.

seterusnya Majlis mempersilakan, Yang berusaha En. Amlan


Bin Rashid, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh untuk menerima
cenderamata sebagai tanda kenangan.

seterusnya Majlis mempersilakan, Yang berusaha En. Saupi


Bin Mat Zain, Guru Besar SK Kamil 2 untuk menerima
cenderamata sebagai tanda kenangan.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


berusaha, En. Saupi bin Mat Zain, Guru Besar SK Kamil 2
untuk menyampaikan cenderamata kepada YDP PIBG SK
Kamil 2, Dr. Hj. abd. Hadi Hafiz bin Abd Aziz.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


penyempurnaan acara sebentar tadi.

13 Penutup
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,
maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung
kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-39 tahun 2022 merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.
Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.

Hadirin jangan kemana2… kerana kita ada satu lagi acara


yang menjadi kegemaran semua.

Majlis menjemput ______________________________ utk


memulakan cabutan bertuah.

Anda mungkin juga menyukai