Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEMURNI KASIH

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI MOHD SUHAIMI BIN KHARSANI

TARIKH: 29 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)

KETIBAAN YANG Semua hadirin diminta berdiri.


DIRAIKAN
Mengumumkan ketibaan yang Diraikan Tn Hj Mohd Suhaimi B Kharsani dengan
diiringi Guru Besar Pn Salasiah Bt Ahmad, guru-guru penolong kanan dan guru-
guru masuk ke dalam dewan.

NYANYIAN LAGU Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri
NEGARAKU DAN LAGU Selangor.
NEGERI SELANGOR

- Terima kasih atas nyanyian 2 buah lagu tersebut.

Semua hadirin dipersilakan mengambil tempat.

UCAPAN PENGERUSI Bismillahirahmanirahim


MAJLIS
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

1. Yang Diraikan,

Tuan Haji Mohd Suhaimi Bin Kharsani, Guru Bahasa Melayu, SK Tok
Khalifah.

2. Yang berusaha,

Pn Salasiah Bt Ahmad, Guru Besar Sk Tok Khalifah

Pn Sharifah Irma Bt Syed Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En Mahfuzuddin B Abd Wahab, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Tarmidi B Mat Saad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

3. Yang dihormati,

Encik Azizan B Raden, YDP PIBG SK Tok Khalifah

En Salehudin B________, NYDP PIBD SK Tok Khalifah

En Abdul Samad Bin Dawood, Pengerusi PAMAN Malaysia.

Tn Hj Kamal B Abd Hamid, Mantan Guru Besar SK Tok Khalifah

4. Barisan mantan guru-guru SK Tok Khalifah,

Pn Hjh Sharifah Bt Kasman,

Pn Hjh Ramlah Bt Janudin,

En Mohd Nasimussobah B A. Beni,

Tn Hj Hassim B Seli dan

Tn Hj Mohd Nor B Kapi

5. Barisan guru-guru dan murid-murid SK Tok Khalifah

6. Seterusnya hadirin yang dimuliakan.

Selamat datang ke Majlis Sekalung Budi Semurni Kasih sempena Persaraan


Tuan Haji Mohd Suhaimi Bin Kharsani.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

KATA-KATA ALUAN Hadirin yang dikasihi,.


PENGACARA
Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,

Terlihat jauh di Tanjung Jati,

Tuan umpama bunga yang kembang,

Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti


mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk
meraikan Cikgu Hj Mohd Suhaimi B Kharsani yang bakal bersara dan
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah
ini.

BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan dan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al- Fadhil
Ustaz Mohd Rasyid B Hj Ishak.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Ustaz Rashid atas bacaan doa itu tadi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

UCAPAN PENGERUSI Para tetamu yang dihormati,


KELAB GURU
Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,


Kata azimat pembuka kalam.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan, Yang


dihormati, En Mohd Mokhti B Ab Nasir, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
SK Tok Khalifah untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Cikgu Mohd


Mokhti atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG Para tetamu yang dikasihi,

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara dibuat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati, Encik


Azizan B Raden, YDP PIBG SK Tok Khalifah untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR Hadirin yang dikasihi,

Besar langit di tepi busut,

Besar tak muat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha, Pn Salasiah


Bt Ahmad, Guru Besar SK Tok Khalifah untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian


Pn Salasiah menyampaikan ucapan sebentar tadi.

TAYANGAN VIDEO DAN Para tetamu yang dihormati,


BACAAN BIODATA

Sudah teradat si anak lelaki,

Mati berjuang berundur jangan,

Berani kami menjunjung adat,

Bukan memberi kata dan puji,

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan video dan bacaan


biodata tentang Yang Diraikan Tn Hj Mohd Suhaimi Kharsani. Untuk
pengetahuan hadirin, video tayangan ini telah di sunting oleh Cikgu Mahamad
Firdaus. Dipersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas tayangan video sebentar


tadi.

UCAPAN YANG Hadirin yang dikasihi,


DIRAIKAN
Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan,


Cikgu Haji Mohd Suhaimi B Kharsani, untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tn Hj Mohd


Suhaimi atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID Hadirin yang dimuliakan,

Kita teruskan Majlis Sekalung Budi Semurni Kasih ini dengan persembahan
istimewa dari murid-murid SK Tok Khalifah. Seramai 13 orang murid dari tahun
2, 3 dan 5 akan menyampaikan 2 buah lagu bertajuk Salam Terakhir dan
Sampai Jumpa. Persembahan ini telah dibimbing oleh Cikgu Sharifah Irma dan
Cikgu Siti Soleha.

Marilah kita sama-sama saksikan.

- Semoga Yang Diraikan Tn Hj Mohd Suhaimi terhibur dengan persembahan


itu tadi.

PERSEMBAHAN GURU Hadirin yang dimuliakan,

Kita teruskan majlis dengan persembahan istimewa dari rakan-rakan guru SK


Tok Khalifah. Dijemput semua guru hadir ke hadapan dewan untuk
menyampaikan 2 buah lagu iaitu Gurindam Jiwa dan Teman Sejati.

Marilah kita sama-sama saksikan.

- Semoga Yang Diraikan Tn Hj Mohd Suhaimi terhibur dengan persembahan


dari rakan guru itu tadi.

SERAHAN NOTA SERAH Para tetamu yang dihormati,


TUGAS
Majlis akan diteruskan dengan upacara Serahan Nota Serah Tugas.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Salasiah Bt Ahmad,


Guru Besar SK Tok Khalifah, untuk mengiringi Yang Diraikan, Tn Hj Mohd
Suhaimi B Kharsani untuk ke hadapan Dewan.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yang diraikan, Cikgu Haji Mohd
Suhaimi B Kharsani untuk menyampaikan nota serah tugas kepada puan Guru
Besar, Pn Salasiah Bt Ahmad.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haji Mohd Suhaimi
B Kharsani.

PENYAMPAIAN SIJIL Hadirin yang dihormati,


KPM
Atur cara majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan, Pn Salasiah Bt Ahmad,
Guru Besar SK Tok Khalifah untuk menyampaikan watikah persaraan kepada
Yang diraikan, Tuan Haji Mohd Suhaimi B Kharsani. Dipersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

MEMOTONG PULUT Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Yang Diraikan, Tn Hj Mohd
KUNING Suhaimi B Kharsani untuk memotong pulut kuning. Dipersilakan.

- Terima kasih Cikgu Hj Mohd Suhaimi atas kesudian memotong pulut


kuning.

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dikasihi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
Cikgu Hj Mohd Suhaimi B Kharsani.

(Rujuk senarai pemberi hadiah)

- Itulah tadi upacara penyampaian hadiah dan cenderamata kenang-


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tn Hj Mohd Suhaimi B Kharsani.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

JAMUAN Sebelum kita menjamu selera, dengarkanlah serangkap pantun daripada saya,

Kiri jalan kanan pun jalan,

Tengah-tengah pohon mengkudu,

Selamat jalan belum kami nak ucapkan,

Silalah menjamu selera hidangan sedang menunggu,

Dijemput para hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Menggamit rindu datang ke mari,

Waktu bersama duka gembira,

Kenangan lalu memahat memori,

Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan
beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami
mendoakan semoga Cikgu Mohd Suhaimi B Kharsani akan sentiasa sihat dan
menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori


sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita
akan menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang
tidak akan luput terhadap Yang Diraikan Tuan Haji Mohd Suhaimi Bin Kharsani
di SK Tok Khalifah ini.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai