Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MALAM APRESIASI PUISI RASUL JUNJUNGAN SAW

PERINGKAT DAERAH 1433 H/ 2012 M

MASA PERISTIWA UCAPAN CATATAN

9.20 Ucapan Selamat datang pemanis kata,


alu-aluan Lafaz Bismillah kalimah mulia,
Pengerusi Tuan diundang merai bersama,
Majlis Bertambah seri itulah hendaknya.

Bismillahirrahmanirrahim,,,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Dimulakan majlis dengan nama Allah Yang Maha Mulia,


Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan segala pujian kepada Allah Rabbul Izzati,
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi .
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW
dan kaum keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Yang Berbahagia Dato Seri Paduka Dr Haji Shafie b Haji Mohd


Salleh,
Pengerusi Yayasan Bestari Kuala Langat selaku penaung
program.
Dan isteri
Yang Berbahagia Profesor Datin Seri Mizan

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Talib B Hamid


Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat

Yang Berusaha En Agos Salim B Shahrom


Timbalan PPD Kuala Langat selaku Pengerusi Program

Seterusnya pegawai-pegawai PPD, dif-dif kehormat, guru-guru,


pelajar-pelajar, para ibu bapa, hadirin dan hadirat sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah inayah-


Nya dapat kita berkumpul di Laman Bestari ini untuk bersama-
sama mengimarahkan Majlis Malam Apresiasi Puisi Rasul
Junjungan SAW peringkat Daerah Kuala Langat bagi tahun
1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi.

Setingi-tinggi penghargaan kepada semua jemputan kerana sudi


meluangkan masa melapangkan minda untuk hadir ke majlis
ini. Semoga majlis pada malam yang indah permai ini akan
berlangsung dengan jayanya.
Di Tanah Arab gurun melata,
Masyhurnya Makkah dengan kabilahnya,
12 Rabiulawal lahirnya putera,
Menjadi sanjungan serata dunia.

Nabi Muhammad SAW merupakan utusan Allah yang terawal


dan terakhir . Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal
lagi, namun, kelahirannya adalah yang terakhir sekali.
Para sahabat pernah bertanya, “ Ya Rasulullah , bilakah
wajibnya kenabian engkau? Baginda menjawab , “Sejak saat
ketika Adam a.s masih dalam keadaan antara roh dan
jasad”.Baginda bersabda “Aku sudah menjadi nabi ketika Adam
masih dalam bentuk antara air dan tanah. Baginda juga bersabda
“Aku telah ditetapkan di sisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin
(nabi yang akhir) sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.
Sumber daripada Riwayat Tirmidzi.

Subhanallah,,,Sudah sahih dan jelas bahawa sesungguhnya Nabi


Muhammad itu nabi terawal dan terakhir yang merupakan satu
anugerah dan kurniaan Yang Maha Agung kepada umat manusia
untuk menyuluh kegelapan hidup, melorongkan ke arah
kebenaran serta mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.
Baginda penghulu segala rasul, pembawa rahmat sekalian alam.
Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 107 yang
membawa maksud “ Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu
(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam”.
Begitulah hebat dan tingginya martabat Kekasih Allah ini

Yang Berbahagia Dato' dan Datin serta hadirin yang dimuliakan,

Sehubungan dengan itu , pada setiap 12 Rabiulawal kita


mengadakan majlis memperingati kelahiran Nabi Muhammad
SAW ini adalah sebagai tanda kita menzahirkan rasa kasih dan
sayang serta sanjungan kita yang tidak bertepi terhadap
Baginda SAW. Semoga sambutan Maulidurasul pada hari ini
yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah akan
membugarkan kembali ingatan kita semua tentang perjuangan
Rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam. Lantaran itu usaha
murni pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat bersama
Yayasan Bestari Kuala Langat mengadakan Majlis Malam
Apresiasi Puisi Rasul Junjungan SAW sangat-sangat dihargai.
Melalui program ini , kita semua boleh meluahkan perasaan
cinta, kasih, sayang dan rindu akan Rasulullah dalam puisi-
puisi indah nan romantis.
9.25 Bacaan doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis pada malam yang penuh barakah ini,


majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-Fadhil Ustaz
Ismail Hashim bin Sulaiman untuk memimpin bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
*****
Amin amin amin Ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan
kepada Al Fadhil Ustaz Ismail hashim bin Sulaiman atas bacaan
doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau , majlis kita
akan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

9.35 Ucapan PPD Bagi memulakan bingkisan ucapan , majlis dengan segala
hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan
Haji Abdul Talib bin Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala
Langat untuk menyampaikan bingkisan kata. Majlis
mempersilakan.
*****
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berusaha Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid atas ucapan itu tadi.

9.45 Ucapan Dato' Hadirin sekalian,

Meneruskan majlis pada malam yang hening ini , majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato' Seri
Dr Haji Shafie bin Haji Salleh, Pengerusi Yayasan Bestari Kuala
Langat untuk mengungkapkan sepatah dua kata .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*****
Bagi pihak majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Dato' atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

10 Persembahan Hadirin yang dimuliakan,


dimulakan

Persembahan Bagi menghangatkan malam kita sambil ditemani angin laut


1 sepoi-sepoi bahasa marilah kita bersama-sama menikmati halwa
telinga dan menghayati persembahan yang pertama dari Saudara
Abdul Hamid Man dari SK Sijangkang dengan
bertajuk Warisan Perjuangan.
Majlis mempersilakan,
*****
Begitulah tadi persembahan yang cukup hebat. Terima kasih
diucapkan.
Persembahan Kita teruskan lagi menikmati persembahan berikutnya dari
2 Ahmad Irfan Akmal Hakimi dan pasangannya Nik Muhd
Akmal Hakimi Nik Muhd Hanafi dari SMK Banting dengan
bertajuk Perginya Seorang Kekasih..
Majlis mempersilakan,
*****
Hadirin sekalian,
Demikianlah tadi persembahan yang mantap gandingan
pasangan serasi.

Persembahan Seterusnya, majlis mempersilakan Saudari Azlina Azlisham dan


3 Saudari Siti Nor Fatihah Rahim dari SMK Sijangkang Jaya
dengan Sirah Rasulullah. Dipersilakan.
*****
Pihak majlis merakamkan penghargaan atas persembahan itu
tadi semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua.

Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari SMK Sungai


4 Manggis iaitu Saudara Muhamad Fauzi Maideh. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.
*****
Begitulah tadi persembahan yang sangat menarik. Sekalung
penghargaan diucapkan.

Persembahan Hadirin sekalian,


5
Acara diteruskan dengan mempersilakan Saudari Norhayati
Selamat yang akan melagukan syair yang bertajuk Kisah Nabi.
Marilah kita bersama-sama menghayatinya.
Majlis mempersilakan.
*****
Begitulah tadi bait-bait indah syair dengan suara yang lunak
merdu sungguh mengasyikkan. Tahniah dan terima kasih
diucapkan.

Persembahan Tanpa melengahkan masa marilah kita bersama-sama


6 meneruskan majlis dengan persembahan dari Saudari S Rosy
Ahman dari SK RTB Bukit Changgang.
Dipersilakan.
*****
Majlis merakamkan penghargaan atas persembahan yang hebat
itu tadi.

hingga **** ulang-ulang ayat di atas,,,ok tak


Persembahan
40
11.30 Penutup Demikianlah tadi persembahan terakhir pada malam ini. Majlis
kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
sedikit kesempatan untuk menyampaikan jutaan penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Pada kesempatan ini juga pihak majlis memohon kemaafan
andai ada tersilap kata tersalah bahasa sepanjang majlis ini
berlansung.

Kami akhiri dengan serangkap pantun,,

Jejaran mengkudu bias kesuma,


Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini nokhtah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Sekian,
wabillahitaufikwalhidayah wasalamualaikum w.b.t
11.30 Penutup Demikianlah tadi persembahan terakhir pada malam ini. Majlis
kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
sedikit kesempatan untuk menyampaikan jutaan penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Pada kesempatan ini juga pihak majlis memohon kemaafan
andai ada tersilap kata tersalah bahasa sepanjang majlis ini
berlansung.

Kami akhiri dengan serangkap pantun,,

Jejaran mengkudu bias kesuma,


Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini nokhtah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Sekian,
wabillahitaufikwalhidayah wasalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai