Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUPAN RASMI


KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
4 OGOS 2019 (AHAD, JAM 2.00 PETANG)

ATUR ACARA TEKS PENGACARA CATATAN

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat masing-masing


di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada hari ini, di
sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan CIKGU AIN
nada deringan telefon bimbit masing-masing atau menukarkan kepada
mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir dapat
memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan terlebih
dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu yang akan datang
seterusnya,
3. Para tetamu dipersilakan mengambil buku sebagai bahan bacaan ‘Jom
Baca Untuk 10 minit ‘
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat berdiri
semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama


hadirin sekalian.

UCAPAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan bin Abu
PENGUMUMAN Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan
Johor ke Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Kluster
Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. CIKGU AIN
 Kompang – dibimbing oleh En Shahrizal bin Harun
 Silat Selamat Datang – dibimbing oleh En Adi Ramlan bin Robaie
 Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Mohd
Khuzzan bin Abu Bakar ke tempat duduk VIP

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan


limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis penutupan
rasmi Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Kluster
Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 pada petang ini.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian
ke majlis ini.

Hadirin yang dihormati, dipersilakan untuk berdiri bagi sama-sama


menyanyikan Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku.
 Lagu Bangsa Johor
 Lagu Negaraku
 Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Hadirin dipersilakan duduk.
 Edaran Buku Program kepada vip
PROGRAM JOM Anak muda pulang ke desa,
BACA 10 MINIT Ibu dan ayah lama menanti, SYAFIQAH
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.

Cantik sungguh si bunga kejora,


Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

Mekar sejambak bunga gubahan,


Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Hadirin Sekalian, sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif


membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan
para pelajar dan komuniti setempat.  Sejajar dengan visi tersebut marilah
kita sama-sama menjayakan program ‘Jom! Baca Untuk 10 Minit’.

 Paparan Surah Al’alaq


 Edaran buku untuk vip

Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom! Baca Untuk 10


Minit’ ini dapat diteruskan dan menjadi penanda aras masyarakat proaktif
dan berilmu.

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah, SYAFIQAH


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Dengan itu majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Muhd Suhail Faris bin
Abd Manan untuk bacaan doa . Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.....

******Bacaan Doa*****************

Amin amin ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.

KATA ALU- Sayang selasih berisi minyak,


ALUAN Bunga cengkih di atas jerami; CIKGU AIN
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang Berhormat, Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor

Yang Berbahagia, Puan Norhafizah Binti Mohamed Husin


Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Selatan

Yang Berbahagia, Puan Hajah Ungku Noorakmal Binti Ungku Sulaiman


Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor

Yang Berusaha, Encik Puniran Bin Denan


Pegawai Pendidikan Daerah Muar

Yang Berusaha, Encik Sahrul Fadzil Bin Mohd Ibrahim


Penyelia Kanan Projek Khas/Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor

Yang Berusaha, Puan Hajah Siti Mowlina binti Mashadi


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali

Yang Dihormati Dr.Norhariza Binti Esa


Pegawai Perubatan Klinik Parit Yusof, Muar;

Yang Dihormati, Encik Razali bin Abu Bakar


Pengurus Bank Simpanan Nasional Cawangan Muar

Yang Dihormati, pegawai-pegawai dari PPD Muar

Yang Dihormati, Encik Fakri Bin Hussin


Ahli Majlis Perbandaran Muar

Yang Dihormati Encik Samion Bin Sarmithy


Yang Dipertua PIBG SK Orangkaya Ali serta barisan Ahli Jawatankuasa

Yang Dihormati, Encik Mohd Aluwi Bin Abu Bakar


Ketua Kampung Sungai Resik

Yang Berusaha, Guru-guru Besar Sekolah Kluster Kecemerlangan,


Yang Berusaha, Guru-guru Besar Zon Sungai Balang

Yang Dihormati Barisan Penolong Kanan Sk Orangkaya Ali Muar

Yang Dihormati, guru-guru pengiring


Yang Dihormati, Guru-guru SK Orangkaya Ali selaku AJK Pelaksana

Yang dihormati Tuan-tuan dan puan-puan serta yang diraikan murid-


murid peserta Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Kluster
Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

PERSEMBAHAN Dari Kedah ke Kuala Perlis SYAFIQAH


1 Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita sama-sama meyaksikan


persembahan bicara berirama yang bertajuk Bahasa Martabat Bangsa.

Dipersilakan....
 PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA

Terima kasih diucapkan kepada pasukan bicara beirama SK Orangkaya


Ali. Untuk makluman hadirin sekalian, pasukan ini dibimbing oleh Pn
Rosmaiza binti Zakaria dan telah memasuki Pertandingan Bicara
Berirama Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor. Pasukan Bicara
Berirama ini juga telah memenangi Johan Daerah Muar dan Konduktur
Terbaik Negeri Johor.

UCAPAN Pergi ke kota beli selasih, CIKGU AIN


Sekapur Sirih Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Siti Mowlina Binti Mashadi,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali Muar untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan


Hajah Siti Mowlina Binti Mashadi atas ucapan alu-aluan itu tadi.

UCAPAN Tak lengkap keris tanpa sarungnya, SYAFIQAH


Seulas Pinang Tak lengkap pinang tanpa sirihnya,
Tak lengkap angin tanpa semilirnya.
Tak lengkap majlis tanpa kata-katanya.

Hadirin sekalian,
Majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Norhafizah Binti Mohamed
Husin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Selatan, untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
                              
    *****(ucapan)*****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN Daun semulur di pekan sari,


Perasmian Batang jerami rebah ke bumi; CIKGU AIN
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat
Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
Kebudayaan dan Warisan Johor untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan Karnival Bahasa Melayu
Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan
Tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


**** Ucapan Perasmian Penutup ****

Dipersilakan Puan Hajah Siti Mowlina untuk menjempt dan mengiring


(tetamu jemputan kehormat kita) untuk naik ke atas pentas bagi sama-
sama (masa ni tarik reben kt banner) …

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang


Berhormat Tuan Mohd Khuzzan di atas ucapan perasmian penutupan itu
tadi.  Dan terima kasih diucapkan kepada ( tetamu-tetamu kehormat
kita…)

PERSEMBAHAN Sehabis merah daun yang sihat SYAFIQAH


2 Dahan melebar bercerita sakan
Majlis penutupan mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Dipersilakan pasukan Tari Gemersik Kalbu Sk Orangkaya Ali…

******************persembahan tarian*******************

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk murid-murid yang cukup


berbakat ini. Untuk makluman hadirin, pasukan Tari Gemersi Kalbu ini
telah dibimbing oleh Pn Shubihah binti Osman, Pn Nurul Nadhirah binti
Mohd Yusof Dan Puan Nurul Ain binti Salikhun.

PENYAMPAIAN Terbang tinggi si burung helang CIKGU AIN


HADIAH Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan

Hadirin yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Hadiah. Untuk
makluman hadirin, pemenang akan menerima
1.
2.
3.
4.
5.
Manakala pemenang tiga terbaik pula akan menerima wang tunai
berjumlah RM 150 untuk johan, RM100 untuk naib johan dan RM50
untuk tempat ketiga daripada …………………………………………….

Bagi pertandingan mengarang, majlis mempersilakan Pn Hajah Siti


Mowlina binti Mashadi untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia, Puan Hajah Ungku Noorakmal Binti Ungku Sulaiman,
Pengarah Perbadanan Perpustaakaan Awam Negeri Johor bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan …..

Bagi penerima hadiah saguhati, dipersilakan


1…………………………………………………………………………..
2…………………………………………………………………………..
3……………………………………………………………………………
4……………………………………………………………………………
5…………………………………………………………………………….
6…………………………………………………………………………….
7…………………………………………………………………………….
8…………………………………………………………………………….
9…………………………………………………………………………….
10……………………………………………………………………………

Tempat 3 : ……………………………………………………………..

Tempat 2 : ……………………………………………………………..

Tempat 1 : ……………………………………………………………..

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berbahagia, Puan Ungku Hajah Noorakmal.

******************************
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Razali bin Abu
Bakar, Pengurus Bank Simpanan Nasional Cawangan Muar untuk naik ke
pentas bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Pidato.
Dipersilakan.

Dipersilakan penerima hadiah saguhati


1…………………………………………………………………………..
2…………………………………………………………………………..
3……………………………………………………………………………
4……………………………………………………………………………
5…………………………………………………………………………….
6…………………………………………………………………………….
7…………………………………………………………………………….
8…………………………………………………………………………….
9…………………………………………………………………………….
10……………………………………………………………………………

Tempat 3 : ………………………………………………………………….

Tempat 2 : ………………………………………………………………….

Tempat 1 : ………………………………………………………………….

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih diucapkan


kepada Encik Razali bin Abu.

*******************************
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Norhafizah
Binti Mohamed Husin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah
Selatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan
Syair. Dipersilakan.

Dipersilakan penerima hadiah saguhati


1…………………………………………………………………………..
2…………………………………………………………………………..
3……………………………………………………………………………
4……………………………………………………………………………
5…………………………………………………………………………….
6…………………………………………………………………………….
7…………………………………………………………………………….
8…………………………………………………………………………….
9…………………………………………………………………………….
10……………………………………………………………………………

Tempat 3 : ………………………………………………………………….
…………………………………………………………………

Tempat 2 : ………………………………………………………………….
………………………………………………………………….

Tempat 1 : ………………………………………………………………….
………………………………………………………………….

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berbahagia Puan Norhafizah Binti Mohamed Husin.

*****************************

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan


bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan
Warisan Johor untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang
pertandingan Sajak. Dipersilakan.

Dipersilakan penerima hadiah saguhati


1…………………………………………………………………………..
2…………………………………………………………………………..
3……………………………………………………………………………
4……………………………………………………………………………
5…………………………………………………………………………….
6…………………………………………………………………………….
7…………………………………………………………………………….
8…………………………………………………………………………….
9…………………………………………………………………………….
10……………………………………………………………………………

Tempat 3 : ………………………………………………………………….
…………………………………………………………………

Tempat 2 : ………………………………………………………………….
………………………………………………………………….

Tempat 1 : ………………………………………………………………….
………………………………………………………………….

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


PENYAMPAIAN Burung nuri buah delima SYAFIQAH
CENDERAMATA Hinggap di beranda hinggap di tangan
Cenderamata di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan

Sebagai tanda terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat Tuan Mohd
Khuzzan Bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan,Kebudayaan dan Warisan Johor meluangkan masa bersama-
sama dengan kita pada petang ini, majlis juga berbesar hati memberikan
cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap
Tuan dan jemputan kami.

Jesteru itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


berusaha Puan Hajah Siti Mowlina Binti Mashadi untuk memberikan
cenderamata kepada Tuan Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar.

CIKGU AIN
PENUTUP Tuan-tuan dan puan-puan,

Maka sempurnalah sudah Majlis Penutupan Rasmi Karnival Bahasa


Melayu Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat
Kebangsaan Tahun 2019. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak
dalam menjayakan karnival ini amat dihargai dan kami berasa begitu
terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua
pihak. Bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa, majlis sekali lagi
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan
Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar atas kesudian untuk bersama kita pada
petang ini.

Bias luahan buat titipan,


Rona curahan jadikan sisipan;
Refleksi kendiri jadikan amalan,
Impak dan impian jadikan iltizam.

Banyak kelok ke penarik,


Kelok tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan buruk tinggalkan di sini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan


dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak akan
purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari Alah SWT dan
segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami insan biasa.

Tuan puteri pergi ke Rasah


    Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
    Diizin Tuhan bersua lagi

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu
Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan Bin
Abu Bakar, dif-dif kehormat serta para jemputan untuk sesi bergambar
dan sidang akhbar dan seterusnya lawatan ke reruai Pameran Karnival.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Mohd Khuzzan


Bin Abu Bakar, dif-dif kehormat serta para tetamu jemputan dan hadirin
sekalian untuk menjamu selera di bilik mesyuarat SK Orangkaya Ali.

Sebelum mengundur diri, sambutlah salam manis dan disudahi dengan


lafaz suci...

Sekian Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmahtullahi


wabarakatuh.....

Dan salam sejahtera.


TEKS PENGACARA
MAJLIS PENUTUPAN RASMI
KARNIVAL BAHASA MELAYU
SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
4 OGOS 2019 (AHAD, JAM 2.00 PETANG)

Anda mungkin juga menyukai