Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

MINGGU HARI DAN TARIKH Khamis 29 Ogos 2019


KELAS 5 CERDAS 9.30 pagi MATA BAHASA
HINGGA PELAJARAN MELAYU
10.30 pagi
TEMA PATRIOTISME DAN KEMAHIRAN Menulis
KEWARGANEGARAAN
TAJUK Di Mana Ada Kemahuan, di Situ Ada Jalan
STANDARD 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi
KANDUNGAN dengan betul.
STANDARD 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda berentak dalam pelbagai situasi dengan betul.
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
PEMBELAJARAN Membina sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat menggunakan kata ganda berentak
dengan betul.

AKTIVITI Set Induksi (5 minit)


1. Tayangan video Azizul Hasni Awang
2. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan video
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini.

Pemula/Pembelajaran : (10 minit)


4. Guru memaparkan petikan teks ‘Perlumbaan di Velodrom’
5. Murid membaca kuat petikan secara kumpulan dan individu.
6. Murid mengenal pasti dan menggariskan kata ganda yang terdapat dalam petikan.
7. Murid mencatat kata ganda dalam peta buih.

Perkembangan /Latihan: (30 minit)


8. Murid melihat carta kata ganda yang dipaparkan oleh guru dan memberi fokus
kepada kata ganda berentak.
9. Murid membina ayat menggunakan kata ganda berentak secara rally table.
10. Murid menjalankan aktiviti gallery walk secara 3 stray 1 stay dan memurnikan hasil
kerja kumpulan lain.
11. Murid membuat penilaian dengan dibimbing oleh guru.

Plenari/ Peneguhan : (10 minit)


12. Murid menampalkan carta peta buih yang telah lengkap di dalam buku tatabahasa.
13. Murid menyalin semula lima ayat yang terbaik dengan betul dan kemas.

Penutup : (5 minit)
14. Murid membuat rumusan isi pembelajaran pada hari ini.
15. Murid menyanyikan lagu ‘Fikirkan Boleh’

Anda mungkin juga menyukai