Anda di halaman 1dari 1

Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita.

Oleh itu, kita mestilah


menjaga kebersihan diri.

Kita mestilah berpakaian kemas dan bersih. Pakaian yang kita pakai mestilah
ditukar setiap hari. Ini kerana, orang yang bersih akan disenangi oleh rakan-rakan.

Di samping itu, kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita
hendaklah membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung
kaki dengan sabun dan air yang bersih.

Selain itu, kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita
juga hendaklah membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun untuk memastikan gigi
kita sentiasa sihat dan kuat.

Seterusnya, kita mestilah memotong kuku tangan dan kaki yang panjang. Hal
ini demikian kerana kuman mudah membiak di celah-celah kuku tangan dan kaki
yang panjang.

Kesimpulannya, kebersihan adalah asas kesihatan. Jika kita menjaga


kebersihan diri, kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Orang yang bersih dan
sihat juga akan hidup ceria.

Anda mungkin juga menyukai