Anda di halaman 1dari 1

Faedah-faedah Kebersihan

Aspek kebersihan amat dituntut oleh agama kepada setiap penganutnya.


Kebersihan yang merangkumi pelbagai aspek amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari.
Kita akan hidup dengan penuh ceria kerana persekitaran kita bersih daripada segala
kekotoran.

Antara faedah apabila kita mengutamakan kebersihan , kita tidak akan menghidap
pelbagai jenis penyakit. Contohnya, persekitaran yang tidak bersih akan mengundang
pembiakan lalat dan nyamuk. Justeru, penyakit demam denggi akan menimpa penduduk yang
rumah mereka menjadi habitat kepada nyamuk aedes.

Selain itu, kebersihan melambangkan imej seseorang. Kebersihan anggota badan


perlu dijaga pada setiap hari. Rambut perlu disisir dengan kemas dan kuku tangan pula
sentiasa dalam keadaan yang pendek.

Pada masa yang sama, kebersihan perlu diutamakan ketika kita memasak
makanan. Kita mestilah memastikan ikan dan sayur-sayuran dicuci dengan bersih. Impaknya,
kita tidak akan mengalami keracunan makanan.

Akhir sekali, kebersihan pakaian juga perlu diambil berat. Jangan memakai
pakaian yang kotor dan berhari-hari lamanya tidak dibasuh. Badan kita jua akan berbau busuk
dan orang sekeliling kita akan berasa tidak selesa.

Tuntasnya, aspek kebersihan perlu diutamakan walau di mana kita berada. Anak-
anak pula wajar dididik dengan aspek kebersihan sejak mereka kecil lagi. Hidup menjadi indah
kerana kita berada dalam keadaan sihat walafiat dan bebas daripada sebarang penyakit.

Anda mungkin juga menyukai