Anda di halaman 1dari 1

Contoh karangan-Fakta

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri dan persekitaran

Kebersihan diri dan persekitaran amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah
menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita hendaklah membersihkan
semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan air yang bersih.
Kita juga mestilah mencuci rambut menggunakan syampu untuk mengelakkan rambut
berkelemumur dan berkutu.

            Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian yang kita pakai
mestilah ditukar setiap hari. Pakaian yang kotor mesti dicuci. Selain itu, kita mestilah memotong
kuku tangan dan kaki yang panjang. Hal ini demikian kerana kuman mudah membiak di celah-
celah kuku tangan dan kaki yang panjang.

Bukan itu sahaja, kita perlu menggosok gigi tiap-tiap hari. Kita juga hendaklah berkumur
selepas makan agar sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi. Kita hendaklah membuat
pemeriksaan gigi dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat dan kuat.

Di samping itu, kita mestilah menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal. Justeru, kita
perlu menanam tin-tin kosong, membersihkan longkang yang tersumbat dan memastikan sampah
sarap dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan pembiakan haiwan perosak. 

Kesimpulannya, kebersihan adalah asas kesihatan. Jika kita menjaga kebersihan diri, kita
tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Orang yang bersih dan sihat juga akan hidup ceria.

Anda mungkin juga menyukai