Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilahmenjaga kebersihan diri.

Antaranya, kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita hendaklah
membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan air
yang bersih. Kita juga mestilah mencuci rambut menggunakan syampu untuk mengelakkan rambut
berkelemumur dan berkutu. Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian
yang kita pakai mestilah ditukar setiap hari. Pakaian yang kotor mesti dicuci. Kawan-kawan akan
menjauhi kita jika kita kotor dan berbau busuk.

Selain itu, kita mestilah memotong kuku tangan dan kaki yang panjang. Hal ini demikian
kerana kuman mudah membiak di celah-celah kuku tangan dan kaki yang panjang. Bukan itu sahaja,
kita perlu menggosok gigi tiap-tiap hari. Kita juga hendaklah berkumur selepas makan agar sisa
makanan tidak melekat di celah-celah gigi. Kita hendaklah membuat pemeriksaan gigi dua kali
setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat dan kuat.

Di samping itu, kita mestilah menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal.Persekitaran


tempat tinggal yang bersih mencerminkan imej dan personaliti kita. Orangyang bersih akan
disenangi oleh orang lain. Justeru, kita perlu menanam tin-tin kosong,membersihkan longkang yang
tersumbat dan memastikan sampah sarap dibuang kedalam tong sampah bagi mengelakkan
pembiakan haiwan perosak. "ikus dan lalat bolehmembawa jangkitan penyakit kepada kita.Pendek
kata, kebersihan adalah asas kesihatan. Jika kita menjaga kebersihan diri,kita tidak akan mudah
dijangkiti penyakit. Orang yang bersih dan sihat juga akan hidup ceria

Anda mungkin juga menyukai