Anda di halaman 1dari 5

MENJAGA

KEBERSIHAN DIRI
Norshuhadah binti Kamal Idris
Guru Praktikal
Bimbingan dan Kaunseling
KEBERSIHAN DIRI
◦ Bermaksud – Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin
kesejahteraan hidup.
◦ Isitilah kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan tangan. Penjagaan
kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Selain itu, seseorang akan berasa selesa
tentang dirinya dan orang lain juga akan berasa selesa bergaul denganya.
◦ Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab
mengapa kebersihan diri itu penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. 
Kebersihan diri adalah salah satu kunci kepada kesihatan diri. Sekiranya anda tidak mengekalkan kebersihan diri, maka
anda akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit.
6 Tip Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan
Diri

◦ 1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum Tidur


◦ Cara pertama untuk mengekalkan kebersihan diri adalah dengan
menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya adalah untuk
mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas
berbau dan gangguan orang lain.
◦ Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan
dan sebelum tidur. Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada
waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria
merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika anda
sedang tidur

◦ 2. Mandi Dua Kali Sehari & Cuci Rambut


◦ Sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah
lebih baik anda mandi dua kali sehari. Secara amnya anda perlu
mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang
selepas bekerja atau malam sebelum tidur. 
◦ Manakala menjaga kebersihan rambut adalah dengan membasuh
rambut anda dengan kerap sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali
seminggu. Kenapa? Ini kerana jika anda kerap mencuci rambut
boleh menyebabkan kulit kepala kering dan rambut menjadi
rapuh.
◦ 3. Basuh Tangan Anda Dengan Sabun
◦ Dalam musim wabak covid-19 yang melanda negara, anda
disarankan untuk kerap membasuh tangan anda dengan sabun atau
lebih baiknya dengan ‘hand satisizer’ yang mempunyai kandungan
alkohol lebih 70%. Ini bagi membasmi kuman bakteria dengan
lebih efisien.
◦ 4. Bersihkan Kuku Selalu
◦ Kuku anda merupakan sebahagian yang kecil pada badan anda.
Namun begitu, kuku juga merupakan tempat yang berpotensi
tinggi untuk kuman dan bakteria  mengembangkan pelbagai
penyakit dalam badan kita. Apabila anda mencuci tangan dengan
sabun, pastikan kebersihan semasa mencuci sampai ke bahagian
kuku, terutamanya jika anda mempunyai kuku panjang.
◦ 5. Cuci Kaki Selepas Keluar Rumah
◦ Selain mencuci tangan, mencuci kaki juga penting untuk
mengekalkan kebersihan diri. Penggunaan kasut pada kaki
sepanjang hari boleh menyebabkan perkembangan bakteria di kaki
dan menyebabkan bau. Jangan pula lupa untuk menjaga
kebersihan kasut yang telah  digunakan. Bakteria yang terkumpul
pada kasut akan menyebabkan bau kaki walaupun hanya
digunakan sekejap. Oleh itu, bersihkan tapak kaki anda dengan
kerap.
◦ 6. Jaga Kebersihan Pakaian Seharian
◦ kebersihan diri tidak hanya dipengaruhi oleh faktor-faktor
tubuh yang bersih, tetapi juga dari apa yang kita gunakan.
Janganlah anda memakai semula pakaian yang telah anda
gunakan. Pakailah baju dan seluar yang telah dicuci dan
bersih serta berbau wangi!
Kesimpulan
◦ Agama Islam sangat mementingkan tentang kebersihan diri dan tubuh badan. Ketahuilah bahawa membersihkan badan seperti
mandi, mencukur misai, memotong kuku serta mencukur bulu adalah amalan-amalan sunat yang dituntut dalam Islam.
Amalan-amalan ini mempunyai hikmah, antaranya, boleh mengekalkan kesihatan, mengelakkan diri daripada mendapat
pelbagai penyakit, lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan, nilai personaliti orang Islam dan yang paling penting
mengamalkan sunah Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menjaga kebersihan ini dapat diperolehi dengan melakukan
ibadat-ibadat khususnya seperti berwuduk, sembahyang, berpuasa dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai