Anda di halaman 1dari 3

4 Rutin Amalan Penjagaan Diri

Yang Perlu Anda Buat, Agar


Tubuh Segar & Sihat
Kebersihan badan merupakan perkara asas bagi semua orang. Sejak
kecil, antara skil awal yang diajarkan oleh ibu bapa kepada anak adalah
membuang air di tandas, membasuh najis, mandi, dan gosok gigi. Itu
semua adalah amalan kebersihan diri yang wajib dilakukan setiap hari.
Selain sebagai rutin harian, amalan kebersihan diri ini juga sebenarnya
sangat penting untuk memastikan badan anda dalam keadaan yang
sihat dan segar.

Bagaimana amalan kebersihan diri menjadikan badan sihat?

Setiap hari, badan anda terdedah kepada pelbagai kuman sama ada di
kulit atau di dalam mulut. Tambahan pula, badan anda menggugurkan
kulit mati setiap hari.

Semua kuman dan kulit tersebut akan terkumpul jika ia tidak dibuang
atau dibersihkan seterusnya berpotensi menyebabkan jangkitan.

Langkah rutin harian serta wang yang dihabiskan untuk membeli


kelengkapan mandi anda termasuk sabun, pencuci muka, syampu,
berus, serta ubat gigi bukanlah sekadar bertujuan membuang bau
badan, apatah lagi mengikut trend.
Perkara yang paling penting adalah untuk membuang segala kotoran
pada badan.
Selain itu, badan yang bersih dan wangi akan menjadikan mood anda
lebih baik. Ini akan meningkatkan lagi produktiviti serta keyakinan diri.
Mood yang terganggu dan keyakinan diri yang lemah boleh
menjejaskan kesihatan seseorang.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk menjaga kebersihan diri?

Meskipun kedengaran seperti sangat asas, sebahagian orang masih


gagal menjadikan ia sebagai rutin harian.

Berikut adalah perkara mudah yang anda boleh amalkan sebagai


langkah penjagaan amalan kebersihan diri.

1. Mandi secara berkala


Basuh badan dan rambut anda secara berkala. Sebaiknya adalah untuk
mandi setiap hari memandangkan cuaca di Malaysia yang panas dan
lembap sepanjang tahun.
2. Jadikan aktiviti memberus gigi sebagai amalan kebersihan diri
Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pastikan anda menggunakan berus
dan ubat gigi yang berkualiti.
Jika anda tahu beban yang perlu ditanggung apabila gigi sudah rosak,
tentu anda tidak akan meninggalkan amalan memberus gigi setiap hari.

3. Potong kuku
Pastikan kuku dalam keadaan bersih dan pendek untuk mengelakkan
daripada jangkitan terutamanya di bahagian kuku kaki.
4. Basuh tangan
Langkah yang mudah ini sangat penting. Tangan yang kotor berpotensi
membawa kuman bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang
lain.

Biasakan diri untuk membasuh tangan sebelum dan selepas melakukan


sebarang aktiviti.
Kini, anda sudah tahu 4 amalan kebersihan diri yang perlu diamalkan.
Mudah sahaja, bukan? Jadi, elak culas dalam menjaga kebersihan badan!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau
rawatan.

Anda mungkin juga menyukai