Anda di halaman 1dari 5

February 25, 2014 [TIPS GROOMING [LELAKI]]

Oleh: EDITORIAL REMAJA l Tarikh: 10 Januari 2012

Mari Perbaiki Imej Diri Tahun baru maka ramailah lelaki di luar sana yang berhasrat ingin membaikpulih imej diri. Membaiki imej tidak tertumpu pada dalaman semata-mata kerana rupa paras merupakan aspek terpenting yang ditatap oleh anasir luar.

Jika diperhatikan, produk penjagaan lelaki agak kurang dipasarkan beberapa tahun yang lepas. Berbeza pula dengan keadaan pasaran masa kini di mana pelbagai jenis barangan penjagaan untuk sang teruna boleh dilihat di rak-rak farmasi. Ini merupakan satu simbolik yang membawa maksud penjagaan diri bagi lelaki dilihat sebagai sesuatu yang wajar dipandang berat dan bukan sekadar menarik perhatian kaum hawa.

Penjagaan Kulit Ada yang beranggapan, penjagaan kulit sesuatu yang melecehkan dan tidak penting. Namun tidak susah hendak menjaga kulit sendiri. Semudah membilang satu dua dan tiga, gunakan produk sabun yang bersesuaian dengan kulit dan tambahan pelembap jika perlu. Kebiasaannya pelembap mengandungi ciri-ciri perlindungan daripada cahaya matahari kerana sinaran matahari punca utama penyebab kulit kelihatan berusia. Tahukah kamu bahawa produk kulit yang mengandungi retinol berkesan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah?

Rawatan Wajah Sudah nama pun remaja, pastinya tumbuh jerawat pada muka sang teruna. Secara tidak langsung, mereka akan mempunyai keyakinan diri yang lebih rendah berbanding jejaka yang mempunyai wajah bersih sempurna. Kembalikan keyakinan diri dengan menggunakan produk rawatan yang mampu merawat jerawat dan jeragat pada muka. Jika masih tidak berkesan, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

Bau Badan Jika kamu jenis yang kerap berpeluh, amalkan mandi sekerap yang mungkin. Kamu juga boleh mengenakan deodoran atau bedak talkum bagi mengurangkan bau badan selepas mandi. Setiap lelaki perlu mengambil perkara ini secara serius kerana kamu tidak akan dapat menghidu dan mengesan bau badan sendiri tetapi orang di sekeliling mungkin tidak senang dengannya.

Rambut Sudah menjadi lumrah tidak kira lelaki atau perempuan, rambut adalah mahkota perhiasan peribadi. Kaum Adam tidak perlu merasa bahawa mereka melakukan satu pembaziran apabila mengeluarkan sejumlah wang untuk perapian rambut. Jika kebiasaannya kamu pergi ke kedai gunting rambut yang biasa, sekali-sekala cuba beralih angin ke salun dandanan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang lebih sesuai.

Diet Badan kurus tidak bermakna orangnya sihat. Seeloknya amalkan pemakanan yang berkhasiat dan elakkan daripada makan makanan yang mengandungi kolesterol dan lemak tinggi. Mungkin sesuatu yang baharu kepada

1|Page

February 25, 2014 [TIPS GROOMING [LELAKI]]


kaum lelaki tetapi diet yang seimbang yakni diet yang juga mengandungi buah-buahan serta sayursayuran akan membuatkan rambut dan kulit kamu tampak lebih sihat

TIPS UNTUK LELAKI MENJAGA PENAMPILAN DIRI


July 11, 2012 at 9:56am

Lelaki semestinya mahukan dirinya lebih kacak dan tampan. Namun dalam proses untuk menjadi kacak, mungkin si lelaki lupa akan hal-hal penting yang mesti dijadikan penekanan olehnya. Tips ini dihasilkan khas untuk golongan lelaki supaya sentiasa menjaga penampilannya! 1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap. 2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari Sebaik-baiknya anda perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut anda. Selepas bersyampu, pastikan anda gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut. 3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, anda juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya serta minuman beralkohol. 4. Gunting rambut setiap 3 6 minggu sekali Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Anda tidak perlu bersusahpayah menghabiskan duit,sebaliknya anda boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya anda mempunyai salun yang sering anda kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut anda sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut anda sebelum keluar rumah.

2|Page

February 25, 2014 [TIPS GROOMING [LELAKI]]

10 Panduan penjagaan Diri Untuk Lelaki


POSTED ON 25 JANUARI 2013 BY CIEN

0 Apabila memperkatakan soal penjagaan diri,masih ramai lelaki keliru dengan pilihan produk yang semakin bercambah di pasaran sekarang.Mana satu yang sesuai? 1.REJIM PENJAGAAN WAJAH Sentiasa amalkan rejim penjagaan kulit wajah.Jika anda masih muda,mengapa perlu nampak lebih berusia daripada usia sebenar?Rejim penjagaan kulit wajah yang ringkas,bersihkan wajah,lakukan scrub 2 kali seminggu dan gunakan pelembap. 2.KETAHUI JENIS KULIT ketahui jenis kulit anda.Jadi anda boleh pilih dan guna produk yang sesuai mengikut jenis kulit.Jika anda menghadapi masalah kulit berminyak,gunakan pelembap bebas minyak dan jika kulit anda sensitive,gunakan pelembap yang juga mengandungi pelindung sinar matahari. 3.PENJAGAAN MATA Selalunya bahagian mata jelas kelihatan jika anda letih atau kurang tidur.Eye bag,lingkaran hitam serta garis kedut akan mudah muncul.Ini akan menampakkan wajah anda lebih berusia.Jadi,sebagai penyelesaian ,gunakan krim mata daripada pakar kosmetik.Anda perlu berbelanja lebih sedikit,tetapi berbaloi untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. 4.CUKURAN YANG HEBAT Seorang lelaki yang ingin kelihatan menarik perlu belajar untuk bercukur dengan betul.Setiap pagi,bercukur lah setiap pagi,bercukurlah selepas selesai mandi atau gunakan air suam.Jangan gunakan pisau cukur yang tumpul,gunakan yang berkualiti.Setiap kali bercukur gunakan krim pencukur dan selepas itu,sapukan after shave balm tanpa alcohol. 5.MINUM AIR MASAK Sekiranya anda inginkan kulit kelihatan sihat,minum air putih atau masak sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. 6.MANDI ELAK BAU BADAN Ini juga ssangat penting.mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk membersihkan dan menghilangkan peluh yang berrbau.Jangan kerap menggunakan sabun mandi bukukerana ia boleh mengeringkan kulit.Gunakan produk anti-peluh terbaik bagi mengurangkan peluh sepanjang hari. 7.GAYA RAMBUT Dapaatkan potongan rambut menarik iaitu sesuai dengan bentuk wajah serta jenis rambut anda.Tidak pasti gaya terkini?Dapatkan nasihat daripada pakar pendandan rambut.Jika rambut anda nipis,kekalkan potongan pendek ddan jangan kerap menggunakan sikat untuk merapikan.

3|Page

February 25, 2014 [TIPS GROOMING [LELAKI]]


8.PEMAKANAN SIHAT DAN SENAMAN Amalkan pemakanan dan diet seimbang serta lakukan senaman lebih kerap.Elak mengamalkan makan makanan segera,tambahkan makan buah-buahan dan ssayur-sayuran segar.Bukan sahaja anda akan rasa lebih bagus,tetapi anda akan lebih bertenaga,kulit dan rambut jadi lebih sihat. 9.BERSIHKAN MLUT DAN GIGI Setiap orang tahu,senyuman menarik akan menjadi daya pemikat.Jadi,pastikan anda sentiasa memebersihkan gigi dua kali sehari.Gunakan pencuci mulut dan jangan lupa untuk memeberus lidah anda untuk nafas lebih segar. 10.KUKU JARI PERLU DIBERSIHKAN Sama ada anda dapatkan manicure dimana -mana salun atau sekurang-kurangnya sentiasa memeastikan kuku jari anda kekal bersih dan dipotong.Maklum sahaja lah ,tangan kita sentiasa terlihat oleh orang lain dan tolong jangan gigit kuku anda

4|Page

February 25, 2014 [TIPS GROOMING [LELAKI]]

SUMBER http://remaja.karangkraf.com/lelaki/mari-perbaiki-imej-diri-1.17467 https://www.facebook.com/notes/khas-untuk-jejakalelaki-kacak-tampan-bergaya/tips-untuklelaki-menjaga-penampilan-diri/493005074048244 http://mizshela.wordpress.com/2013/01/25/10-panduan-penjagaan-diri-untuk-lelaki/

5|Page

Anda mungkin juga menyukai