Anda di halaman 1dari 15

MATA BERSINAR: TIPS PENJAGAAN MATA

Mata merupakan antara daya penarik bagi seorang individu. Memiliki mata yang menawan dan
cantik bersinar adalah impian semua orang, terutamanya kaum wanita.

Oleh itu, ramai yang sanggup berhabis wang ringgit demi mencapai tujuan ini. Namun begitu,
terdapat juga cara yang mudah dan tidak menelan kos yang tinggi untuk memiliki mata menawan
dan cantik bersinar.

Tips Yang Boleh Diamalkan Agar Mata Cantik Bersinar

 Tidur secukupnya

Sekurang-kurangnya tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata
kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata (eyebag).

 Minum air kosong secukupnya.

Sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1 liter air sehari. Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk,
pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh
mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.

 Bersihkan mata daripada solekan

Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada
solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada
meresap ke dalam mata.
Jaga pemakanan dan elakkan merokok

Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran


berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata.

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato
mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina
pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam
makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega.

Manakala kandungan vitamin C yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan dapat
membantu pembentukan kolagen membantu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.

 Secara tradisional

Petua yang boleh diamalkan ialah dengan meletakkan hirisan timun di atas kelopak mata. Hirisan
timun yang sejuk dapat menghilangkan keletihan. Uncang teh yang sudah digunakan juga boleh
digunakan bagi menggantikan timun. Selain itu, ketulan ais kecil boleh digunakan bagi
menyegarkan mata yang mengantuk

TIMUN UNCANG TEH


PENGGUNAAN KANTA LEKAP DENGAN BETUL

Buat mereka yang menggunakan ‘contact lens’ sudah pasti anda risau dan khuatir akan banyaknya kes
yang mana mata terluka akibat daripada pemakaian ‘contact lens’.

Namun begitu, anda seharusnya tahu, bagaimana cara yang sebetulnya untuk memakai, juga menjaga
‘contact lens’ supaya tidak memudaratkan, dan mencederakan mata.

Terdapat perkongsian dari kami , terdapat beberapa tips yang dikongsikannya dalam pemakaian, dan
penjagaan ‘contact lens’ dengan betul, yang mana telah kami amalkan penggunaan ‘contact lens’ ini.
KHAS BUAT PEMAKAI TEGAR CONTACT LENS

Tips berdasarkan pengalaman :

1. Sebelum pakai CL, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun & bilas cuci. Kalau
rasa pedih-pedih cuci balik CL. Mungkin masih ada bulu-bulu degil yang melekat di tangan.

2. Lepas letak CL dalam mata, titis air Renu khas untuk mata bercontact lens. Botol dia sama
dengan botol eye glo/eye more.

3. Biasa kita dengar pakai CL maximum 8 jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang,
cuci & rendam dalam bekas CL balik.

4. Air Renu/apa-apa brand untuk rendam CL wajib ada. Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu !
Air paip takkan sama dengan air CL.

5. CL hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci CL ada caranya, bilas dengan air CL paling kurang 3x.
(buka video supaya lebih faham)

6. Bila CL dah ditanggalkn, jangan biar mata macam tu je, Titiskan dulu dengan Eye Glo.
Supaya mata tak merah & kering. (Saya pakai botol kaler purple)

Kalau mata rasa pedih-pedih smpai berair tu tandanya sebelum tu awak dah bedal sambal
belacan. Memang susah hilang kat tangan walaupun dah basuh dengan sabun. Semoga
bermanfaat
Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata?

Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan
keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A,
vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12

 Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.

 Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

 Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin

 Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk
kesihatan mata.

 Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A,
zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.

 Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus
untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.

 Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta
carotene yang baik unutk kesihatan mata.

 Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah
kataraks dan gangguan lain pada mata.

 Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta
karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan
organ penglihatan anda.
APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEROSAKKAN MATA?

1. Merokok

Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada
retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.

2. Sinaran Matahari

Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang
menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan
berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.

3. Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan
belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah
tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.

4. Kencing manis atau diabetis

Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai
glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada
retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.

5. Pengambilan alkohol

Mengambilan alcohol yang berlebihan mampu mengganggu penglihatan sekaligus menyebabkan


kerosakan mata secara keseluruhan. Antara kesan sampingan pengambilan alkohal ialah
penurunan prestasi visual, tindakbalas anak mata yang lambat, sering migraine mata mata
kemerahan.

6. Diet yang tidak sihat

Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu
menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta,
rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan
penglihatan menjadi kabur.

7. Penggunaan Komputer

Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang,
keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot
sekitar mata juga menjadi rosak.
Tempoh Masa Pemakaian Kanta Lekap

Setiap syarikat pengeluar mempunyai mod pemakaian tertentu bagi setiap kanta lekap. Semua
pemakai hendaklah mematuhi tempoh masa yang disarankan. Rujuk pada kotak kanta lekap
sebelum memakai.

Secara umumnya, kanta lekap lembut boleh dipakai 8 hingga 12 jam sehari. Terdapat 2 jenis
tempoh masa pemakaian bagi kanta lekap lembut :

Daily wear contact lenses. Jenis ini dipakai pada waktu pagi dan ditanggalkan pada waktu
malam. Jenis ini paling banyak di pasaran dan bertahan sehingga satu tahun. Wajib ditanggalkan
sebelum tidur walaupun sekejap.

Extended wear soft contact lens diperbuat daripada silikon lembut berkelembapan tinggi. Sifat
ini benarkan kanta lekap jenis ini dipakai lebih 14 jam. Kanta ini juga boleh dipakai berterusan
beberapa hari. Hanya perlu dibuka sekali dalam satu minggu untuk rehatkan mata.

Contohnya jenis Focus night & day dipakai berterusan selama 6 hari dan dibuka pada hari
ketujuh. Cara ini diulang pada hari berikutnya sehingga cukup tempoh sebulan. Selepas sebulan,
kanta lekap itu perlu dibuang dan diganti dengan yang baharu.

Malangnya, memakai kanta lekap semalaman adalah tidak baik untuk kesihatan mata.
Memakainya sewaktu tidur akan meningkatkan risiko penyakit mata.

Manakala kanta RGP boleh dipakai sehingga 16 jam sehari. Ingat, tidak semua mata boleh pakai
kanta lekap sehingga waktu maksimum.

Sekiranya mata didapati merah untuk jangka masa tertentu, tanggalkan kanta lekap.
Kemungkinan, tempoh masa itu ialah had mata anda memakai kanta lekap.

Contohnya, setelah memakai selama 8 jam, mata kelihatan merah dan tidak selesa. Jadi, pastikan
setiap hari anda memakai kanta lekap untuk 8 jam sahaja.

Penting juga untuk merehatkan mata daripada memakai kanta lekap sehari dalam seminggu.
Pastikan juga cermin mata anda tersedia untuk keadaan kecemasan. Ini bagi pastikan kesihatan
kornea terjamin.

Kornea mempunyai 5 lapisan. Setiap lapisan mesti kekal terang tanpa sebarang kelegapan
(opacity). Oksigen memainkan peranan penting dalam proses ini.
Masalah akan berlaku apabila kornea pada mata tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Kornea akan
menjadi lemah dan bakteria akan mudah menembusi mata. Seterusnya jangkitan boleh berlaku.
Komplikasi lain seperti parut, kornea jadi legap, tumbuhnya salur darah baru dan ulser kornea. Jika kes
teruk, boleh menyebabkan mata buta secara kekal.

Bila kanta lekap anda perlu dibuang dan diganti?


Setiap kanta lekap mempunyai jangka hayat tertentu. Walaupun telah dijaga dengan baik, kanta
lekap perlu diganti mengikut masa ditetapkan.

Selepas sesuatu tempoh, kanta lekap itu telah berubah bentuk dan sifat. Selain itu, deposit dan
kotoran telah banyak melekat pada permukaan kanta lekap. Keadaan ini boleh meningkatkan
risiko penyakit mata dan kurang rasa selesa.

Kekerapan dibuang dan diganti untuk kanta lekap lembut dikelaskan seperti berikut :

–Daily disposable lenses : dibuang selepas satu hari kanta lekap tersebut dipakai. Risiko
mendapat jangkitan paling rendah kerana mata sentiasa memakai yang baharu.

–Disposable lenses : dibuang dan diganti setiap dua minggu atau setiap bulan. Kebanyakan kanta
lekap jenis ini dipakai setiap hari secara daily wear.

–Frequent replacement lenses : dipakai dan dibuang selepas tempoh satu bulan.

–Conventional lenses : Kanta lekap yang biasa digunakan kerana jimat kos. Hanya dibuang dan
diganti dengan yang baharu setiap tahun. Tetapi, perlu penjagaan pengekalan yang rapi.

RGP ialah kanta lekap paling tahan lama iaitu sehingga dua tahun. Hanya jika pemakai
mematuhi syarat penjagaan kanta RGP itu.
Jom ketahui 6 punca punca mata anda merah ketika anda memakai contact
lens:

 KANTA TERBALIK

Nampaknya mata anda sedang berada di dalam ‘zon’ tidak selesa. Besar kemungkinan kanta
yang anda pakai itu terbalik. Cuba perhatikan betul-betul kanta kamu berbentuk separa bulat dan
lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Jika ia separuh bulat dan lebar itu tandanya ia
dalam keadaan sempurna, tetapi kalau sebaliknya bermakna anda memakai kanta dengan posisi
yang salah atau terbalik.

 TANGAN TIDAK BERSIH

Sebelum anda memakai kanta lekap dengan menggunakan jari, tangan anda sudah berada dalam
keadaan bersih atau tidak? Jika tidak, tidak hairanlah kenapa mata anda terasa pedih! Itu
bermakna kanta anda atau bola mata di jangkiti oleh bakteria yang terlekat di jari.

 AIR RENDAMAN DI JANGKITI BAKTERIA

Ada yang memandang remeh ketika merendam kanta lekap. Bagi mereka air mineral atau paip
boleh dijadikan sebagai solusi khas untuk merendamkan ia selama semalaman. Namun,
hakikatnya salah! Air tersebut kemungkinan besar boleh memberi infeksi pada mata. Bukan itu
sahaja, anda juga harus rajin menukar air rendaman dengan menggunakan air solusi sekurang-
kurangnya sehari sekali.

 KANTA TERLALU KERING

Kanta yang terlalu kering juga boleh menyebabkan mata anda kemerahan. Ini kerana, kanta akan
menjadi semakin kasar dan keras. Keadaan ini sangat bahaya! Ia boleh menyebabkan mata
anda tercalar atau luka. Jika terjadi situasi seperti ini gantikan sahaja kanta tersebut dengan kanta
yang baru.

 SUDAH EXPIRED

Tak perlu bertanya pada sesiapa, cuba tanya pada diri sendiri berapa lama tempoh anda sudah
gunakan kanta itu? Kalau lebih dari sebulan besar kemungkinan kanta tersebut sudah tamat
tempoh. Jadi tetapkan amalan menukar kanta setiap bulan untuk langkah penjagaan.

 MATA KERING

Mata terlalu kering juga boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan. Untuk penyelesaian yang
membantu, cuba titiskan moisturizer khas untuk mata. Titiskan sekurang-kurangnya 3 kali sehari
bagi mengekalkan kelembapan mata.
Cara-Cara Menggunakan Ubat Titis Mata:

1. Basuh tangan dan pastikan anda tidak memakai kanta lekap ketika menggunakan ubat titis
mata. Duduk atau berdiri di hadapan cermin.

2. Dongakkan kepala sedikit ke belakang dan pastikan mata memandang ke siling.

3. Dengan membuka mata, tarik kelopak mata bahagian bawah secara lembut untuk
membentuk karung di bahagian bawah kelopak mata.

4. Titiskan ke dalam mata dari tepi mata dan picit satu titis ke dalam karung yang dibentuk
tersebut. Jangan biarkan tip atau tiub ubat titis mata tersebut menyentuh bahagian mata, alis mata
atau permukaan lain pada mata.

5. Lepaskan kelopak mata yang ditarik sebentar tadi dan tutup mata sebentar.

6. Tekan secara lembut pada tepi kelopak mata (berebelahan hidung) untuk beberapa ketika
bagi mengelakkan ubat titis mata masuk ke dalam hidung / tekak.

7. Untuk titisan mata kedua, tunggu selama beberapa minit selepas titisan pertama.

8. Jika anda menggunakan lebih daripada 2 jenis ubat mata (seperti untuk glaukoma), pastikan
anda menunggu selama 5 minit sebelum menggunakan ubat mata yang kedua.

Nota: Untuk kanak-kanak tutup mata dengan lembut, titiskan sedikit ubat pada belah dalam
mata berdekatan dengan hidung. Maklumkan pada kanak-kanak tersebut untuk membuka mata
sambil menyengetkan kepala ke tepi.

Anda mungkin juga menyukai