Anda di halaman 1dari 20

PENGURUSAN DIRI

PHYLLIS LIM @ NUR AIN SHAHIRA


JABATAN KAJIAN SOSIAL
IPG KAMPUS KENINGAU
1. PENGURUSAN DIRI
 Setiap individu, pada kebiasaannya berminat menghias
wajahnya supaya kelihatan menarik, cantik dan
bergaya.
 Untuk mendapat kesihatan diri yang elok, seseorang itu
mestilah menjaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri,
rupa, badan,rambut, gigi, tangan, kaki dan lain-lain.
 Kebersihan diri harus dijaga dengan baik dan
sempurna kerana ianya melambangkan keperibadian
seseorang.
1.2 Menjaga Badan dan Rambut
 Badan dan rambut merupakan bahagian yang
penting dan perlu dijaga dengan
 rapi supaya bahagian-bahagian ini sentiasa bersih
dan sihat. Cara-caranya ialah:
(A) Badan
 Selalu bersenam dan cukup berehat untuk memperolehi fikiran
yang sihat.
 Selalu memakan makanan yang sesuai dan berkhasiat untuk
menjaga kesihatan badan.
 Anda mestilah makan pada masa yang tetap.
 Jaga badan supaya sentiasa bersih dan segar dengan mandi
sekurang-kurangnya dua kali sehari.
 Cuci badan dengan cermat menggunakan sabun mandi yang baik
serta memberi lebih perhatian kepada bahagian ketiak, siku
ataupun sebarang bahagian badan yang mudah berpeluh.
 Keringkan badan betul-betul dengan tuala yang bersih dan kering
 Gunakan bedak talkum dan deodorant untuk menghilangkan bau
badan dan kelihatan segar dan menarik sepanjang hari.
(b) Rambut
 Jaga rambut supaya tidak berhabuk dan berkelemumur dengan
 memberus dan menyikat rambut bersungguh-sungguh pada waktu
 pagi dan malam.
 Rambut mestilah dicuci sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan
 menggunakan syampu rambut.
 Stail rambut mestilah ringkas dan kemas supaya senang dijaga dan
 dibersihkan.
 Selalu gunting rambut supaya bentuk rambut sentiasa elok.
 Murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan dijalin
 dengan kemas.
 Jangan menggunakan sikat kepunyaan orang lain kerana ia akan
 merebak penyakit kulit kepala dan kutu.
1.2 Menjaga Muka dan Gigi

 Bahagian-bahagian lain seperti muka dan gigi


perlu juga dijaga dengan baik. Ini
 kerana muka memainkan peranan yang penting
untuk menampakkan
 keterampilan seseorang individu itu. Cara-caranya
adalah seperti berikut:
(a) Muka

 Muka menunjukkan wajah seseorang


individu. Untuk itu muka perlu
dibersihkan selalu dengan air dan
pencuci muka yang sesuai.
 Jauhkan dari menggunakan pencuci
muka atau mekap yang tidak sesuai.
 Selalu membersih muka sekiranya
menggunakan mekap, terutama sekali
sebelum tidur malam.
 Bagi lelaki yang bermisai atau
berjanggut, pastikan jangut dan misai
dijaga rapi atau dicukur supaya
kelihatan kemas dan bersih.
(b) Gigi
 Jika set gigi yang tetap menjadi rosak, ianya
tidak akan boleh digantikan dengan set gigi
baru. Oleh itu gigi mestilah dijaga dengan
 betul.
 Berus gigi tiap-tiap pagi, malam dan selepas
makan.
 Berus gigi ke atas dan ke bawah daripada
gusi dan gerakkan secara berpusing kerana
pergerakan demikian akan mengeluarkan
semua baki makanan yang terselit di antara
gigi. Sila rujuk Rajah 2.1 untuk mengetahui cara
untuk memberus gigi yang betul.
Sambungan;
 Pilih berus gigi yang elok dan mempunyai bulu yang tegap kerana
berus yang berbulu keras boleh menyebabkan gusi berdarah.
 Jangan guna berus gigi orang lain kerana ianya boleh
menyebabkan jangkitan kuman.
 Gunakan ubat gigi yang elok untuk membersih gigi dan
mengelakkan daripada mulut berbau.
 Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk
 menentukan gigi sentiasa dalam keadaan sihat.
 Makan makanan yang berkhasiat untuk gigi. Jauhkan makanan
yang manis saperti gula-gula kerana ianya akan merosakkan gigi.
Cara-cara menggosok gigi.

 Langkah 1:
 Gosok gigi pada sudut 45 darjah dari gigi anda. Araskan berus ke
arah di mana gusi dan gigi bertemu. Berus perlahan-lahan secara
pusingan, mengikut gerak urutan, ke atas dan ke bawah. Jangan
mengosok terlalu kuat. Gusi yang nampak terkeluar adalah hasil
daripada menggosok gigi yang kuat.
 Langkah 2:
 Berus semua bahagian permukaan setiap gigi anda. Bahagian yang
mengunyah, bahagian pipi dan bahagian lidah.
 Langkah 3:
 Jangan terlalu gopoh semasa menggosok gigi. Menggosok gigi
secara menyeluruh memakan masa dua atau tiga minit.
 Langkah 4:
 Tukar cara menggosok gigi yang selalu anda lakukan. Kebanyakan
orang menggosok gigi dengan cara yang sama sepanjang masa.
Oleh sebab itu mereka tertinggal tempat yang sama setiap masa
mereka menggosok gugi. Cuba gosok gigi secara berlawanan
dengan cara yang biasa anda lakukan.
 Langkah 5:
 Gunakan berus gigi lembut yang mempunyai berus yang berbentuk
bulat. Berus gigi yang sesuai membersih dengan baik. Pilihlah berus
gigi yang mempunyai saiz dan bentuk untuk membolehkan anda
mencapai gigi di bahagian belakang.
 Terdapat pelbagai jenis berus gigi di pasaran, oleh itu tanyalah
doktor gigi anda untuk mendapatkan berus gigi yang sesuai
dengan anda. Persatuan Doktor Gigi mencadangkan anda menukar
berus gigi setiap tiga bulan sekali.
2.2.2 Pengurusan Diri Akil Baligh

 Seperti kanak-kanak biasa yang lain, kanak-kanak bermasalah


pembelajaran akan juga menghadapi zaman akil baligh mereka
masing-masing.
 Zaman akil baligh bagi seseorang kanak-kanak adalah lumrah dan
ini menandakan mereka telah mencapai selangkah ke usia
kematangan. Pada usia ini mereka sepatutnya telah dapat
membezakan sesuatu yang suci atau tidak suci, dosa atau pahala,
baik atau buruk dan sebagainya.
 Bagi kanak-kanak lelaki, usia akil baligh mereka ialah sekitar 12
hingga 15 tahun dan bagi kanak-kanak perempuan ialah sekitar 9
hingga 15 tahun. Tanda-tanda seseorang itu mencapai akil baligh
adalah seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Tanda-tanda Akil Baligh
Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan
 Lelaki  Perempuan
 Mula tumbuh misai serta bulu  Mula ditumbuhi bulu pada
pada bahagian ariari
 bahagian ari-ari, ketiak, kaki  dan ketiak.
dan dada.  Bahu dan dada beransur-
ansur menjadi
 bidang.
 Mula menunjukkan
pertumbuhan payu
 dara dan pembesaran
punggung.
 Mula ditumbuhi jerawat. Mula
ditumbuhi jerawat.
Fenomena-fenomena yang akan dihadapi
oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki
ialah:-
 (a) Kitaran Haid
 Haid ialah darah yang keluar daripada faraj selama
beberapa hari pada setiap bulan. Kedatangan haid
menunjukkan sistem reproduktif perempuan mula berfungsi.
 Haid akan mula dialami seawal umur lapan tahun. Cepat
atau lambat seseorang itu mengalami kedatangan haid
ditentukan oleh faktor keturunan dan pemakanannya.
 Pusingan dan tempoh kedatangan haid seseorang
perempuan berbeza antara satu sama lain. Biasanya haid
dialami sekali dalam sebulan. Tempoh kedatangannya pula
antara tiga hingga tujuh hari.
Sambungan:
 Semasa kedatangan haid, seseorang remaja
perempuan perlu mendapatkan panduan tentang
cara menguruskan kebersihan diri. Panduan ini
boleh diperolehi daripada orang dewasa seperti
ibu bapa atau kakak.
 Kedatangan haid adalah normal. Murid-murid
masih boleh melakukan aktiviti harian seperti
bersekolah, mengemas rumah dan bersukan.
Semasa kedatangan haid, pelajar perlu:
 Menggunakan tuala wanita untuk menampung darah
haid.
 Menukarkan tuala itu dengan yang baru mengikut
keperluan.
 Membersihkan kemaluan sebelum menggunakan tuala
baru untuk mengelak jangkitan.
 Membersihkan kotoran pada tuala dengan air, serta
membungkus dan membuang tuala itu ke dalam tong
sampah.
 Elakkan daripada membuangkannya ke dalam
mangkuk tandas, sama ada di sekolah atau di rumah.
Perkembangan Kendiri –
Kesihatan diri
 Banyak minum air masak atau sudah ditapis.
Sekurang-kurangnya 8 kelas sehari.
 Makan makanan yang seimbang dan mencukupi
untuk keperluan tubuh badan.
 Makan dan minum makanan atau minuman yang
terjamin kebersihannya, iaitu tidak terdedah
kepada lalat atau serangga lain.
 Jangan membeli makanan dan minuman yang dijual
penjaja di tepi jalan, yang kotor dan berhabuk.
Sambungn: Kesihatan diri
 Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Paling
mudah ialah dengan berjalan cepat atau berjoging,
menunggang basikal, dan bermain badminton.
 Cuci tangan dengan sabun selepas ke tandas,
sebelum makan dan selepas makan. Cuci mengikut
teknik yang sempurna.
 Dapatkan rawatan doktor jika terkena sakit kulit
seperti kudis, kurap dan kulat.
 Tidur secukupnya dan jangan tidur lewat kerana tidur
lewat menyebabkan pelbagai masalah pada tubuh.
Sambungn: Kesihatan diri
 Menghindar bau nafas
 Berus gigi mengikut keperluan sekurang-kurangnya
tiga kali sehari.
 Cukup rehat tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam
sehari.

Anda mungkin juga menyukai