Anda di halaman 1dari 9

Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis (KIA2M)

Posted by I N D A H

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu
murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada
tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid
pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam
kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai
dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh.

Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian;

a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan
apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan
sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang
dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

Pendekatan

Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan
secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi
kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

a. Pendekatan secara kelas

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan
meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih
sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b. Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi


pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama
atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul
pengajaran yang disediakan.

c. Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga
boleh digunakan jika perlu.

Teknik

Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah


dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.

Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian
serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

 teknik bercerita
 teknik latih tubi
 teknik tunjuk cara
 teknik bersoal jawab
 teknik main peranan
 teknik menyanyi
 teknik lakonan
 teknik kuiz

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu
secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah
dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.

Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni


digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

2.0

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan
pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya
juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan
khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan Pembelajaran dalam
mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau
pengajaran biasa. Dan Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk
kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan
juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.

Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan
atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Definisi Pendidikan Pemulihan

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik

Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.

Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi

dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371

‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan

pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segpembelajaran dalam darjah khas di sekolah
biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan
daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’

ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191

‘ Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak- kanak yang menghadapi masalah-
masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa’ .

iii) Pringle (1966)

‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur
dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang
sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

iv) Albertwhite (1977)

‘ pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang
bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi ’.
v) Tansley (1967)

‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang
benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara
tersusun.

vi) Collins (1961)

‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas.
Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-
murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.

viii) Blair (1956)

‘ pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang
tidak sesuai bagi murid-murid lamba t’.

ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26)
bertarikh 8 Januari 1986.

‘ pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah
pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah

rendah,

khususnya

ditumpukan

kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan
yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’.

x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Malaysia (1984)

‘ dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah- langkah khusus yang dijalankan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut
dapat dikesan dan ditentukan’.

Tujuan Pengajaran Pemulihan

Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu
Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:

a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-

kemahiran tertentu.

b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku

yang menjejaskan pembelajaran.

C) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap

positif terhadap pembelajaran.

Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan
pembelajaran bagi kanak- kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label- label ke
atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya. Menurut Blair (1968), pengajaran
pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut:

a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau
dengan kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahan.

b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap baik yang belum dipelajari, tetapi
seharusnya sudah dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid untuk
meningkatkan kecekapan murid.

Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat
tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada murid
itu.

Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan guru,
untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus digunakan
ialah yang berasaskan psikologi, di samping terdapatnya berbagai-bagai cara bekerja, teknik dan alat
pelaksanaannya.

Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan


Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan
murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku,
sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

a)

Dari segi Emosi dan Tingkahlaku

i.

Perasaan rendah diri

ii.

Perasaan risau

iii.

Perasaan sedih, hiba atau duka

iv.

Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran

v.

Perasaan takut akan perkara-perkara baru

vi.

Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka

melawan.

vii.

Pasif

viii.

Malas

b)

Sosial

i.

Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta


mengganggu kawan-kawan.

ii.

Lemah / kurang interaksi dengan rakan

iii.

Gemar menghisap atau menggigit kuku

iv.

Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai

alasan

v.

Menangis – enggan masuk darjah

vi.

Hyper aktif

Kesihatan

i.

Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.

ii.

Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang

(gemuk/kurus)

iii.

Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)

iv.

Lemah gerakan motor-kasar dan halus

v.

Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu

lama dan teruk.

vi.
Kurang menjaga kebersihan diri.

d)

Kesediaan Belajar

i.

Belum bersedia untuk belajar

ii.

Perbendaharaan kata kurang

iii.

Lemah pemahaman

iv.

Kurang keyakinan diri dan rangsangan

v.

Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur

Hayat

Pengamatan

i.

Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan

turutan.

ii.

Lemah pendengaran bunyi dan rentak

iii.

Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.

iv.

Lambat mengkelaskan benda.

v.

Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan

yang baru.
vi.

Tidak dapat menyelesaikan masalah.

vii.

Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak

faham undang-undang.

viii.

Tidak kreatif

ix.

Lemah pergerakan dan perbuatan

x.

Lemah daya pemikiran / ingatan

xi.

Tidak boleh mengingat kembali

Anda mungkin juga menyukai