Anda di halaman 1dari 6

MISI

1. Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya


mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari
segi pendidikan,sosial dan ekonomi.
2. Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan
nilai-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang.
3. Meningkatkan sistem penyampain perkhidmatan yang
berkesan
4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang
berkualiti
5. Memberi kefahaman dan menjayakan perlaksanaan dasardasar kerajaan
6. Mewujudkan
masyarakat
berilmu
melalui
pendidikan
sepanjang hayat.

Visi
Nadi Pembangunan dan Perubahan
Masyarakat Luar Bandar

ETIKA,TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
PEMAJU MASYARAKAT
Kami Pemaju-pemaju Masyarakat Taman Bimbingan Kanak-kanak
(Tabika) KEMAS,yakin dan berusaha membimbing dan mendidik
anak-anak,menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
pertumbuhan diri ke arah perkembangan yang
menyeluruh,seimbang,bersepadu dan cemerlang dari aspek
fizikal,emosi,rohani.intelek dan sosial.
Melalui pendidikan,kami berserta ibu bapa berusaha membentuk
kanak-kanak menjadi warganegara yang berilmu,mencintai tanah
air,taat setia,bertanggungjawab,berkebolehan dan berakhlak
mulia.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
dan mendidik kanak-kanak sepenuhnya, maka dengan ini kami
menerima etika berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menghayati,menyempurna dan meningkatkan profesionalisme
kami ke arah kecemerlangan dan kesusilaan yang setinggitingginya.

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP KANAK-KANAK:


Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanakkanak dan memperlakukan mereka seperti adik atau anak sendiri.
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak lebih
dari hal-hal lain.
Bersikap adil dan menjalinkan hubungan kemesraan terhadap
setiap orang kanak-kanak tanpa mengira faktor-faktor
fizikal,mental,emosi,politik,agama dan keturunan.
Mengajar tidak semata-mata mencari upah,balasan dan terima
kasih tetapi mengajar kerana ALLAH.
Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap
pengetahuan dan penguasaan kemahiran mereka.
Mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak menurut tahap
pemahaman dan kemahiran mereka serta tahap kemampuan
otaknya.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA KANAK-KANAK


Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anakanak mereka
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
di antara Tabika dengan ibu bapa
Menganggap semua maklumat yang diberikan ibu bapa
mengenai anak mereka atau mengenai keadaan rumahtangga
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada
sesiapa kecuali kepada yang berhak
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak mereka dan menggunakan maklumat yang diberi ibu bapa
dengan baik,teliti,bijaksana dan adil
Menjalinkan hubungan silaturrahim dengan ibu bapa secara ikhlas
dan jujur serta mengelakkan diri dari dipengaruhi olehnya

Sentiasa berhati-hati mengendali dan mengelakkan diri dari


mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
mempengaruhi dan menjejaskan kepercayaan kanak-kanak
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka
Bersedia menerima teguran,tolong-menolong,menyanjungi dan
menghargai nilai amanah ibu bapa dalam menjalankan tugas.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA

Mengelakkan diri dari mempengaruhi fikiran kanak-kanak dengan


perkataan dan ajaran yang boleh merosakkan kanakkanak,masyarakat dan Negara atau yang bertentangan dengan
Rukun Negara dan agama.
Menyemai,memupuk dalam dir setiap kanak-kanak sikap dan nilai
yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab,berkebolehan,
berguna dan berakhlak mulia.
Membimbing dan mendidik kanak-kanak menghormati ibu
bapa,masyarakat dan pemimpin.
Menghormati da masyarakat tempatan kami berkhidmat dan
mematuhi segala tanggungjawab sebagai Pemaju Masyarakat
Tabika dan sentiasa mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti
masyarakat.
Sentiasa berusaha melibatkan masyarakat dalam apa jua kegiatan
Tabika yang bersesuaian dan yang memerlukan peranan dan
tanggungjawab mereka.
Sentiasa menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara
Pemaju Masyarakat dengan ibu bapa dan Tabika dengan
masyarakat.
Memberi sumbangan yang ikhlas , redha dan cergas untuk
meningkat mutu kehidupan,moral,pengetahuan,kebudayaan dan
kemajuan masyarakat
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan,akhlak yang baik
yang diterima oleh masyarakat dan menjalankan kehidupan yang
sempurna.

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT,


TUGAS DAN JABATAN
Memahami dan menghayati tugas,falsafah dan matlamat Jabatan.
Mengelakkan diri dari membuat kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik dan menjatuhkan maruah jabatan.
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai Pemaju Masyarakat Tabika dan mementingkan
pekerjaan yang bersih,cekap,amanah dan berkesan.
Sentiasa berusaha menjadi Pemaju Masyarakat yang
sensitif,kreatif,inovati,positif dan proaktif dalam memelihara dan
mempertingkatkan imej jabatan sejajar dengan kemajuan pendidikan
dan masyarakat.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama yang baru
dan yang memerlukan secara bermesyuarah dan dalam kumpulan yang
berkesan.
Sentiasa mengawasi dan mengendali diri,mematuhi dan menghormati
peraturan supaya tidak mencemarkan nama baik Pemaju Masyarakat
dan Jabatan.
Menjadikan tugas sebagai sumber motivasi kerja dan kecemerlangan.
Menjalankan tugas semata-semata kerana ALLAH dengan mengamalkan
sifat-sifat muhasabah diri,bijaksana,adil,amanah,jujur,ikhlas serta
sentiasa bersungguh-sungguh,rajin dan redha.
Sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya yang berkaitan
dengan tugas dan menganggap bekerja sebagai satu ibadah.
Akan menjadi ahli pertubuhan yang sesuai dengan tugas dan yang
berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

OBJEKTIF TABIKA KEMAS

1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan


bakat dan kebolehan, mengembangkan minat, bakat
dan kreativiti dari peringkat awal.
2. Memupuk nilai-nilai murni, (sikap bertolak ansur, strive for
excellence, menerima kekalahan) nilai estetika,
keyakinan diri, kecergasan dan ketangkasan fizikal serta
sikap menghargai warisan budaya.
3. Memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di
kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin
tempatan serta agensi yang berkaitan.
4. Memberi ruang kepada ibu bapa dan masyarakat
melihat dan mengenalpasti potensi dan perkembangan
diri kanak-kanak dari aspek sosioemosi, intelek, fizikal
dan rohani
5. Memberi penghargaan kepada Jawatankuasa Tabika
/Taska dan guru.

Anda mungkin juga menyukai