Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR (MAJLIS APRESIASI

KOKURIKULUM)

Bismillah......
Assalamualaikum wbk dan salam sejahtera. Yang berusaha ,
Cikgu .............. GPK Pentadbiran, Cikgu .................. GPK Hal Ehwal
Murid, Cikgu .................... GPK Kokurikulum, Cikgu ................ GPK
Pendidikan Khas Integrasi, Yang dihormati Barisan Guru-Guru, Staf
Sokongan serta anak-anak didik cikgu yang dikasihi sekalian.

Pertamanya, izinkan cikgu melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran


ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan hidayahnya,
maka kita dapat berkumpul di dalam dewan yang indah dan besar ini
bagi melaksanakan satu lagi agenda dalam pendidikan yang telah
diatur oleh Team atau Unit Kokurikulum. Tahniah kepada
Jawatankuasa pengelola Unit Kokurikulum dibawah GPK Koko kerana
dapat menganjurkan atau mengadakan Majlis APRESIASI
Kokurikulum sesi 2022/2023. Kita sedia maklum dan sedar bahawa
majlis ini perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan
anak-anak yang bakal mewarisi negara di masa akan datang.

Setiap tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa untuk mengadakan


Majlis ini bagi menganugerahkan kecemerlangan anak2 cikgu semua
dalm pelibatan diri anak2 cikgu dalam Program Kokurikulum
khususnya agar kecemerlangan ini dapat membantu anak-anak semua
lebih cemerlang di masa akan datang, insya Allah. Jadi dikesempatan
ini juga cikgu ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan
sahaja dikalangan anak-anak didik kita malah juga guru-guru yang
menjadi antara tunjang utama dalam membentuk sahsiah diri anak-
anak, tahniah semua.

Sebenarnya, jati diri yang kuat anak-anak cikgu semua tidak hanya
terletak pada usaha guru-guru semata-mata. Semua maklum bahawa
guru-guru hanya memberi ilmu dan anak2 semua bersedia dan
menimba ilmu itu. Paling utama sekali untuk membina jati diri dan
sahsiah yang kuat dan terpuji ini adalah terletak pada diri kamu semua
sekiranya semua inginkan kejayaan yang cemerlang di masa akan
datang. Sesungguhnya semua harus sedar untuk menuju masa depan
yang cemerlangan ini, berbagai liku dan halangan yang perlu semua
tempuh. Jika jati diri ini tidak dibina dengan baik maka suatu ketika
nanti apabila kita jatuh kita sukar utk bangun. Semuanya bermula dari
sini, dari latihan dalam unit uniform.

Akhir kata, sekali lagi cikgu ucpakan syabas dan tahiah kepada semua
yang dinobatkan sbagai murid yang cemerlang dalam unit kokurikulum.
Terima kasih dan tahniah semua

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai