Anda di halaman 1dari 2

KURSUS APR KOR KADET POLIS DAERAH KOTA SETAR

TEKS UCAPAN: PERASMIAN PENUTUPAN


(KEM KOMANDAN)
Terima kasih Puan Pengacara Majlis
1. Yang Dihormati, ............................................................................................................................
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Daerah Kota Setar
2. Yang Berusaha, Tuan Kizzon bin Ahmad, selaku Penyelia Kanan Pembangunan dan Bekalan,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.
3. Yang Berusaha, Pengetua SM Sains Pokok Sena,
3. Seterusnya barisan jurulatih, pegawai kadet dan guru-guru penasihat serta ahli kadet yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaarakahtuh dan selamat sejahtera.


Pertamanya, syukur Alhamdullilah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,
maka kita telah diberi kesempatan untuk berkumpul pada hari ini untuk menjayakan Majlis
Perasmian Penutupan Kursus APR Kor Kadet Polis Daerah Kota Setar pada tahun 2017.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengetua SM Sains Pokok Sena kerana telah
membenarkan kami menggunakan segala kemudahan di Pusat Pusat Kokurikulum SM Sains
Pokok Sena ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua jurulatih-
jurulatih yang telah banyak membantu dan begitu komited dalam melatih kadet-kadet selama 3
hari ini.

Saya berasa amat bersyukur kerana Kursus APR Kor Kadet Polis ini telah berjalan lancar tanpa
banyak masalah serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya,
kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama semua pihak sehingga dapat memastikan perjalanan
program berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah, segala sumbangan bakti yang telah
dicurahkan untuk sama-sama melahirkan generasi cemerlang ini akan mendapat ganjaran yang
besar daripada Allah S.W.T.
Kursus yang telah berlangsung selama tiga hari ini, dengan pelbagai aktiviti dan latihan mampu
membina jati diri kadet-kadet yang terlibat. Diharapkan kursus ini juga dapat membentuk diri
anak-anak kita menjadi masyarakat yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Kadet-kadet
yang terlibat juga telah berjaya menyedari kepentingan untuk saling menghormati, sanggup
membantu dan bertoleransi dalam kumpulan masing-masing. Walau apapun rintangan, halangan
dan cabaran yang dihadapai oleh kamu semua, diharapkan tidak sedikitpun mematahkan
semangat dan apa yang telah dipelajari disini akan dibawa balik ke sekolah masing-masing dan
diperturunkan kepada ahli-ahli kadet yang lain. Justeru, kursus APR ini juga merupakan salah
satu landasan secara langsung dalam menyediakan kadet-kadet dari segi pertahanan fizikal,
mental dan kerohanian bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.

Dalam kesempatan ini, sukalah saya sebagai kem komandan berpesan kepada kadet-kadet semua
bahawa peluang dan pengalaman menyertai kursus ini adalah peluang yang amat berharga dalam
hidup kamu. Oleh itu, gunalah peluang ini untuk memperkayakan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kamu.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak Kor Kadet Polis Kota Setar mengucapkan
syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam menjayakan kursus APR Kor Kadet Polis tahun 2017.
Saya berdoa kepada Allah S.W.T. agar segala yang kita sumbangkan dalam menjayakan
program perkhemahan ini sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah Terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai