Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MOTIVASI

Bismillahirrahmanirrahim,

Dari Johor hendak kePekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh, Selamat pagi dan Salam 1Malaysia.
Yang Dihormati,
Encik Yusuf bin kasim
Selaku penceramah jemputan
Yang Dihormati,
Puan Hajah Sarehat bt hj. Mokhtar
Guru Besar SK. Temai
Barisan guru Sekolah kebangsaan Temai,Guru- guru pengiring sek.kebangsaan kg. Acheh,Sekolah
Kebangsaan Padang Rumbia dan Sek. Keb. serambi

Seterusnya para peserta kursus kepimpinan dan motivasi


Buah pauh sibunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.
Alhamdulillah, marilahsama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
denganIzinKasihNya pada pagi yang Barakah ini kita dapat sama sama berkumpul bagi menjayakan
Kursus Kepimpinan dan motivasi pada tahun ini.
Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restudipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilahsama-sama kita menadah tangan , memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan
bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terimakasih kepada


tadi.

atas bacaan doa sebentar

Hadirin yang dihormati,


Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh Puan Hjh. Sarehat bt. Hj. Mokhtar,guru
besar SK. Temai.Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Sekalungpenghargaankepada YangDihormati Pn. Hjh. sarehat atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

Hadirin,
Kini, tibalah kitakeacara yang paling dinantikan semua.Untuk itu, Majlis dengan hormatnya
mempersilakanYang Dihormati Encik Yusuf bin Kassim bagi memulakan slot motivasi dan kursus
kepimpinan.

Sudah teradat sianak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjungadat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkansetinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Yusuf bin
Kassim atas kesudian mengendalikan slot motivasi dan kursus kepimpinan sebentar tadi.
Seterusnya akan disampaikan majlis penyampaian sijil penyertaan.Dengan itu dijemput guru besar
SK. Temai Pn. Hjh. Sarehat bt. Hj. Mokhtar untuk menyampaikan sijil penyertaan.

Dipersilakan, wakil
dari.....................................................................................................................................
Seterusnya,
Sebagai penghargaaan,dijemput guru besar Sk. Temai.......................... untuk menyampaikan sedikit
penghargaan kepada tuan penceramah kita pada hari ini. Dijemput En. Yusuf b. Kassim untuk
menerima sedikit penghargaan.
Terima kasih diucapkan kepada ..............................di atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi..


Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka Majlis kita telah sampai kepenghujungnya.
Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada semua yang hadir.
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang adadikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Akhir kata, sayamemohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.Yang
baikitudatangnyadari Allah, yang burukitudatangnyadaridirisayasendiri.
Tirai majlis saya tutup denganWabillah itaufiqwalhidayah,wassalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai