Anda di halaman 1dari 7

SKRIP EMCEE

PROGRAM WE CARE WE CURE

TARIKH: 26 MEI 2021

HARI: RABU

MASA: 8.30 MALAM – 11.00 MALAM

TEMPAT: GOOGLE MEET

PENGACARA MAJLIS

NOR HIDAYAH BINTI AHMAD TERMIZI


TENTATIF MAJLIS PENUTUP PROGRAM WE CARE WE CURE

MASA PERKARA
8.45 PM Tayangan Video Musik / Kehadiran Peserta / Link Pendaftaran

9.00 PM Kata Aluan MC

9.05 PM Nyanyian Lagu ‘Negaraku’

9.10 PM Nyanyian Lagu ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’

9.15 PM MC menjemput pembaca doa (Saudara Zaki)

9.16 PM Bacaan Doa diketuai oleh Saudara Zaki

9.19 PM MC Perasmi Program (Sir Anizan)

9.20 PM Perasmian Program oleh Sir Anizan

9.25 PM Moderator memperkenalkan Panel Jemputan (Cik Dusha)

9.30 PM Pengisian oleh Cik Dusha

10.10 PM Sesi QnA

10.15 PM Game Kahoot!!!

10.25 PM MC ambil alih / Tayangan Video Montaj (6 Pemenang


Pertandingan)
10.30 PM Tayangan Video (3 Pemenang Cabutan Bertuah)

10.32 PM Tayangan Video Montaj Penutupan

10.37 PM Sesi Fotografi

10.39 PM MC mengakhiri program

10.41 PM Lagu ‘Cemerlang Bersama’ dipasang

10.45 PM Link Kehadiran Dikongsi / Bersurai


PERKARA TINDAKAN

**Tayangan Video Musik


**Kehadiran Peserta
**Link Pendaftaran

HOUSEKEEPING Mohon Perhatian,


Buat pengetahuan semua majlis ini akan dibawakan secara langsung
menerusi GOOGLE MEET dan laman rasmi FACEBOOK WECAREWECURE
(UPSI),

Bagi memastikan majlis kita pada malam ini berjalan dengan lancar, hadirin
diingatkan untuk sebaiknya membuka kamera dan memastikan audio anda
berada dalam keaadaan pengaturacaraan senyap.

Seterusnya, pautan pendaftaran untuk menyertai cabutan bertuah kita pada


malam ini akan dibuka selama 15 minit pertama selepas majlis dijalankan.

Bagi pautan pendaftaran kehadiran pula akan dibuka seusai majlis


ditamatkan. Diharap hadirin sekalian dapat cakna akan info ini

Para hadirin juga dialu-alukan untuk berkongsi pautan program ini kepada
rakan-rakan serta keluarga terdekat, kongsikan sebanyak mungkin dan
jadikan program malam ini antara program maya yang luar biasa.

Kerjasama dari anda semua amatlah saya hargai.


Terima kasih.

Kata Aluan MC Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.


Salam sejahtera.
Salam UPSI No.1 Pendidikan.
Selamat datang ke Majlis Penutupan Program WE CARE WE CURE.

Pergi berhuma ke tanjung rokan,


Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan amat kami alukan,
Kecil tapak tangan nyeru kami tadahkan.

 *SALUTASI

Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana


dengan izin-Nya dapat kita berkumpul pada malam yang mulia ini.

Untuk pengetahuan semua hadirin, program We Care We Cure ini bertujuan


untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai
betapa pentingnya untuk menjaga emosi dan ketabahan mental sebagai
seorang pelajar sepanjang pandemik ini. Jadi malam ini kita akan
merungkaikan dalam sesi pengisian kita sebentar lagi yang bertajuk
"Psikologi Pelajar Menghadapi Covid-19".
-Nyanyian Lagu Sebelum meneruskan majlis kita pada malam ini, ayuh sama-sama kita
‘Negaraku’ menyanyikan lagu ‘Negaraku’, kemudian diteruskan dengan lagu keramat
iaitu lagu ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’.
- Nyanyian Lagu
‘Ibu Kandung **LAGU HABIS DINYANYIKAN
Suluh Budiman’

MC menjemput Buluh diasah jalinan disemat,


pembaca doa Gubahan diolah bawa berangkat,
(Saudara Zaki) Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin sekalian,
Bagi memohon rahmat dan juga keberkatan yang berkekalan kepada Tuhan
Yang Maha Esa, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon doa
ke hadrat Ilahi agar majlis ini sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya.

Dengan ini, majlis menjemput saudara, Mohd Zaki Bin Juzaidi untuk
mengetuai bacaan doa, dipersilakan.

**SELEPAS BACAAN DOA

Amin Amin Ya Rabbal Al Amin. Majlis mengucapkan terima kasih di atas


bacaan doa sebentar tadi.

Sebelum kita meneruskan majlis kita,

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Dikasihi


Saudara Wan Mohamed Syazwan Bin Wan Mohamed Hanif selaku Pengarah
Program We Care We Cure.

Seterusnya ahli jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus dengan


menggembleng tenaga bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

MC menjemput Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Perasmi Program Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
(Sir Anizan) Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Oleh itu, bagi tidak membuang masa, saya selaku pengacara majlis dengan ini
menyerahkan majlis ini kepada Yang Berusaha Encik Anizan Bin Md. Noor
selaku Penasihat Program WE CARE WE CURE untuk memberikan sepatah
dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program We Care
We Cure pada malam ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**SELEPAS UCAPAN PENASIHAT PROGRAM

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Anizan Bin Md. Noor
selaku Penasihat Program WE CARE WE CURE di atas ucapan perasmian
penutup program yang telah disampaikan sebentar tadi.

Mc menjemput Bukan rumput bukan sebarang rumput,


Moderator Rumput penghias tepi halaman,
Program Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata ucapan.

Bagi meneruskan majlis kita pada malam ini,


Izinkan saya untuk menjemput Saudara Muhammad Nur Farhan Bin
Muhamad Noh selaku Moderator Majlis Program We Care We Cure bagi
mengendalikan agenda kita yang seterusnya iaitu sesi pengisian yang bertajuk
"Psikologi Pelajar Menghadapi Covid-19" kita pada malam ini yang akan
disampaikan oleh panel kita Yang Dikasihi, Cik Dusha Nanthakumar, Mantan
Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sidabf 2019/2020, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

**Moderator ambil alih


**Sesi Pengisian berlangsung

MC ambil alih Ribuan terima kasih kepada panel kita pada malam ini, yang Dikasihi Cik
Dusha Nanthakumar di atas kesudian untuk bersama-sama berkongsi ilmu
serta pandangan pada program malam ini dan terima kasih juga kepada
Saudara Muhammad Nur Farhan Bin Muhamad Noh moderator pada malam
ini.

Hadirin sekalian,
Tayangan Video
Montaj Majlis akan diteruskan lagi dengan tayangan video bagi pemenang
Pertandingan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program. Ayuh sama sama kita
saksikan

**Selepas tayangan montaj pertandingan sepanjang program

Para hadirin,
sebentar tadi merupakan pemenang pertandingan yang telah dijalankan
sepanjang program ini dijalankan. Tahniah kami ucapkan kepada para
pemenang

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video bagi 3 pemenang


Tayangan video cabutan bertuah yang telah dijalankan pada malam ini
montaj cabutan
bertuah. Sama-sama kita saksikan.
**Selepas tayangan montaj cabutan bertuah

Tahniah diucapkan kepada 3 pemenang bertuah kita pada malam ini

Hadirin sekalian,
Tayangan video
motaj penutupan Majlis kita sudah hampir ke kemuncaknya, jadi tanpa melengahkan masa kita
teruskan lagi majlis kita dengan tayangan Video Montaj Penutupan yang telah
disesdiakan oleh unit Media
**Selepas tayangan montaj penutupan

Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi.


Sesi Fotografi
Hadirin sekalian diminta untuk membuka kamera bagi sesi fotografi sebagai
tanda kenang-kenangan program kita pada malam ini.

Untuk itu saya serahkan kepada Unit Media untuk mengambil gambar kita
semua, dipersilakan.

**Informal
**Selepas sesi bergambar

MC mengakhiri Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


program Selesai sudah sesi fotografi sebentar tadi , maka tamatlah majlis kita pada
hari ini.

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili pihak penganjur, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program
kita samada secara langsung mahupun tidak langsung. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih di atas kesudian


hadirin dan hadirat sekalian untuk hadir bagi memeriahkan lagi Majlis
Penutupan kita pada malam ini

Diucapkan juga ribuan terima kasih kepada dif-dif jemputan kita pada malam
ini kerana sudi meluangkan masa bersama kita dalam menjayakan Majlis
Penutupan Program We Care We Cure.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan Majlis ini kerana sesungguhnya yang baik itu
datang daripada Tuhan yang Mahsa Esa dan yang buruk itu harap
disandarkan kepada diri saya sendiri.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis pada malam ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah Al ‘Asr, Terima kasih

**link kehadiran dikongsi**


**Wallpaper WecareWecure**
**Music background (Lagu Cemerlang Bersama Dipasangkan)**

SALUTASI

Yang Berusaha,
Sir Anizan Bin Md. Noor
Penasihat Program We Care We Cure

Yang Dikasihi,
Saudara Wan Mohamed Syazwan Bin Wan Mohamed Hanif
Pengarah Program We Care We Cure

Yang Dikasihi,
Cik Dusha Nanthakumar Mantan Majlis Perwakilan Pelajar
UPSI 19/20,

Yang Dikasihi
Saudara Muhammad Nur Farhan Bin Muhamad Noh
Moderator Program We Care We Cure.

Anda mungkin juga menyukai