Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis

MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA STAF HEP UiTM CAWANGAN KELANTAN


9 JUN 2014 (ISNIN)

TEKS

ACARA
Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Y. Bhg Prof. Madya Dato Dr. Haji Hilmi Ab. Rahman
Rektor UiTM Cawangan Kelantan
Diiringi Y. Brs Tuan Haji Muhammad Shukri Salleh
Dan dif-dif kehormat

Nyanyian lagu
Patriotik

Para hadirin dimohon untuk terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
dan lagu Wawasan Setia Warga UiTM.
Para hadirin dipersilakan duduk.

Kata-kata aluan

Lafaz bismillah pembuka gelanggang


Silat pantun warisan Melayu
Pemanis kata selamat datang
Salam dihulur, kedatangan dialu.
Assalamualaikum Wbrkth,
Salam sejahtera
Salam 1 Malaysia , Salam 1 UiTM
Dan Salam Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga
Y. Bhg Prof. Madya Dato Dr. Haji Hilmi Ab. Rahman
Rektor , UiTM Cawangan Kelantan
Yang Berusaha Tuan Haji Muhammad Shukri Salleh
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
Yang Berusaha Puan Ruslinda Razak
Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar merangkap Penyelaras Program
Barisan Jawatankuasa Pelaksana Program dan seterusnya warga Hal Ehwal
Pelajar hadirin yang dihormati sekalian.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA WARGA HAL
EHWAL PELAJAR, UiTM KELANTAN

Teks Pengacara Majlis


MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA STAF HEP UiTM CAWANGAN KELANTAN
9 JUN 2014 (ISNIN)

Yg Berbahagia Dato/Tuan-Tuan/Puan-Puan Hadirin Yang Dihormati Sekalian,


Bunga kaca cantik tersemat
Disanggul gadis bunga melati
Doa dibaca mohon rahmat
Semoga majlis sentiasa diberkati
Bacaan Doa
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Al-fadhil Ustaz Mohd Miqdad Aswad Ahmad
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan
Amin, amin ya Rabbal alamin.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada al-fadhil Ustaz di atas bacaan doa sebentar
tadi.semoga majlis ini sentiasa di bawah lindungan Rahmat dan Kasih
sayangNya.InsyaAllah
Y. Berbahagia Dato & Para Hadirin yang dihormati sekalian;
Pertama dan utama, Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah
subhanahuwatala, kerana dengan izin dan inayahNya kita diberikan kesempatan untuk
bersama-sama di majlis yang penuh bermakna ini.
Penghargaan
Kepada Tetamu
Diraikan

Majlis ingin merakamkan Sekalung penghargaan kepada Y. Bhg Dato Rektor dan
Timb Rektor HEP serta para hadirin sekalian atas kelapangan masa dalam
merealisasikan majlis ini.

&

Untuk pengetahuan Y. Berbahagia Dato Rektor, majlis perjumpaan seumpama ini


merupakan agenda berkala dan terpenting dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar
dalam memastikan objektif dan matlamat Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan
ini seiring dengan perkembangan dan kemajuan kampus induk.

objektif

Hal ini telah membuktikan kecaknaan yang ditujukkan oleh Y. Berusaha Tuan Haji
Muhammad Shukri sepanjang mengemudi Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Teks Pengacara Majlis


MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA STAF HEP UiTM CAWANGAN KELANTAN
9 JUN 2014 (ISNIN)

Untuk pengetahuan para hadirin sekalian,


Antara Objektif utama, majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk:
1. Mendengar, meneliti dan memperhalusi ucapan dan amanat penting daripada
Y. Bhg. Dato Rektor
2. Sebagai medium perkongsian dan percambahan idea agar menjadi staf HEP
yang berfikiran global bertindak local
3. Sebagai jambatan silaturrahim sama ada di peringkat pengurusan tertinggi
UiTM Kelantan dengan Staf Bahagian HEP dan antara Staf HEP itu sendiri.
Y. Berbahagia Dato & Para Hadirin yang dihormati sekalian;
Tirai majlis dibuka dengan mempersilakan Y. Brs Tuan Haji Muhammad Shukri
Salleh
Timb. Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan
untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Ucapan aluan
Timb. Rektor HEP

Terima kasih diucapkan kepada Y. Brs. Timb. Rektor HEP di atas ucapan beliau itu
tadi. Diharapkan segala nasihat yang disampaikan tadi menjadi panduan kepada kita
semua.

Teks Pengacara Majlis


MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA STAF HEP UiTM CAWANGAN KELANTAN
9 JUN 2014 (ISNIN)

Baiklah, majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan Y. Bhg Prof Madya Dato
Dr Haji Hilmi Ab Rahman
Rektor UiTM Cawangan Kelantan untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau.
Ucapan Rektor

Majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Y. Bhg Dato Rektor
di atas ucapan dan amanat sebentar tadi. Diharap perkongsian ilmu, pengalaman dan
maklumat itu tadi menjadi satu panduan dan batu loncatan kepada Bahagian HEP
dalam memacu kegemilangan Bahagian HEP dan UiTM Tercinta ini. Terima kasih Y.
Bhg Dato ilmu Dato tersemat padu di hati kami.

Teks Pengacara Majlis


MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA STAF HEP UiTM CAWANGAN KELANTAN
9 JUN 2014 (ISNIN)

Sekarang, sama-sama kita alihkan pandangan ke layar bagi menyaksikan sorotan


peristiwa dan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh Bahagian Hal Ehwal
Pelajar sepanjang Tadbir Urus Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Y. Berusaha Tuan
Haji Muhammad Shukri Salleh.

Begitula tadi antara sorotan & kejayaan yang dapat dirakamkan sebagai menyuntik
semangat jitu untuk terus bersiap siaga dalam meningkatkan keterbilangan HEP di
masa- masa akan datang.

Montaj /
pencapaian
HEP

Teks Pengacara Majlis


MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA STAF HEP UiTM CAWANGAN KELANTAN
9 JUN 2014 (ISNIN)

Q&A

Sebelum majlis kita berakhir, dimohon kepada mana-mana hadirin yang ingin
mengemukakan soalan atau apa-apa cadangan dan pandangan yang ingin dilontarkan
kepada Y. Bahagia Dato Rektor @ Timb Rektor HEP
Dipersilakan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y. Bahagia Dato Rektor dan semua
hadirin di atas soalan, saranan dan pandangan-pandangan berguna yang telah
diberikan.

Teks Pengacara Majlis


MAJLIS PERJUMPAAN REKTOR BERSAMA STAF HEP UiTM CAWANGAN KELANTAN
9 JUN 2014 (ISNIN)

Penutup

Akhir kata, saya mewakili pihak majlis memohon seribu kemaafan di atas segala salah
silap dan kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Pihak Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y. Bhg Dato Rektor
dalam menjayakan Majlis ini.
Tidak dilupakan juga Pihak majlis ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada
semua Staf HEP atas segala komitmen, kesungguhan dan kerjasama dalam
menjayakan majlis ini.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih Dato yg dikasihi
Budi tuan jadi kenangan
Dayung telah ditangan,
Perahu Telah Dilautan,
Maka Berdayunglah Kalian,
Menuju Ke pulau Impian....
Dengan ini, majlis kita disudahi dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Suratul Asr.
Dijemput Yang Bhg Dato Rektor dan semua hadirin untuk sesi bergambar dan
menjamu minum petang yang telah disediakan.
Sekian, Wabillahi Taufiq WalHidayahWassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai