Anda di halaman 1dari 6

MALAM GALA SK GADONG BEAUFORT 2016 (12 NOV.

2016)
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 12 NOVEMBER 2016 (SABTU)


: 07.00 MALAM
: SKY HOTEL, KOTA KINABALU

BIL
Ketibaan Perasmi

PERKARA
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi, Pembantu Menteri kepada
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, memerangkap ADUN N27 Lumadan
bersama
Yang Berbahagia Datin Saridah Haj Abdullah

Nyanyian 2 buah lagu

Tuan2 & puan2,


Marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Semua hadirin diminta berdiri
Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan duduk.

Selamat malam, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan salam sehati sejiwa.
Saya dengan ini mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Malam Gala SK
Gadong 2016

Salatusi

a. Yang Berbahagia
Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi,
Pembantu Menteri kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar,
memerangkap ADUN N27 Lumadan
b. En. Jali Nordin
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Beaufort
(wakil kepada Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort)

TINDAKAN

c. Encik Maaruf bin Hj. Juslim


Guru Besar SK. Gadong Beaufort
d. Tn. Haji Mijin Bin Musah
Penolong Kanan Pentadbiran
e. Pn. Marianih Alia
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
f.

En. Usop Bauk


Penolong Kanan Kokurikulum

g. Semua guru, AKP dan warga SK. Gadong Beaufort


h. Seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Syukur kehadraiIllahi kerana dengan izin InayahNya kita dapat bertemu dan berkumpul pada hari yang mulia
ini untuk sama-sama berada di Majlis Malam Gala yang penuh gilang gemilang ini.

Bacaan doa

Bagi memberkati Majlis Malam Gala pada malam ini, dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd. Ridwan bin Hj. Bakri untuk mengetuai bacaan doa.
Majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Alu-aluan tuan


Guru Besar

Tuan-tuan & Puan-puan,


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh tuan Guru Besar SK Gadong Beaufort. Untuk itu Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Encik Maaruf Bin Hj Juslim.

Ucapan wakil PPD

Majlis mengucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan sebentar tadi
Hadirin-hadirat sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil PPD oleh Ketua Unit Pembanguanan Kemanusiaan PPD
Beaufort. Untuk itu Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Jali Nordin.
Majlis mengucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan sebentar tadi

Ucapan perasmian YB

Mekar sungguh bunga melati


Dipetik dara buat hiasan
Kami yang hadir setia menanti
Amanat datuk dalam ucapan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarlin Haji
Ombi, Pembantu Menteri,kepada Menteri Pelancongan, kebudayaan, dan alam sekitar
Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan .
Demikianlah tadi ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi, Pembantu
Menteri,kepada Menteri Pelancongan, kebudayaan, dan alam sekitar Majlis mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih.

Penyampaian cendera

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan En. Maaruf Hj Juslim, Guru Besar SK Gadong

kenangan

Beaufort untuk menyampaikan cendera kenangan kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi,
Pembantu Menteri,kepada Menteri Pelancongan, kebudayaan, dan alam sekitar.. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Maaruf Hj Juslium Kerana sudi menyampaikan cendera
kenangan sebentar tadi.

Penyampaian sijil

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cendera hati penghargaan kepada kakitangan

penghargaan

sekolah yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program program sekolah sepanjang tahun
2016.
Dengan ini, majlis sekali lagi menjemput En maaruf Hj Juslim untuk menyampaikan cendera kenangan.
Dipersilakan.
Dijemput .................., sebagai wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Seterusnya, Dijemput ..............., wakil JKK Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kg. Kedingan, Gadong
Dan seterusnya, dijemput .................., wakil pergerakan wanita Umno Bahagian Sipitang.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Maaruf Hj Juslim Kerana sudi menyampaikan cendera hati
penghargaan sebentar tadi.

Lawatan Tapak Pameran

Hadirin yang dihormati,

Dengan ini sempurnalah sudah Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan Dibawah Program NBOS
komuniti bersama Sk Gadong, Kementerian kesihatan Malaysia, Krt Kg. Kedingan dan pergerakan wanita
Umno bahagian sipitang
Saya mewakili urusetia Kempen Kesedaran Kesihatan dibawah NBOS Komuniti SK Gadong Beaufort
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Ahmadseh Bin Hj. Ahmad, Pegawai
Pendidikan Daerah Beaufort atas kesudian meluangkan masa pada hari ini untuk merasmikan majlis ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan
juga semua hadirin yang sudi hadir ke kempen kesedaran ini.
Bunga seroja di atas para
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang saya pinta
Bagi pihak jawatan kuasa pelaksana kempen kesedaran ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf
seandainya tersalah bicara sepanjang mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datang
daripada Tuhan Yang Maha Esa, dan yang kurang dan silap itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Majlis dengan ini menjemput semua tetamu jemputan dan tuan2 dan puan2 mengiringi Yang Dihormati En.
Ahmadseh Bin Hj. Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort melawat tapak pameran seterusnya ke
majlis jamuan yang telah disediakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai