Anda di halaman 1dari 13

PENGACARAAN

MAJLIS

Disediakan oleh :Nooraifa binti Mohamad Nasir


(^,^)
Namiha binti yahaya =)
Noraziyan binti shamsudin
Nik Norazua Akma binti
Mustafa
Siti Aishah binti Zainudin
 Urutan acara dalam sesuatu majlis dari mula
hingga akhir.
 Cara membuat atur cara majlis:

I. Menyenaraikan dahulu acara mengikut urutan


II. Letakkan masa akhir
III. Dari waktu akhir ke waktu permulaan letakkan
waktunya setelah menentukan jangka masa
bagi setiap acara.
Juruacara: Seseorang yang
membuat pengumuman
mengenai aturcara sesuatu
majlis formal atau tidak formal
sebagai satu panduan kepada
hadirin tentang apa yang akan
berlaku mengikut urutan acara
 Juruacara tidak boleh menjadi pengerusi majlis
tetapi pengerusi majlis boleh menjadi juruacara.
 Teks juruacara ditaip menggunakan kertas
separuh A4 dan satu muka surat dimuatkan satu
pengumuman sahaja.
 Gaya dan teks juruacara bergantung kepada
tahap majlis yang berkaitan sama ada majlis
rasmi (formal) dan majlis tidak rasmi (tidak
formal).
 Majlis Rasmi: Majlis yang keseluruhannya
ditanggung oleh kerajaan
 Majlis Tidak Rasmi: Majlis yang
perbelanjaannya tidak ditanggung oleh
kerajaan
 Protokol: peraturan-peraturan yang telah
diterima oleh semua pihak sama ada
dalam amalan hubungan antarabangsa,
hubungan harian dalam masyarakat atau
dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi
dan tidak rasmi.
MASA : 9.15 pagi
CUE : Apabila Pengarah BPG tiba di hadapan pintu masuk Dewan SITC,
gamelan dibunyikan. Juruacara pun mengumumumkan :
AAN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan
Guru.
(1)
MASA : 9.20 pagi.
CUE : Setelah tetamu khas duduk di tempat yang dikhaskan, Buku
Cenderamata IPDS diedarkan. Juruacara memulakan majlis dengan
pembukaan:
AAN : Assalamualaikum Wr. Wb. Dan selamat pagi, salam bahagia
dan selamat datang ke Istiadat Penganugerahan Diploma
dan Sijil Institut Perguruan Sultan Idris tahun 1994. yang
Berbahagia, Datuk Maphur Baba, Pengarah Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Prof.
Emeritus, Tan Sri Dr. Ali , Yang Dipertua Persatuan Suluh
budiman, Yang Berusaha Dr. Hj. Hussien Mahmood, Pengetua
Institut Perguruan Sultan Idris, Dif-dif Jemputan, Ketua-ketua Jabatan,
para Pensyarah, Ibu-ibu, Bapa-bapa dan para lulusan sekalian.
MASA : 9.22 pagi
CUE : Bacaan iftitah oleh Tn. Hj. Daud b. Hj. Ahmad
ANN : Majlis dimulakan dengan menjemput bekas Pensyarah Jabatan
Pengajian Islam MPSI Tahun 1955-79, Imam Masjid
Tanjong Malim, Tuan Haji Daud bin Ahmad, untuk membacakan
iftitah.
CUE : Setelah selesai bacaan iftitah, juruacara mengucapkan terima
kasih.
ANN : Terima kasih.
MASA : 9.30 pagi (3)

CUE : Ucapan Pengetua IPSI


ANN : Majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr. Hj. Hussein
Mahmood, Pengetua Institut Perguruan Sultan Idris untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
CUE : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara
mengucapkan terima kasih kepada Pengetua.
ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
(4)
MASA : 9.45 pagi
CUE : Ucapan Yang Dipertua Persatuan Suluh Budiman.
ANN : Berikut, majlis menjemput Yang Berbahagia, Prof. Emeritus Tan
Sri Dr. Ali, Yang Dipertua , Persatuan Suluh Budiman, untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
CUE : Setelah Prof. Emeritus Tan Sri Ali menyampaikan ucapan,
juruacara merakamkan ucapan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
(5)
MASA : 10.00 pagi
CUE : Ucapan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.
ANN : Seterusnya, majlis dengan penuh takzim, menjemput Yang
Berbahagia Datuk Mahpur Baba, Pengarah Bahagian Pendidikan
Guru, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Istiadat Penganugerahan Diploma dan Sijil, Institut
Perguruan Sultan Idris bagi tahun 1994. Dengan penuh takzim,
dipersilakan.
CUE : Selesai sahaja Yang Berbahagia Datuk Pengarah BPG
menyampaikan ucapan perasmian, juruacara
mengucapkan terima kasih
ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
MASA : 10.15 pagi
CUE : Pasukan Kelab Koir mengambil tempat di sebelah kiri pentas untuk
membuat persembahan.
ANN : Majlis kita pada pagi ini, akan diserikan lagi dengan persembahan koir
daripada Kelab Koir IPSI. Mereka akan tiga buah lagu berturut-turut duduk.
Lagu-lagu tersebut ialah ‘Ibu Kandung Suluh Budiman’ , ‘Hidup
Berbakti’ dan ‘Kesedaran’ .
Dipersilakan.
CUE : Selesai sahaja persembahan koir, mereka mengambil tempat duduk.
Juruacara merakamkan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kelab Koir IPSI
pimpinan Encik Mohd. Redzuan Osman, iringan piano oleh Cik
Edna Shamani Wellington.
MASA : 10.30 pagi (7)
CUE : Penganugerahan Diploma dan Sijil
ANN : Para hadirin sekalian, pada tahun 1993 Institut Perguruan Sultan Idris
telah berjaya mendidik seramai 617 orang guru terlatih, 31 orang
lulus Diploma Perguruan 137 orang lulus Kursus Perguruan Khas, 130
orang lulus Kursus Lepas Ijazah, dan 331 orang lulus Kursus Perguruan
Asas.
Pada hari ini, mereka dianugerahkan diploma dan sijil. Bagi
menyempurnakan istiadat ini, majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, ke tempat penganugerahan.
Dipersilakan.
(8)
MASA : 10.35 pagi
CUE : Pengetua mengiringi Yang Berbahagia Datuk Pengarah BPG ke tempat
Penganugerahan Diploma dan Sijil.
AAN : Mengumumkan nama penerima diploma dan sijil bagi tahun 1994
dengan kehadiran.
MASA : 11.35 pagi
CUE : Setelah lulusan terakhir menerima sijil, muzik latar diberhentikan.
Juruacara mengumumkan:
ANN : Saat yang dinantikan sudah tiba untuk mengumumkan penerima hadiah
kecemerlangan tahun 1993?
(9)

MASA : 12.00 tengah hari


CUE : Sebaik sahaja penerima terakhir menerima anugerah daripada Yang
Berbahagia Datuk Pengarah, juruacara mengucapkan:
ANN : Tahniah kepada penerima hadiah dan anugerah.
(Berhenti sebentar)
Sebagai tanda besar hati dan ucapan terima kasih, majlis
mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Datuk.
Dipersilakan.
(10)
MASA : 12.00 tengah hari
CUE : Setelah selesai Pengetua menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia Datuk, juruacara berpantun:
ANN : Tanjong Malim tanah berbukit,
Tempat orang ke tanah Andalas,
Budimu tuan bukan sedikit,
Sampai ke mati tidak terbalas.
MASA : 12.08 tengah hari
CUE : Pasukan Koir mengambil tempat di sebelah kanan dewan
untuk membuat persembahan.
ANN : Bagi mengakhiri majlis, sekali lagi dipersilakan Kumpulan
Koir IPSI menyampaikan lagu-lagu: ‘Dirgahayu –
Oh Tanah Airku’, ‘Top of the World’ dan Seringgit
Sidua Kupang’.
(11)
MASA : 12.15 tengah hari
CUE : Sebaik sahaja selesai lagu ketiga dinyanyikan,
juruacara mengumumkan:
ANN : Hadirin sekalian, majlis kita telah sampai ke
penghujungnya. Majlis mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk
Mahpur Baba, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan semua
yang terlibat dalam menjayakan majlis yang gilang-
gemilang ini. Bagi mengakhiri majlis ini, marilah
sama-sama kita menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan
diikuti dengan perarakan keluar.
CUE : Muzik gamelan dimainkan. Pembawa keris mengambil
semula Keris Istiadat dan bersedia memulakan
perarakan keluar.
ANN : Mengumumkan, Yang Berbahagia Datuk Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru meninggalkan dewan.
(12)

Anda mungkin juga menyukai