Anda di halaman 1dari 2

Makluman kepada semua.

Diharapkan semua hadirin dapat memastikan telefon bimbit anda berada


dalam mode senyap sepanjang majls berlangsung. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Datuk Tuan Haji Johan bin Abd Aziz ( AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI SEMENYIH)

Hadirin mohon berdiri.

Cakap bersopan santun

Dalam susah tuntun menuntun

Dalam senang santun menyantun

Mulia anak sempurna akhlak

Mulia tua sempurna agama

Mulia bangsa berbudi bahasa

Mulia majlis tertib aturcara

Hadirin dipersilakan duduk ( bergantung kepada suasana hadirin)

Bismillahirramanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Yang berhormat Datuk Tuan Haji Johan bin Abd Aziz Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih

Yang Berusaha, Tuan Haji Mat Jah Bin Roslan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan
Daerah Hulu Langat

Yang Berusaha Tuan Haji Alias bin Mohamad, Yang Dipertua PIBG Sk Ulu Semenyih

Yang Berusaha En Md Tumiran bin Sapuan , Guru Besar Sk Ulu Semenyih

Def-def jemputan, penaja-penaja majlis mkan malam sehati sejiwa

Barisan pentadbir SK Ulu Semenyih,

AJK PIBG Sk Ulu Semenyih

Guru-guru dan kakitangan SK Ulu Semenyih seterusnya tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat
yang dihormati sekelian.

Selamat datang ke majlis makan malam Sehati Sejiwa Sk Ulu Semenyih 2016.
Majlis mengambil kesempatan pada malam yang penuh berbahagia dan bermakna ini untuk
merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada atas kesudian Yang
Berhormat Datuk Tuan Haji Johan bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, sekalipun
dalam kesibukan urusan rasmi yang padat namun Yang Berhormat Datuk, dapat memberikan
perhatian dan meluangkan masa hadir bagi merasmikan majlis makan malam Sehati Sejiwa Sk Ulu
Semenyih 2016.

Kait kelapa kukur kelapa

Ubi dikupas dibuat pengat

Kehendak hati tidak terlupa

Kerana budi Yang Berhormat sudah terpahat

Untuk makuman Yang Berhormat Datuk dan para hadirin, majlis makan malam ini merupakan majlis
yang dianjurkan khusus untuk meraikan 100 tahun penubuhan Sk Ulu Semenyih iaitu sejak tahun
1915. Pada masa yang sama majlis ini bertujuan untuk meraikan penyumbang dan penaja badi Dana
yang telah diterima oleh pihak PIBG Sk Ulu Semenyih.

Anda mungkin juga menyukai