Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARAAN MAJIS RESEPSI

MUHAMMAD HAFIZ B ABDULLAH & FATIN AISYAH BT MOHD BASAR


SABTU (28 Disember 2019)

ACARA TEKS CATATAN

1240hr Melayang serindit diatas permatang, Lagu2 Iringan


Merbah berkicau dihujung muara,
UCAPAN Pemanis kata selamat datang,
ALUAN Awal Bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum W.B.T

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke Dewan ………………….. , yang mana pada hari ini kita
akan bersama-sama meraikan detik yang bahagia buat pasangan raja
sehari yang diraikan:

___________________________________
___________________________________

Bagi pihak tuan rumah dan seluruh keluarga pengantin, kami


mengalu-alukan sekalian tetamu yang sudi hadir dan memeriahkan
majlis pada hari ini. Tidak lupa juga kepada sanak saudara, dan
sahabat handai serta rakan taulan kepada pasangan raja sehari kita
pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
amatlah bermakna bagi seluruh keluarga tuan rumah.

Para tetamu tersenyum lebar,


Bersiap sedia mengambil gambar,
Dalam hati turut berdebar,
Menanti pengantin penuh sabar,

Untuk makluman para hadirin sekalian, kedua-dua pasangan raja


sehari akan tiba kedalam majlis tidak lama lagi, diharapkan para
hadirin dapat bersabar dan sama-sama kita nantikan ketibaan
pasangan raja sehari.
Sirih junjung berhias indah,
KETIBAAN Sekacip pinang pembuka kata, Kompang
PENGANTI Datang berkunjung kemajlis meriah, (Sampai
N Lembaran sejarah kini bermula pelamin)

Majlis mengumumkan KETIBAAN pasangan raja sehari


Iringan Lagu
(NAMA PENGANTIN) Live Band
(semasa
pengantin
Anak cina memasang lukah berjalan)
Lukah dipasang ditanjung selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih (Selawat
Taslim –
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pasangan raja sehari semasa
menuju ke pelamin. pengantin di
atas pelamin)

Lighting Show
(semasa
pengantin
duduk)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


Kata-kata Perkahwinan itu sunnahku, Sesiapa yang tidak suka kepada
Aluan sunnahku, Dia bukan daripada kalangan umatku" (hadith
riwayat al-bukhari)

Allah swt berfirman, yang bermaksud :

Hai manusia! Kami ciptakan kamu dari satu pasang laki-laki dan
perempuan, dan kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku
bangsa, supaya kamu saling mengenal [bukan supaya saling
membenci, bermusuhan]. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu
dalam pandangan allah ialah yang paling bertakwa. Allah mahatahu,
maha mengenal (q.s. Al-hujurat [49]: 13).

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Kata pemanis selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim…..

Di malam hari terang senegeri,


Memberi cahaya di tengah balai,
Majlis indah bertambah seri,
Dengan ketibaan kedua mempelai.

(Solutasi)

Y.BHG AYAHANDA DAN BONDA PENGANTIN Perempuan


Selaku tuan rumah pada hari ini.

*Yang dihormati, Ayahanda dan Bonda pengantin lelaki

Yang diraikan, pasangan raja sehari:

(NAMA PENGANTIN)

Yang dikasihi, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara pasangan raja
sehari.

Tan Sri, Pn Sri, Dato’, Datin, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian.

Selamat datang, ahlan wasahlan diucapkan ke majlis walimatul urus


pasangan raja sehari kita pada hari ini.

Marilah kita bersama2 merafa’kan rasa syukur kita kehadrat Allah


SWT, kerana dengan limpah izinnya, dapat kita bersama2 berkumpul
pada hari ini, meraikan saat yang bahagia buat kedua-dua pasangan
raja sehari sama cantik sama padan (NAMA PENGANTIN)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang dihormati


sekalian.

Bertemu wajah rasa, Berkasih keramat cinta, bersanding di hari


bahagia. Perkahwinan adalah sumbu sentiasa menyala. Dalam
dakap hangat kasih, tak pernah kunjung padam.

Perkahwinan adalah hujan sentiasa merenyai, dalam rangkul ingin


sukma. selamanya berpadu, manis ingatan. Doa kami sentiasa
mengiringi, semoga ikatan perkahwinan ini, sentiasa dipelihara
Allah dalam kebahagiaan, kesejahteraan serta kasih sayang yang
berkekalan.

Selamat bersanding, Selamat berbahagia, Selamat membina


masjid yang sentiasa diberkati-Nya buat
_________________

Saya bagi pihak tuan rumah ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada para hadirin yang sudi hadir bagi menyerikan majlis ini.

Di dalam dulang berisi sagu,


Bacaan Doa Sagu dimakan burung merpati,
Jangan bimbang jangan ragu,
Hidup baru kini menanti.

Mawar merah harum mewangi,


Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
Baik berpakat suami isteri.

Bagi memberkati lagi majlis ini, juga memberkati kedua pasangan raja
sehari, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan
bacaan doa.

*Majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan


______________________________ untuk memimpin bacaan doa.

(DOA)

Orang membelat di tepi pantai,


Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan harap termakbul.
Salam Hadirin sekalian,
Restu
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan cinta, kerana
cinta itu menjadikan manusia lebih bermakna, bahagia, dan
sempurna, apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut
dalam agama.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan acara salam


restu kedua pasangan pengantin. Bagi memulakan acara, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan:

1.

2.

Tiup serunai di atas kota,


Uda memetik bunga melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai di dalam hati.

3.
Instrumental
4. renjis-renjis

Padang Temu konon namanya,


Tempat kuda berlari-lari,
Sudah bertemu dengan jodohnya,
Bagai cincin lekat dijari.

5.

6.

Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda dan Bonda, serta sanak


saudara yang sudi naik ke pelamin bagi memberikan restu kepada
pasangan raja sehari pada hari ini. Diharapkan ikatan mereka
diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga.

Makan Berlari-lari bergelak tawa,


Beradap Duduk menghadap ditepi tingkap,
Menambah seri hari bahagia,
Makan beradap jadi pelengkap.

Majlis dengan ini mempersilakan terlebih dahulu kepada Dif-dif


kehormat untuk mengambil tempat di meja makan utama.
Puteri dibawa ke Gunung Ledang, Pasang lagu
Dibawa dengan penuh beradap,
Hidangan istimewa telah terhidang,
TIbalah masa makan beradap.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pasangan raja sehari


menuju ke meja makan utama untuk acara istiadat makan beradap
RAJA SEHARI. Dipersilakan.

Food
Presentation Untuk acara seterusnya, majlis mempersilakan Persembahan
______________________ Ali Grand Hall
untuk mempersembahkan persembahan istimewa untuk pasangan
raja sehari kita pada hari ini.
Persembahan
Seterusnya majlis turut mempersilakan hadirin dan hadirat sekalian Live Band 3
untuk menikmati juadah yang disediakan. lagu.

Orang jauh dikekang-kenang,


Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksanakan sama bersatu.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan


Dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
Dan dua mata untuk melihat

Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati


kepada kita?
Kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya
Itulah namanya cinta…

Sesungguhnya
Manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta
itu,
Menjadikan hidup manusia lebih bermakna,

Bahagia dan sempurna


Apatah lagi melalui ikatan perkahwinan Yang dituntut agama.

Hadirin yang dimuliakan, untuk pengetahuan; setelah mendapat


perkenan & restu ayahnda & bonda tercinta, pasangan
_______________________________________________ telah
mengikat tali pertunangan pada . Kedua-dua mempelai ini telah
selamat diijabkabulkan pada
.

Sudah bersarang burung tempua,


Sarangnya tinggi tidaklah rendah,
Dahulu seorang sekarang berdua,
Ikatan janji tertunailah sudah.

Sambil kita menjamu selera Juga akan dihiburkan


Dengan persembahan daripada
_______________________________

Bergambar Anak cina mengail patin,


Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
tanda gembira penuh dihati.

Seterusnya, majlis mempersilakan pasangan raja sehari ke pelamin


untuk sesi fotografi, bagi memulakan acara, majlis menjemput ahli
keluarga dan rombongan yang bertandang terlebih dahulu untuk
bergambar bersama pasangan raja sehari. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Potong Kek Makan beradap berakhir sudah,


Kaum keluarga memberi berkah,
Semoga semuanya hidup bertuah,
Akhir hayat baru berpisah.

Sebagai meraikan pasangan raja sehari dengan rasa cinta dan kasih
pada hari ini, majlis mempersilakan kedua pasangan pengantin untuk
ke acara memotong kek. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Adat orang bersuami isteri,


Pahit manis sama dirasa,
Dalam surut ada pasangnya,
Dalam susah ada senangnya,
Dalam sempit ada lapangnya

Kalau sedikit sesudu seorang


Kalau banyak sesenduk seorang,
Kalau untung, sama - sama timbul,
Kalau rugi, sama - sama tenggelam,
Kalau di depan, sama - sama menang,
Kalau di belakang sama - sama alah,
Kalau tebu, seruas seorang,
Kalau nangka , seulas seorang.
Payung satu sama berteduh,
Perahu satu sama menyeberang.

Tikar sehelai, sama ditiduri,


Selimut satu, sama dikongsi.
Kalau sempit sama berhimpit,
Kalau lapang sama berlegar.
Penutup Hadirin sekalian,

Kalau memanjat sudah sampai ke puncak,


Kalau menurun sudah sampai ke lembah,
Kalau mudik sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

Kalau ada wajah yang salah pandang


Kalau ada nama yang tersalah sebut

Kalau ada gelar yang salah ucap


Kalau ada yang duduk di salah tempat

Kalau pinggan ada yang retak


Kalau ada sudu yang bengkok

Kalau nasi yang ditanak hangit


Kalau sambalnya tak cukup belacan

Juga kalau perut tidak kenyang


Kalau majlis tidak seberapa

Tanam languna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudahsempurna segala adat

Pergi kedusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini berkahirlah tugas saya mengacarakan majlis pada hari ini,
dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesilapan sepanjang saya
mengendalikan acara.
DOA PENGANTIN

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berkumpul pada hari ini di atas rahmat &
kasih sayang mu Ya Allah.

Dalam meraikan pasangan pengantin, Muhammad Aliff Asyraff Bin Kamal


Nur Zaman & Afifah Binti Shardar Ahmad
Kau satukanlah hati – hati mereka dgn kasih dan sayang.
Tenangkan lah jiwa mereka dengan kesabaran dan ketabahan,
kuatkanlah iman mereka dalam menghadapi gelora alam rumah
tangga.

Kau kurniakanlah mereka dengan zuriat yg soleh & solehah yg boleh


mendoakan mereka bila mereka telah kembali ke rahmat mu Ya Allah.

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yg diberkati Mu Ya Allah.


Jadikanlah majlis ini majlis yg merapatkan lagi ukhuwah dua keluarga
yg kini bersatu. Kurniakanlah keberkatan, kerahmatan, keselamatan
dan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluargadi kedua-dua belah
pihak, supaya sentiasa didalam rahmat dan keampunan mu Ya Allah.

Kau berkatilah juga seluruh tetamu yg hadir pada hari ini Ya Allah.
Permudahkanlah urusan mereka, jauhkanlah mereka dari bala
bencana. Dekatkanlah kami semua dengan rahmat & pengampunan
mu Ya Allah.

Amin…

Disediakan oleh;
Iqbal Zahanuddin
PANTUN PENGANTIN

Ikan gelama ikan tenggiri


bersama dengan ikan cencaru
bersama-sama kami ke mari
hendak meraikan pengantin baru

buah rambai tumbuh dihutan


dihujung ranting buahnya lebat
mari beramai kita doakan
semoga majlis mendapat berkat

Sungguh harum bunga rampai


dibawa orang ke tengah balai
sanak saudara sahabat handai
datang meraikan dua mempelai

yang jauh sudahlah dekat


sudah dekat bersalam-salaman
kami berdoa semoga berkat
menempuh hidup di dalam aman

sudah bersarang burung tempua


sarangnya tinggi tidaklah rendah
dahulu seorang sekarang berdua
ikatan janji tertunai sudah

sudah bersarang burung tempua


sarangnya jauh tidaklah dekat
dahulu seorang sekarang berdua
baik-baik duduk berpakat

kain baldu kain bertekat


dibawa orang dari melaka
sudah berpadu kata sepakat
kalau jodoh bertemu juga

Cantiknya burung cenderawasih


terbang sekawan di hari petang
kami ucapkan terima kasih
kepada tuan yang sudi datang

Anda mungkin juga menyukai