Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN NILAM, SAMBUTAN HARI GURU,HARI RAYA DAN HARI PEKERJA

TIME CUE ANNOUNCE


PERARAKAN Kelihatan semua guru sedang berarak masuk ke dataran, oleh itu
MASUK GURU semua murid diminta berdiri.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati sekalian,


NEGARAKU Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta sama sama
kita singkap Majlis hari
ini dengan berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu Negaraku, dengan penuh semangat.

(Nyanyian lagu)

Terima kasih,
Para guru dan murid dipersilakan duduk.

KATA ALUAN Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pohon cemara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillah Hirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbilalamin
Rabbissrahlisadriwayassirliamri wahlull uq dattan millisani
Yaf khahul kaulih

Yang berusaha,
Puan Hajah Suriani Binti Ali
Pengetua SMk Seri Damai

Yang dihormati,
Puan Rodziah binti Mat akil
Guru penolong kanan HEM

En. Mohd Khairi


Guru penolong kanan Kokurikulum

Ketua bidang, seluruh warga pendidik dan staf SMK Seri Damai serta
pelajar yang dikasihi sekalian

UCAPAN EMCEE Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya


jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara
Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.

Syukur juga kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini
bagi meraikan MAJLIS 4 dalam 1 iaitu Majlis Sambutan Hari
Guru,Sambutan Hari Raya Aidilfitri ,Pelancaran NILAM,dan
Sambutan Hari Pekerja peringkat sekolah bagi tahun 2022

1
DOA Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
PEMBUKAAN
MAJLIS Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.
Untuk itu, dijemput Ustaz Mohd Safuan untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal alamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Safuan
atas pimpinan doa sebentar tadi.

UCAPAN KETUA Sebagai pembuka tirai majlis, seterusnya dijemput Muhammad Aiman
PENGAWAS Izudin Bin Rosaidi selaku ketua pengawas naik kepentas bagi
memberikan ucapan mewakili murid.
Majlis dengan sukacita mempersilakan

(Ucapan ketua pengawas)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

PERUTUSAN Majlis diteruskan dengan mempersilakan En Hanafi


MENTERI Selaku pengerusi GUKATuntuk membacakan perutusan daripada
PENDIDIKAN Menteri PendidikanMalaysia sempena Hari Guru 2022. Majlis dengan
hormatnyamempersilakan.

(Bacaan Perutusan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Hanafi atas


ucapan perutusan yang telah dibacakan
sebentar tadi.

PERUTUSAN Warga dataran sekalian.


Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia Majlis dengan sukacita mempersilakan
Pn Rodziah Binti Mat Akil
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Seri Damai
Untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia sempena Hari Guru 2022. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

(Bacaan Perutusan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Rodziah Binti


Mat Akil atas ucapan perutusan yang telah dibacakan sebentar
tadi.

UCAPAN Bukan keris kalau tanpa ulunya,


PENGETUA Bukan majlis kalau tanpa ucapannya,

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Suriani


2
Binti Ali, Pengetua SMK Seri Damai untuk menyampaikan ucapan
beliau seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


(Ucapan Pengetua)

Demikianlah kata, demikianlah ucapan,


Daripada tuan pengetua insan budiman,
Sekalung perhargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan.

Terima kasih kepada puan pengetua


atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

Mohon puan pengetua kekal dipentas bagi menyempurnakan gimik


pelancaran

PELANCARAN Hadirin yang dimuliakan,


GIMIK HARI
GURU Seterusnya majlis disempurnakan lagi dengan
gimik pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Seri Damai
2022 .

(Gimik Perasmian)

Terima kasih kepada puan pengetua atas gimik pelancaran


yang disempurnakan tadi.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati sekalian,


GURU MALAYSIA
DAN Ketulusan guru memikul amanah
BACAAN IKRAR Keikhlasan guru melunas tanggungjawab
GURU
Sudah tersimpan janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
Mendidik bangsa membina Negara

Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala


hormatnya dipersilakan kepada semua guru berhati mulia dan
bersemangat waja untuk naik ke pentas bagi acara bacaan ikrar
hari guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia
Bacaan ikrar hari guru akan dipimpin oleh En.Hanafi

(Bacaan Ikrar)

(Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada warga pendidik SMK Seri Damai atas lafaz ikrar dan
nyanyian lagu sebentar tadi. Terima kasih.

PERSEMBAHAN Persembahan 1
MURID SEMPENA
3
HARI GURU-2 Hadirin yang dihormati sekalian,

Guru Malaysia berikrar berjanji


Mendidik memimpin putra putri tercinta
Persembahan pelajar menyusul kini
Cetusan idea untuk yang teristimewa

Sebagai halwa mata dan telinga, terimalah persembahan


pertama iaitu persembahan _______ oleh pelajar pelajar SMK Seri
Damai
(Persembahan pertama)
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang
bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi
dipimpin oleh __________

Persembahan 2

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan persembahan kedua dari


pelajar-pelajar_______ Persembahan sebentar tadi
dipimpin oleh __________
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih
sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan
persembahan itu tadi

PENYAMPAIAN Burung helang singgah dibatu,


ANUGERAH Terbang tinggi hingga ke pantai
PERKHIDMATAN Anugerah perkhidmatan cemerlang 2021
CEMERLANG Pekerja cemerlang kita hargai
2021
Untuk itu,
majlis sukacitanya menjemput,
Yang Berusaha Puan Hajah Suriani Binti Ali, Pengetua SMK Seri
Damai untuk menyampaikan anugerah

Diiringi oleh : Puan Rodziah binti Mat akil


Guru penolong kanan HEM

dipersilakan

Dipersilakan penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2021 yang


pertama..

(baca senarai nama penerima anugerah)

Seterusnya dipersilakan…
(baca senarai nama penerima anugerah sampai habis)

Tahniah kepada semua penerima anugerah perkhidmatan cemerlang


2021.Semoga terus cemerlang dan berdedikasi.

Mohon puan pengetua dan Guru penolong kanan kokurikulum untuk


tetap di pentas bagi acara yang seterusnya

4
PENYAMPAIAN Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Khas
ANUGERAH Guru.
KHAS GURU
Anugerah ini disampaikan bertujuan untuk menghargai guru-guru.
Guru-guru yang dipilih adalah daripada undian pelajar sendiri.

Anugerah yang pertama iaitu..


Dipersilakan cikgu..

Baca senarai anugerah sampai habis

Terima kasih puan Hajah Suriani dan Rodziah atas penyampaian


anugerah itu tadi.Tahniah cikgu-cikgu.
BACAAN DOA Seterusnya yang ditunggu telah tiba tanpa membuang masa majlis
MAKAN DAN menemput sekali lagi ustaz Safuan naik ke pentas bagi membacakan
JAMUAN MAKAN doa makan

(Doa makan)
Terima kasih ustaz safuan atas bacaan doa itu tadi

Ketupat lemang biskut kuih raya,


Rendang daging jangan dilupa,
Ayam merah juga sudah tersedia,
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera.

Dipersilakan semua untuk menikmati juadah yang telah sedia


dihidangkan.

Pelajar terus pergi ke kelas masing-masing. Pelajar dilarang berkumpul


dikelas lain,kerana makanan telah disediakan secukupnya dikelas anda

SELAMAT MENJAMU SELERA

TAMAT Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan
daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI RAYA DAN
SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai