Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN PENGURUSAN PERTANDINGAN MALAYSIA IT CHALLENGE FOR YOUTH

WITH DISABILITIES (MITC) PERINGKAT DAERAH KUANTAN TAHUN 2021


-Versi Kemaskini 2 Julai 2021-

1. Pertandingan ini dibuka kepada murid berkeperluan khas (MBK) sekolah rendah dan
sekolah menengah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Peserta yang mewakili kategori Multiple Disabilities (MD) tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini.
3. Bagi penyertaan sekolah rendah dan sekolah menengah , setiap sekolah dikehendaki
menghantar maksima dua (2) orang peserta yang mewakili setiap kategori Kurang
Upaya Pendengaran (DE), Kurang Upaya Penglihatan (BL), Masalah Pembelajaran (LD),
dan Kurang Upaya Fizikal (PH).
4. Berikut adalah senarai acara, kategori dan bilangan peserta yang
dipertandingkan menggunakan kaedah secara atas talian:

JUMLAH
BIL ACARA KATEGORI
PESERTA

1. eLIFEMAP Individu
2
Sek Rendah & Sek (DE, BL, LD, dan PH)
(minima 1 orang)
Menengah

5. Umur peserta:

PESERTA UMUR

10 hingga 14 tahun
Sekolah Rendah
(tahun 2007 hingga tahun 2011)

13 hingga 20 tahun
Sekolah Menengah (tahun 2001 hingga tahun 2008)

6. Setiap peserta perlu menguasai kemahiran melayari internet, google form,Screen shot
dan upload image.

7. Berikut adalah keterangan hari pertandingan:

Tarikh 3 Ogos 2021


Hari Selasa
Masa 9.00-10.00 pagi
Durasi menjawab 1 jam
Tempat Kediaman peserta
Bentuk soalan Google form
Medium Live streaming (Google
pertandingan Meet)

8. Link soalan akan dihantar oleh guru pembimbing melalui wassap kepada peserta pada
hari pertandingan 10 minit awal.
9. Perserta perlu bersedia 15 minit awal.
10. Peserta akan klik link untuk menjawab soalan dalam bentuk Google Form
11. Peserta mencari jawapan ,menaip jawapan, creen shot jawapan yang di jumpai dalam
google dan upload image pada setiap soalan sebagai bukti.
12. Terdapat 3 soalan utama ,dan setiap soalan mempunyai tiga sub soalan. Jumlah
keseluruhan 9 soalan.
13. Tempat pertandingan perlu selesa dan mempunyai capaian internet yang baik dan stabil.
14. Setiap hasil tugasan adalah ASLI dan tanpa sebarang unsur plagiat.
15. Semua soalan dan jawapan adalah dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
16. Pertandingan akan dijalankan secara serentak untuk semua peserta SK dan SM,
tetapi menggunakan host live streaming yang berbeza. Link akan diberi kepada
guru pembimbing di dalam Telegram Guru Pembimbing.
17. Peserta dibenarkan menggunakan telefon bimbit/ telefon pintar sebagai medium
pertandingan.
18. Peserta juga boleh menggunakan komputer/tablet.
19. Ibubapa/penjaga/guru pembimbing hendaklah memastikan bahawa segala medium dan
peralatan yang akan digunakan oleh peserta berfungsi dengan sempurna.
20. Ibubapa perlu menyediakan ruang yang selesa kepada peserta.
21. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian oleh pihak juri yang dilantik oleh pihak
penganjur.
22. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.
23. Pemenang dikira peserta yang menghantar jawapan yang terpantas dan tepat.
24. Keputusan akan diumumkan pada 4 Ogos 2021.
25. Semua peserta dan guru pembimbing akan menerima sijil penyertaan.

Anda mungkin juga menyukai