Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERSARAAN
PN. HJH. NORAINI BINTI ISMAIL

1. SALUTASI

YANG DIRAI
PN. HJH. NORAINI BINTI ISMAIL

YANG BERUSAHA
USTAZ ROSLAN BIN ABD LATIB
PENGETUA SMKA SULTAN MUHAMMAD

YANG DIPERTUA PIBG SMKA SULTAN MUHAMMAD


YANG BERHORMAT DATUK AMZAH BIN OSMAN

GPK PENTADBIRAN, TN HJ IBRAHIM BIN MD NOOR


GPK HEM, EN HAZMAN BIN HAMZAH
GPK KO-KU, PN ZAITON BINTI ISMAIL
GPK TING 6, PN HJH NOR IMANI BINTI MD NOR

BARISAN GURU - GURU KANAN MATAPELAJARAN


SAHABAT-SAHABAT GURU SERTA ANAK-ANAK PELAJAR YANG
DIKASIHI SEKALIAN

2. PENGENALAN MAJLIS

Sawah menghijau di tengah bendang


Tumbuh di pinggir pohon bidara
Pemanis kata selamat dating
Awal bismillah pembuka bicara

ASSALAMUALAIKUM W.B.K.T.H

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin- Nya
dapat kita berkumpul di medium ini bagi menjayakan Majlis “SEKALUNG
BUDI, SENTUHAN ABADI” sempena persaraan PN. HJH. NORAINI BT
ISMAIL

MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUH TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN
3. BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita mengaminkan bacaan doa yang
akan di pimpin oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Salam bin Mohamed Ibrahim
untuk memimpin bacaan doa.

DOA

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Abdul Salam atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.

4. UCAPAN WAKIL MURID

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ________________________


Wakil pelajar SMKA SULTAN MUHAMMAD untuk menyampaikan
ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada __________________________ atas


ucapan sebentar tadi.

5. UCAPAN ALUMNI

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ________________________


Wakil pelajar SMKA SULTAN MUHAMMAD untuk menyampaikan
ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada __________________________ atas


ucapan sebentar tadi.

6. UCAPAN WAKIL GURU

Sidang hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput PUAN


ROZILA BINTI RAHMAT untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili
barisan guru dan kakitangan SMKA SULTAN MUHAMMAD dengan segala
hormatnya dipersilakan.

UCAPAN
Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih daun keladi diucapakan
kepada PUAN ROZILA BINTI RAHMAT atas ucapan sebentar tadi.

7. UCAPAN YDP PIBG

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan YB DATUK HAMZAH BIN


OTHMAN – YDP PIBG SMKA SULTAN MUHAMMAD untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dijemput Yang Berhormat Datuk

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk atas ucapan sebentar tadi.

8. UCAPAN PENGETUA

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha USTAZ


ROSLAN BIN ABD LATIB – PENGETUA SMKA SULTAN MUHAMMAD
untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapannya sebentar


tadi.

9. BACAAN BIODATA,TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin dan Hadirat semuanya,

Di bawah seliaan Jawatankuasa Multimedia, dipersembahkan kepada


hadirin sekalian, tayangan multimedia untuk tatapan insan yang sedang
diraikan ini. Marilah kita bersama-sama menghayati persembahan tersebut.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Begitulah tadi, kita dapat saksikan persembahan multimedia yang diraikan


PN. HJH. NORAINI BINTI ISMAIL. Mudah – mudahan, ia dapat menjadi
inspirasi bagi kita semua.
11. PERSEMBAHAN PELAJAR / ALUMNI

Tiap pertemuan pasti akan ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan.
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Majlis akan diteruskan dengan persembahan dari alumni SMKA SULTAN


MUHAMMAD teristimewa buat PN. HJH. NORAINI yang dikasihi, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada KUMPULAN SOUTUL AZIM atas


persembahan itu tadi.

12. UCAPAN YANG DIRAI

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan di dalam dulang
Hari ini Puan Hajjah bersara
Jasa baik Puan Hajjah tetap dikenang

Hadirin sekalian,

Menjunjung adat, “ yang dating disambut, yang pergi diiring “, majlis ini
diteruskan lagi dengan penuh rasa hormat dan kasih, menjemput yang dirai
PN.HJH. NORAINI BINTI ISMAIL untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

UCAPAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada PN. HJH. NORAINI BINTI
ISMAIL atas ucapan sebentar tadi. Semoga segala amanat yang
disampaikan sentiasa tersemat di jiwa dan sentiasa berlegar dalam ingatan
buat warga SMKA SULTAN MUHAMMAD.
13. PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenangan buat insan yang diraikan.

TAYANGAN

14. PENUTUP

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu – layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan layu – layuan

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

Anda mungkin juga menyukai