Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS -KENANGAN PENGETUA

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJALUR KENANGAN

(1) PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang berusaha , Ustaz Zakaria bin Ismail masuk ke dalam
dewan

2)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Pn. Hjh Hatina bt Yaakob, Pengetua SMKA Sultan Muhammad

En. Ibrahim bin Md. Noor, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Zaitun bt Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Hjh Nor Imani bt Md Noor, Penolong Kanan Tingkatan 6

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

(3)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama
berkumpul di Dewan ini untuk majlis Sekalung Budi Sejalur Kenangan buat Ustaz
Zakaria bin Ismail sempena pertukaran PK Hem yang kita hormati kerana kenaikan
pangkat sebagai Pengetua di SMA Assyakirin, Selandar.

(4) DOA

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Tetak buluh panjang sepuluh


Buluh ditetak anak Pak Mamat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa diminta biar selamat

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari Yang maha Esa. Majlis mempersilakan Saudara RIFQI ADHAM
BIN RUSHAIZAD bagi memimpin pembacaan doa.

Dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada saudara Rifqi atas pimpinan doa sebentar tadi.

Semoga majlis nan berlangsung diberkati Allah s.w.t


(5)

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada petang ini, kita tampilkan satu persembahan
daripada kumpulan Soutul Azim sebagai kenangan dihalwa telinga untuk kita dan
khususnya untuk yang diraikan. Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan.

(6)

Meneruskan acara pada petang ini, majlis dengan suka citanya mempersilakan wakil
pelajar Saudara REJAB RUKHILMY BIN RAZMAN untuk memberikan ucapan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

(7)

UCAPAN WAKIL PENTADBIR

Majlis pada petang ini akan diteruskan lagi dengan ucapan oleh Puan Pengetua Pn. Hjh
Hatina bt Yaakob, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Puan Pengetua atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

(8)

BACAAN BIODATA

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu Muhammad Farhan bin Atan untuk
membacakan sedikit biodata ringkas bagi tetamu yang dirai.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan


memori perjalanan Yang Diraikan Tn. Hj. Zakaria bin Ismail. Marilah kita sama-sama
saksi dan hayati persembahan multimedia ini.

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan. Mudah-
mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

(9)

UCAPAN USTAZ ZAKARIA

Guru-guru dan hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan dan
amanat yang akan disampaikan oleh guru yang diraikan pada petang ini. Oleh maksud
yang demikian, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan USTAZ ZAKARIA BIN
ISMAIL untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zakaria bin Ismail atas ucapan beliau sebentar
tadi.

(10)

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan
Hjh Hatina binti Yaakob untuk mengiringi Yang Diraikan Tn. Hj. Zakaria bagi menerima
cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian hadiah & cenderamata dari :

1.
2.
3.
4.

(11)

TETAMU DIIRING KELUAR DEWAN

PENUTUP

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada petang ini. saya selaku
pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
saya mengacarakan majlis ini.

Bintang barat terbitan petang,


bintang timur terbitan pagi,
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi.

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Dengan itu, maka selesailah
sudah Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai