Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SOOK 2023

PENGUMUMAN KETIBAANFI

Mengumumkan ketibaan dif-dif kehormat dan para guru masuk ke dewan,


LELAKI para hadirin diminta untuk berdiri

NYANYIAN LAGU

LELAKI Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta dan sekolah
tersayang, marilah sama - sama kita menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah dengan penuh semangat.

(NYANYIAN LAGU NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU


DAN LAGU SEKOLAH)

Terima kasih, para tetamu kehormat, warga pendidik dan hadirin sekalian
dipersilakan duduk.

BACAAN DOA
PEREMPUAN
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.

Untuk itu, dijemput Ustaz Theodore Oswald John Rosli untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin Ya Rabbal a’lamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Theo atas pimpinan
doa sebentar tadi.

KATA SALUTASI

Assalamualaikum w.b.t.
LELAKI
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

1
Bismillahirahmanirahim

Yang dihormati Encik Amzan Bin Jahidin


Yang Di-Pertua PIBG SMK Sook (jika ada)

Yang Dihormati Encik Herman Bin Cyril Guspin


Naib Yang Di-Pertua PIBG SMK Sook (jika ada)

Yang Berusaha Encik Pancratius Primus,


Pengetua SMK Sook

Encik Sahibin Bin Warimin,


Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

Encik Nicholas Bin Maniah


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Suhailin Bin Sharip@Sahamid


Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Ardin Bin Lakunsim


Penolong Kanan Tingkatan Enam

Encik Jimoty Biujin@Timothy


Penolong Kanan PPKI

Ketua-ketua Bidang

Ketua-ketua Panitia

Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Menengah Kebangsaan Sook 2023

Para guru dan pelajar-pelajar yang dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Segala puji kepadaNya, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan
PEREMPUAN izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan SMK Sook, majlis
berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu
kehormat, para guru dan pelajar-pelajar ke majlis penuh bersejarah pada
hari ini.

LELAKI UCAPAN WAKIL MURID

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat majlis menyampaikan ucapan.

2
Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK
Sook 2023, majlis dengan sukacitanya mempersilakan wakil pelajar iaitu
saudara __________________________ untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN WAKIL MURID)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara


________________________ atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

LELAKI Hadirin yang dirahmati,

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Amzan


Bin Jahidin selaku Yang Dipertua PIBG SMK Sook untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN YDP PIBG)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang


penuh bermakna sebentar tadi.
(jika ada)

PEREMPUAN UCAPAN PENGETUA

Bukan keris kalau tanpa ulunya,


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya,

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Pancratius Primus,


Pengetua SMK Sook untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN PENGETUA)

Demikianlah kata, demikianlah ucapan,


Daripada tuan pengetua insan budiman,
Sekalung perhargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada pengetua atas ucapan yang
telah disampaikan tadi.

3
BACAAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


kini majlis dengan sukacita mempersilakan
Encik Sahibin Bin Warimin Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
(minta pengesahan)
LELAKI Untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia sempena Hari Guru 2023. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

(BACAAN PERUTUSAN)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Sahibin Bin Warimin
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik (minta pengesahan)
atas ucapan perutusan yang telah dibacakan sebentar tadi.

PEREMPUAN BACAAN PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Nicholas Maniah Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sook (minta pengesahan) untuk membacakan
perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru 2023.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(BACAAN PERUTUSAN)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Nicholas Maniah


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sook (minta pengesahan)
atas ucapan perutusan yang telah dibacakan sebentar tadi.

GIMIK HARI GURU


LELAKI
Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis memjemput Yang Berusaha Encik Pancratius Primus


selaku pengetua SMK Sook (minta pengesahan) bagi menyempurnakan
gimik pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Sook 2023. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

(GIMIK PERASMIAN)
Terima kasih kepada tuan pengetua atas gimik pelancaran yang
disempurnakan tadi.

BACAAN IKRAR DAN NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA

PEREMPUAN Hadirin yang dihormati sekalian,

Ketulusan guru memikul amanah


Keikhlasan guru melunas tanggungjawab
Sudah tersimpan janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
Mendidik bangsa membina Negara

4
Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala hormatnya
dipersilakan kepada semua guru berhati mulia dan bersemangat waja untuk
naik ke pentas bagi acara bacaan ikrar hari guru dan nyanyian lagu Kami
Guru Malaysia dan lagu 1 Agenda 1 Impian. (minta pengesahan)
Bacaan ikrar hari guru akan dipimpin oleh Encik Pancratius Primus,
dipersilakan.(minta pengesahan)

Pihak majlis juga memohon kerjasama hadirin untuk berdiri sebagai tanda
penghormatan atas komitmen jitu dan usaha bersepadu warga pendidik
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap profesion
perguruan.

(BACAAN IKRAR)

(NYANYIAN LAGU GURU)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada warga


pendidik SMK Sook atas lafaz ikrar dan nyanyian lagu sebentar tadi.

Para guru diminta untuk terus kekal berada di atas pentas bagi acara
pemotongan kek.

ACARA PEMOTONGAN KEK HARI GURU DAN KEK HARI JADI GURU

LELAKI Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah masanya untuk acara pemotongan kek. Majlis mempersilakan


sekali lagi Encik Pancratius Primus (minta pengesahan) diiringi dif-dif
kehormat bagi memotong kek. Dipersilakan.

(PEMOTONGAN KEK)

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas pemotongan kek


sebentar tadi.
PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU SESI 1
PEREMPUAN
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis seterusnya menjemput Encik Suhailin Bin Sharip@Sahamid
Penolong Kanan Kokurikulum diiringi Encik Ardin Bin Lakunsim
Penolong Kanan Tingkatan Enam (minta pengesahan)
bagi menyampaikan Anugerah Guru, dipersilakan.

(Lampiran senarai Anugerah Guru Sesi 1)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Suhailin atas penyampaian anugerah


sebentar tadi.

5
PERSEMBAHAN GURU

LELAKI Hadirin yang dimuliakan,

Guru ibarat bintang kejora, Panduan hidup insan mulia


Guru ibarat segores cahaya, Memberi sinar hidup berjaya
Guru bagaikan intan permata, Memberi sinar isi semesta
Guru bagaikan kasturi di laman, Harum nama sebutan zaman

Kemeriahan majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh Cikgu


____________________________ dengan tajuk _____________. (minta
pengesahan). Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN GURU)

Terima kasih diucapkan kepada cikgu _______________ atas


persembahan nyanyian yang sangat merdu sebentar tadi.

PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU SESI 2


PEREMPUAN
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis seterusnya menjemput Encik Ardin Bin Lakunsim


Penolong Kanan Tingkatan Enam diiringi Encik Jimoty Biujin@Timothy
Penolong Kanan PPKI (minta pengesahan) bagi menyampaikan Anugerah
Guru, dipersilakan.

(Lampiran senarai Anugerah Guru Sesi 2)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ardin atas penyampaian anugerah


sebentar tadi.

LELAKI PERSEMBAHAN GURU

Hadirin yang dihormati sekalian,


Guru ibarat tongkat si buta, Menyuluh jalan menuju cita
Guru ibarat lidah pendeta, Penawar mujarab hati nan lara
Guru laksana sebutir mutiara, Bangunkan jiwa pelbagai rupa
Guru ibarat penglima perkasa, Memimpin bangsa membina negara

Kita berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan istimewa


seterusnya yang akan dipersembahkan oleh
_______________________.(minta pengesahan) Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN GURU)

Terima kasih diucapkan kepada ___________________ atas persembahan


istimewa yang sentiasa memukau sebentar tadi.

6
PEREMPUAN PENYAMPAIAN HADIAH SUKANEKA GURU

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara sukaneka yang
dipertandingkan sebelum ini.

Untuk makluman para hadirin, pertandingan sukaneka ini melibatkan


penyertaan semua guru dan kakitangan sokongan di pelbagai peringkat
untuk sama – sama mewarnai kemeriahan sambutan Hari Guru pada tahun
ini.
Justeru, dipersilakan Encik Jimoty Biujin@Timothy Penolong Kanan PPKI
diiringi Encik Ardin Bin Lakunsim Penolong Kanan Tingkatan Enam (minta
pengesahan) untuk upacara penyampaian hadiah.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada Encik Jimoty atas
penyampaian hadiah itu tadi.

LELAKI PENUTUP MAJLIS

Hadirin yang dimuliakan,


Guru umpama dian
Membakar diri menerangi hidup insan
Cintanya pada peradaban
Kasihnya pada anak watan
Setianya pada perjuangan
Kekal meniti zaman
Jasanya tetap dikenang
Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Terima Kasih Cikgu.

Tiada kata secantik bahasa


Hendak diluah segala rasa
Sempurna sudah majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja Sambutan
Hari Guru Peringkat SMK Sook 2023.

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon
Selamat Hari Guru dan Salam Sejahtera.

PEREMPUAN SESI BERGAMBAR

Dipersilakan, tuan pengetua dan para guru untuk sama – sama berada di
hadapan pentas untuk sesi bergambar.

(SESI BERGAMBAR)

Para guru dan pelajar boleh beredar ke kelas masing-masing bagi meraikan
jamuan raya setiap kelas. Para guru boleh mengambil juadah makanan
yang telah disediakan. Terima kasih.

7
8

Anda mungkin juga menyukai