Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2023/2024

SK TAN SRI AWANG HAD SALLEH

Pengumuman Mohon perhatian semua hadirin, apabila diumumkan ketibaan tetamu terhormat dan para jemputan,
mohon untuk berdiri bagi mengalukan kedatangan beliau. Kerjasama semua saya dahului dengan
ucapan Terima kasih.

Ketibaan tetamu Mengumumkan perarakan tetamu terhormat dan dif-dif jemputan masuk ke dewan.
jemputan

**semua hadirin dijemput duduk

Buat makluman hadirin, ketibaan tetamu terhormat sebentar tadi, diiringi oleh Pasukan Kompang
Sautul Mujahidin, SK Tan Sri Awang Had Salleh. Pasukan kompang ini di bawah pimpinan
Ustazah Haslinda bt. Ibrahim dan Ustazah Saziah bt. Abd Hamid.

Kata Aluan BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera,
Pengerusi
 Yang Berusaha Puan Fauziah binti Sa’ad, Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh
 Yang dihormati En. Sugumaran a/l m katharasan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Pembangunan Bakat Murid, PPD Barat Daya merangkap pegawai prosa SKTSAHS
 Yang dihormati Pn. Nornie binti Ismail, Yang Dipertua PIBG, SK Tan Sri Awang Had
Salleh
 Yang dihormati En. Mohd Nasir bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
 Puan Khodijah binti Hassan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 En. Mohd Fairus Naqim bin Hassan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
 En. Khusairi bin Hashim, NYDP Pibg SKTSAHS
 Guru-guru, AJK-AJK PIBG, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

- Haji Haris bin Mat Jam – Pengerusi Qaryah Kampung Pulau Betong
- En. Zainuddin bin Sumun ___________________________________________

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Selamat datang ke HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TAN SRI AWANG HAD SALLEH
SESI AKADEMIK 2023/2024.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis
ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada pihak sekolah dan kepada anak-anak khususnya. Semoga segala usaha kita semua
diberkati Allah.

Nyanyian Lagu Majlis ingin menjemput tetamu jemputan dan hadirin sekali lagi berdiri untuk menyanyikan lagu
Negaraku Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang, Untuk Negeri Kita

*** semua hadirin dijemput duduk, terima kasih diatas nyanyian sebentar tadi

Bacaan Doa Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Anis
bin Ab Ghani.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Robbal `Alamin


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Anis di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi
dan semoga majlis kita pada hari ini akan berlangsung di bawah keberkatan yang Maha Esa.
Persembahan 1 Tuan-tuan dan puan-puan,
(Tarian) Marilah sama-sama kita saksikan persembahan pembuka tirai Hari Anugerah Cemerlang, SK Tan
Sri Awang Had Salleh 2023/24 oleh Pasukan Tarian SKTSAHS. Mereka akan mempersembahkan
sebuah tarian yang diberi nama Ketipang Payong.

Dipersilakan...

*** Begitulah persembahan yang begitu lemah gemalai daripada Pasukan tarian SKTSAHS.
Pasukan tarian ini di bawah pimpinan Teacher Norul Adha bt. Nordin

Ucapan Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn. Fauziah binti Sa’ad,
Aluan GB Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh untuk menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Fauziah binti Saad, Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh
atas ucapan itu tadi

Ucapan Daun semulur di pekan sari


perasmian Batang jerami rebah ke bumi
(Pn. Nornie) Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Kini, majlis mempersilakan pula, Yang dihormati Pn. Nornie binti Ismail, Yang Dipertua PIBG,
SK Tan Sri Awang Had Salleh untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari
Anugerah Cemerlang SKTSAHS 2023/2024.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan YDP)

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Pn. Nornie binti Ismail di atas ucapan perasmian
itu sebentar tadi.

Majlis memohon agar Pn. Nornie untuk terus berada di atas pentas, dan dijemput Pn. Fauziah bt.
Saad untuk bersama-sama ke atas pentas untuk mengiringi Pn. Nornie bagi sesi penyampaian
hadiah Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum.
Anugerah Hadirin yang dihormati,
Koku Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Acara dimulakan dengan Penyampaian Anugerah Bintang Sukan (L/P) 2023/2024 .


Anugerah Ikon Kokurikulum (L/P) 2023/2024

Anugerah Perintis Sukan dan Kokurikulum (L/P) 2023/2024

******** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Fauziah bt. Saad
atas kesudian menyampaikan anugerah sebantar tadi.

Cenderahati kpd Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai
perasmi penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Pn. Nornie bt. Ismail YDP
PIBG SKTSAHS di atas kesudian merasmikan majlis.
Graduasi Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Graduasi kepada murid-murid pra
Prasekolah sekolah, anak-anak pra sekolah akan tampil ke pentas untuk menyempurnakan majlis graduasi pra
sekolah.

Dengan itu, dijemput Yang dihormati En. Khusairi bin Hashim, NYDP PIBG SKTSAHS
Diiringi En. Mohd Fairus Naqim bin Hassan, Pen. Kokurikulum SKTSAHS untuk naik ke pentas
bagi menyampaikan sijil graduasi.

Penerima yang pertama ialah _____

************(Penyampaian hadiah).

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati En. Khusairi bin Hashim dan En. Mohd Fairus di
atas penyampaian sijil graduasi itu tadi.

Graduasi Tahun Hadirin yang dihormati,


6
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid tahun 6.
Bagi menyempurnakan majlis,
dipersilakan Yang dihormati En. Sugumaran a/l m katharasan, Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Pembangunan Bakat Murid, PPD Barat Daya

Diiringi En. Mohmad Nasir bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SKTSAHS untuk naik ke
pentas.

*************

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati En. Sugumaran dan En. Mohd Nasir di atas
penyampaian sijil graduasi tahun 6 sebentar tadi.

Persembahan 2 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


(Pra) Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, dengan menyaksikan satu persembahan yang di bawah
dari jauh, dari Mumbai India.
Mari sama-sama kita saksikan, persembahan tarian hindi dari anak-anak prasekolah. Dipersilakan.

************(Persembahan)
begitulah persembahan yang sangat mengujakan daripada anam-anak prasekolah kita sebentar tadi.
Persembahan itu tadi dibawah bimbingan Ummi Yanti bt. Nazri

Hadiah / sijil Hadirin sekalian,


kedudukan Warga cemerlang tersenyum manis
dalam kelas Hadir bersama ibu bapa wibawa
(tahap 1 dan 2) Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah cemerlang kedudukan dalam kelas dan mata
pelajaran terbaik bagi Tahap 1.

Dengan itu, majlis menjemput ______________________________________________

Diiringi _______________________________________________________________________

************(Penyampaian hadiah).

Majlis merakamkan ucapan terima kasih _______________________________________ atas


kesudian menyampaikan anugerah sebantar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah cemerlang kedudukan dalam kelas dan mata
pelajaran terbaik bagi Tahap 2.

Dengan itu, majlis menjemput ______________________________________________

Diiringi _______________________________________________________________________

************(Penyampaian hadiah).

Majlis merakamkan ucapan terima kasih _______________________________________ atas


kesudian menyampaikan anugerah sebantar tadi.

Persembahan 3 Sehabis merah daun yang sihat


(poem) Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Untuk meneruskan majlis, kita akan dipertontonkan sebuah persembahan Poem daripada pelajar
Nur Amira Husna bt. Ahmad Amir dan Marissa Rasyiqah bt. Nur helmy dari kelas 6 kreatif.

Dipersilakan.

************(Persembahan).
Terima kasih diucapkan persembahan poem itu tadi.
Persembahan Dua murid tersebut di bawah bimbingan cikgu Mohd rodzi bin A. Rashid

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,


Hari Anugerah Kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif
untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang
pendidikan.

Peningkatan Penyampaian Anugerah seterusnya adalah penyampaian anugerah cemerlang Peningkatan prestasi
prestasi Kelas Kelas Pemulihan Khas.
Pemulihan Khas
Dengan itu, majlis menjemput ______________________________________ ______ Untuk
menyempurnakan majlis.

********************************

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________ untuk


penyampaian anugerah itu tadi.

Sijil pengawas
Pengawas pss
Sijil PRS Dengan itu, majlis menjemput ______________________________________ ______ Untuk
menyempurnakan majlis.

********************************

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________ untuk


penyampaian anugerah itu tadi

Sijil ketua dan


penolong ketua
kelas,
Dengan itu, majlis menjemput ______________________________________ ______ Untuk
food safety menyempurnakan majlis.
squad.
********************************

Squad denggi
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________ untuk
Kehadiran penyampaian anugerah itu tadi
terbaik

Tokoh Murid Hadirin sekalian,


lelaki dan
perempuan Hadiah diatur tampak kemas,
Puan Fauziah senyum sekilas,
Tampillah puan ke atas pentas,
Menyempurnakan penyampaian anugerah khas.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berusaha Puan Fauziah binti Saad
dan Yang dihormati Pn. Nornie binti Ismail, YDP PIBG ke pentas untuk menyempurnakan
anugerah kemuncak kita pada hari ini.

Tokoh Murid Lelaki 2023/24


***** Baca biodata

------ Berarak masuk -------------------

Tokoh Murid Perempuan 2023/24


*****Baca biodata

---------- berarak masuk ----------------

Sekalung tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima anugerah tokoh murid dan kedua ibu bapa
mereka di atas kejayaan ini.

Persembahan 4 Hadirin sekalian, majlis kita diakhiri dengan sebuah persembahan koir daripada murid-murid
(Tahun 6) Tahun 6. Ini merupakan penampilan terakhir mereka sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Mereka akan menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Wahai Guruku dan memori tercipta .
Dipersilakan.

*** sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih, dipersilakan Aneesa Insyirah dan Nur Amira
Balqis mewakili rakan-rakan, menyerahkan sejambak bunga dan Gambar kenangan bersama Puan
Guru Besar.

Bersurai Dengan persembahan itu tadi, maka berakhirlah majlis Anugerah Cemerlang SK Tan Sri Awang
Had Salleh bagi Tahun 2022/23.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai


Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
serendah hati kemaafan dipinta.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. semoga dengan
penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta
menjadi contoh teladan kepada murid lain.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu
jemputan. Ahli jawatankuasa kerja Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tan Sri Awang Had Salleh
2022/23, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis.

Sekian, saya sudahi dengan lafaz, wabillah hitaufik wahidayah wassalamualaikum wbt.

Kita jumpa lagi. InshaAllah.

Anda mungkin juga menyukai