Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS ISRA’ MIKRAJ 2022/2023

Assalamualaikum pembuka bicara


Ahlan wasahlan kami ucapkan
Selamat datang kepada semua Majlis
Sambutan Isra’ Mikraj kita mulakan

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Yang Berusaha, En Saffie Bin Ismail, Guru Besar Sk Bandar Baru Sungai buloh, GPK Pentadbiran,Yang
dihormati, Pn Che Haslina Bt Che Abdul Hadi, GPK HEM,Pn Hainon Bt Mt Yusuf, GPK Ko-kurikulum, Pn
Norizan bt Dzulkifli Yang Berbahagia, Ustaz Khaidir Bin Othman Penceramah Jemputan kita pada pagi
ini,barisan guru, staff sokongan, anak-anak didik dan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Hadirin dan Hadirat sekalian, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin serta limpah
rahmat-Nya maka pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat berkumpul di sini, tidak lain dan tidak
bukan untuk menjayakan sambutan Isra’ dan Mikraj peringkat sekolah, pada tahun ini.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
UCAPAN

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha,
En Saffie Bin Ismail, Guru Besar SKBBSB, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan En Saffie sebentar tadi.

CERAMAH

Sidang hadirin dan hadirat sekalian, Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar dan
menghayati Ceramah Isra’ Dan Mikraj yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Khaidir Bin
Othman.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.


PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA
HARTA BANYAK PENUH ACUAN
KATA INDAH TIDAK TERKATA
BICARA BERNAS JADI PANDUAN

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Khaidir Bin Othman. Semoga kita semua dapat
mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA

Hadirin sekalian Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berusaha, En Saffie Bin Ismail, Guru Besar SKBBSB diiringi Ustaz Zawani Bin Mat Arifin Ketua Panitia
Pendidikan Islam untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Ustaz
Khaidir Bin Othman.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Saffie atas penyampaian cenderahati itu tadi.

PENUTUP

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis. Pada kesempatan ini, saya mewakili
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Ustaz Khaidir Bin Othman kerana
sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Ditutup Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi, dengan mempersilakan Yang
Berusaha En Saffie Bin Ismail untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz untuk ke kantin bagi menikmati
sedikit hidangan.

Saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wassalam mualaikum warohmatullahhi wabarokatuh......

Anda mungkin juga menyukai