Anda di halaman 1dari 2

TEKS MAJLIS KHATAM 2021

Perarakan Mengumumkan perarakan masuk murid Khatam ke majlis.


masuk murid
Khatam

Perarakan Mengumumkan perarakan masuk Encik Abdul Nasser Encik Abdul Nasser bin Mohd
masuk Yatib,Yang Dipertua PIBG SUPERB diiringi Pengetua Superb masuk ke dewan.
Pentadbir

Nyanyian Mohon para hadirin berdiri untuk nyanyian Asma Al-Husna.


Lagu Asma Al-
Husna

Aluan Bismillahirrahmanirrahim..
Pengerusi Assalamualaikum...WBT
Majlis
9.15 AM Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang Berbahagia, Encik Abdul Nasser bin Mohd Yatib,Yang Dipertua PIBG
SUPERB
2. Yang Berusaha, Pengetua SUPERB, Datin Rahimawati binti Ibrahim
3. Dif-dif jemputan,
4. Yang Berusaha, Barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru serta para calon SPM yg
dikasihi sekalian.

Majlis mengucapkan selamat datang ke MAJLIS KHATAM AL-QURAN TINGATAN 5 TAHUN 2021

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk
kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, bagi satu lagi majlis yang indah, iaitu bagi
menghargai dan mengiktiraf serta pendedahan kepada umpulan pelajar yang telah khatam hafazan
Al-Quran, serta untuk memohon pertolongan Allah bagi anak-anak SUPERB yang akan menduduki
peperiksaan SPM tahun ini.

Majlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih sekali lagi hari ini kepada YDP PIBG Encik Abdul
Nasser bin Mohd Yatib,Yang Dipertua PIBG SUPERB diatas kesudian melapangkan masa untu
hadir melengkap dan menyerikan lagi majlis yang mulia ini.

Hadirin sekalian,
Bacaan doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat darinya. Untuk itu, majlis mempersilakan __________________
untuk memimpin bacaan doa.
10.00 AM Dipersilakan...
***Bacaan doa***
amin ya-rabbal ‘alamin……

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz ______________________ atas pimpinan
bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini mendapat rahmat hingga ke
penghujungnya.

Majlis Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Khalifah Khatam,_________________________


Khatam untuk memulakan majlis khatam.dipersilakan..
Bermula

Ucapan
Penutup Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Penyelaras Tingkatan 5,
Ustaz Izzul Islam bin Said bagi menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan..
***
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Izzul Islam atas ucapan beliau sebentar tadi.

Penutup, Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai ke penghujungnya, semoga majlis pada hari ini dapat
Jamuan, mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita disamping memberi dorongan dan galakan semangat
bersurai. kepada para calon SPM untuk lebih bersungguh-sungguh menduduki peperiksaan.
Kami mohon maaf andai ada tersilap kata tersalah tutur bicara. Sekian, terima kasih dan
assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai