Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Bil QUE TEKS

1 Majlis Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita


Bermula pada hari ini,saya memohon agar semua hadirin dapat
memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan
sebentar lagi. Terima kasih.

2 Ucapan Melati kuntum tumbuh melata


Aluan Sayang merbah dipohon cemara
Pengerusi Assalamualaikum mulanya kata
Majlis Saya sembah pembuka bicara

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat diberi,
Diucapkan puji-pujian ,Kepada Allah Rabbul Izzati
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Yang Berbahagia, al- fadil Ustaz Wan Ahmad Salahuddin


bin Wan Ahmad Rafaii, penceramah sempena israk mikraj
tahun ini

Yang Berusaha, En. Mohd Fauzi Bin Mohd Ramli, Pengetua


SMK Bawong

Barisan Pentadbir SMK Bawong


Barisan Guru Kanan SMK Bawong
Semua Warga Pendidik SMK Bawong
Seterusnya, rakan-rakan murid yang dikasihi sekalian

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah dan kurniaNya, pada hari yang penuh barakah ini,
kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul, di
Majlis Sambutan Israk Mikraj yang dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Islam SMK Bawong bagi tahun 2023/24

3 Bacaan Doa Menadah tangan pohon perkenan


agar majlis berjalan lancar
al-fatihah kita lafazkan,
apa dihajat moga terpancar.
Bagi memberkati majlis pada hari ini , majlis dengan segala
hormatnya ,mempersilakan Ustaz Mohamad Azrie Aizuddin
bin Mohamad untuk menyempurnakan bacaan doa Bersama
doa bagi jamuan makan petang ini.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Bacaan Doa Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat


Tamat keberkatan Robbul izzati.

Dijemput semua hadirin untuk menikmati jamuan makan malam


yang telah disedia.

4 Tazkirah Alhamdulliah atas rezeki jamuan makan malam ini. Untuk


ringkas makluman, pada sebelah pagi hari ini, kita baru sahaja
menyelesaikan program amali sembelihan dan pembersihan
ayam sebanyak 30 ekor. Hasilnya dapat kita sama-sama
nikmatinya pada jamuan sebentar tadi.

Bagi mengisi masa sebelum kita sama-sama solat magrib


berjemaah, marilah kita sama-sama meminjamkan telinga untuk
mendengar tazkirah ringkas daripada guru yang kita semua
sayangi, Ustaz Mohamad Azrie Aizuddin bin Mohamad,
dipersilakan

solat
5
Bismillah, kita sambung semula program kita pada hari ini

Tak molek alu jika tiada lesungnya,


Tak berguna dayung jika tiada perahunya,
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,

Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan


Yang Berbahagia, al- fadil Ustaz Wan Ahmad Salahuddin
bin Wan Ahmad Rafaii, penceramah sempena israk mikraj
tahun 2024. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Ucapan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada al- fadil


Tamat Ustaz Wan Ahmad Salahuddin bin Wan Ahmad Rafaii atas
ceramah yang sangat baik sebentar tadi.
Penyampaian cenderahati

6 Penutup Dengan itu, maka berakhirlah majlis penutup Israk Mikraj


2024. Saya bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi menjayakan majlis penutup Israk mikraj 2024

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian puteri-puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia wabillahitaufik


wal hidayah assalmualaikum w.b.t…..

Dijemput semua hadirin untuk mendirikan solat isyak berjemaah,


insyaallah.

Anda mungkin juga menyukai