Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA : Pelancaran Program Ihya Ramadhan

Tarikh : 13 MAC 2024


Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan D lela,SKDSM

Bismillahirrahmanirrahim.
1
Ucapan Alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t,
Salam sejahtera, dan
Salam Maju Johor .

Yang Berusaha Tn Hj Abd Rahim bin Kasdi


Guru besar SK Dato’ Seri Maharajalela.

Yang Dihormati Cikgu Haziati binti Hamdan


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Cikgu Nor Razita binti Ab Rahman


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,

Yang Dihormati Cikgu Nurulisma binti Duniat


Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya
Barisan guru, , murid-murid, yang dirahmati Allah
sekalian.

Untuk pengetahuan semua bulan Ramadhan


merupakaan bulan yang Istimewa buat umat
Islam.Bahkan ia juga merupakan bulan yang
dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin,
datangnya dinantikan perginya ditangisi oleh para
sahabat dan mukmin. Maka rugilah mereka yang
tidak menggunakan kesempatan yang diberikan
oleh Allah untuk berada dalam bulan yang mulia ini
dengan sebaik mungkin.

Matlamat utama Program Ihya Ramadhan ini


adalah menjana dan menyelaras Pembangunan
modal insan agar semua warga sekolah dapat
menghayati Ramadhan serta meningkatkan
keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti agar
cita-cita melahirkan generasi khaira ummah
tercapai.

Hadirin yang dimuliakan,


2
Bagi memberkati Majlis pada pagi yang
berbahagia ini, marilah sama-sama kita bermunajat
Bacaan doa ,memohon rahmat , mengaminkan doa ke hadrat
Allah SWT.

Justeru itu dijemput Ustaz Ma’asom bin Mansor


untuk menzahirkan bacaan doa.

Dipersilakan.

*********** (Doa)*********8
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Ustaz Ma’asom bin
Mansor atas bacaan doa itu tadi.

3 Hadirin yang budiman,


Ucapan aluan oleh Meneruskan agenda pada pagi ini, majlis dengan
Ketua Panitia segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Agama Islam Ustazah Asnah binti Othman , Penyelaras Program
Ihya’ Ramadhan 2024 SK Dato’ Seri Maharajalela
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

------ Ucapan Penyelaras Program ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Ustazah Asnah binti Othman
atas ucapan itu tadi.

Hias cempaka di pohon turi,


4 Jangan tertimpa daun kuini;
Perasmian Sudilah tuan tampil ke mari,
Program Ihya’ Mohon rasmikan majlis ini.
Ramadhan
Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Abd Rahim
bin Kasdi GB SK Dato’ Seri Maharajalela untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis kita pada pagi ini.

Dengan penuh hormat dan takzimnya dipersilakan.

*****Ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn


Hj Abd Rahim bin Kasdi GB SK Dato’ Seri
Maharajalela atas ucapan dan perasmian sebentar
tadi.

Dengan persempahan gimik pelancaran itu tadi


maka rasmilah program Ihya’ Ramadhan selama 1
bulan bermula 13 Mac 2024 sehingga 4 April 2024
nanti.

Hadirin yang dihormati

5
Penutup Selesailah sudah majlis perasmian Program Ihya’
Ramadhan 2024 pada hari ini. Pihak majlis sekali
lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha tuan Guru Besar , Barisan
Pentadbir ,semua guru dan murid-murid sekalian
kerana telah memberi kerjasama bagi menjayakan
program pada pagi ini.

Terbang sekawan burung kenari,


Meredah sawah di malam gelap;
Kami menyusun sepuluh jari,
Andai ada salah dan silap.

Sekian Wabillahi taufik wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai