Anda di halaman 1dari 5

ACARA TEKS PENGACARAAN

Ucapan alua- Bismillahirrahmanirrahim,


aluan Alhamdulillahirabbilalamin,
Pengacara Wassolatuwassalamu ala asyrofil ambiyaiwal mursalin,
Majlis Waala alihi wasohbihi ajmain,

1. Yang berbahagia , Prof Emerita Puan Sri Dato’ Dr Hjh


Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim (ahli Lembaga
pengelola maahad imtiyaz ilmuan ulul albab banting))
2. Yang dikasihi, Puan Hjh Rosnani binti Hamid (pengetua
maahad imtiyaz ILMU
3. Yang dihormati, al-fadhil ustaz Amin Hafizuddin bin
Zahari selaku guru penolong kanan maahad imtiyaz
ilmu.
4. Yang berusaha, al-fadhil ustaz Abdul Hadi bin Ayob
selaku ketua unit BADAR ILMU.
5. Yang dikasihi, barisan guru-guru serta para pelajar
sekalian.

Assalamualaikum wbt.

Lembut bicara mengucapkan salam,


Tangan dihulur penuh kemesraan,
Majlis bermula bersulamkan kalam,
Ahlan wasahlan kami ucapkan.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum ila majlis khotmul quran.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah Yang Maha Tinggi kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan Hasrat
untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat
direalisasikan melalui program-program sebegini.
Bacaan Doa Zikir Munajat Pembersih Jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini saya menjemput


saudara Muhd Anas bin Abdul Rahman bagi memimpin
bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

-Bacaan Doa-

Amin amin yarobbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada


saudara anas di atas bacaan doa itu tadi.

Pengenalan -ayat quran- m/s 28


Program Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk dan membezakan
antara yang benar dan salah.
Bersempena bulan turunnya alquran, bulan Ramadhan ,pihak
BADAR melaksanakan pelbagai program bagi menghidupkan
bulan yang mulia ini seperti tadarus alquran, tazkirah
Ramadhan, sumbangan amal jariah Ramadhan dan majlis
khatam alquran.

Ucapan Hadirin sekalian,


Ketua Unit Seterusnya majlis mempersilakan yang berusaha ustaz Abdul
Badar Hadi bin Ayob ,ketua unit BADAR ILMU merangkap pengarah
program ihya ramadhan bagi menyampaikan ucapan alu-
aluan

Falyatafaddol masykuro

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan


alua-aluan itu tadi

Ucapan Hadirin sekalian,


pengetua Seterusnya majlis mempersilakan yang dihormati Bonda Hjh
Rosnani binti Hamid ,pengetua maahad imtiyaz ilmu bagi
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Khatam
Al Quran pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan


bonda sebentar tadi

Penyampaian Seterusnya majlis menjemput Bonda Rosnani Bt Hamid selaku


hadiah imam pengetua diiringi oleh Ustaz Amin Hafizuddin guru penolong
kanan bagi menyampaikan saguhati kepada para penerima.

Yang pertama unit ICT. Unit ICT telah membantu dalam


penyediaan teknikal, poster dan hebahan di media sosial.
Dijemput

Seterusnya saguhati bagi imam terawih sepanjang bulan
Ramadhan.
Dipersilakan ustaz

Kini sudah tiba masa yang dinanti-nantikan bagi


mengumumkan anugerah imam tarawih terbaik. Antara
aspek yang dilihat adalah dari segi bacaan yang bertajwid,
fasohah dan hafalan yang lancar.
Anugerah imam tarawih terbaik Ramadhan tahun ini jatuh
kepada…

Seterusnya, dijemput imam-imam tarawih..

Terima kasih diucapkan kepada Bonda Rosnani dan Ustaz


Amin atas penyampaian saguhati sebentar tadi.

Penyampaian Majlis menjemput Ustaz Amin diiringi ustaz Abdul Hadi untuk
hadiah bilal menyampaikan saguhati kepada bilal tarawih.
Bacaan yang jelas, suara yang lantang dan keyakinan yang
tinggi merupakan ciri-ciri yang dilihat untuk pemilihan bilal
terbaik bagi Ramadhan tahun ini.
Bilal terbaik tahun ini jatuh kepada..
Seterusnya dijemput bilal-bilal tarawih…

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Amin dan Ustaz Abdul


Hadi atas penyampaian saguhati itu tadi.

Penyampaian
hadiah
tadarus

Kini dijemput ustaz Abdul Hadi diiringi ustazah Syaima’ bagi


meyampaikan saguhati kepada peserta tadarus dan tahlil
arwah Imtiyaz ILMU 2021.
Dijemput ustaz ustazah

Terima kasih diucapkan kepada ustaz Abdul Hadi dan ustazah
Syaima’ atas penyampaian saguhati itu tadi.

penutup Alhamdulillah
majlis kita sudah sampai di penghujungnya. Terima kasih
diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
majlis kita pada petang ini sama ada secara langsung
mahupun tidak. Moga kita semua memperoleh keberkatan
daripadaNya, Inshaallah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang


bagi program ihya’ Ramadhan sama ada dalam bentuk wang,
makanan, barang-barang dan tenaga . Semoga Allah
membalas segala pemberian dengan sebaik-baik ganjaran.

Majlis juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada


unit badar imtiyaz ILMU kerana telah menganjurkan program
ihya’ Ramadhan bagi tahun ini.

Semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan


dikurniakan ganjaran sewajarnya daripada Allah.

Dikesempatan ini saya ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita mengakhiri majlis dengan membaca


tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Sekian wabillahi taufik walhidayah wasalamu alaikum


warahmatullahi wabarakatuh . wafi amanillahi taala
wailalliqa’.maassalama

Anda mungkin juga menyukai