Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirahim… Assalamualaikum wbt…

Yang berusaha, Puan Fauziah bt. Saad, Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh,

Yang dihormati, En. Mohmad Nasir bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Khodijah bt. Hassan, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,

En. Mohd Azan bin Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru, seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid SKTSAHS sekalian..

Ahlan wah sahlan wamarhaban bikum, ila majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan
generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa

Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan _________________________________________ untuk memimpin bacaan


doa... dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita
mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Fauziah bt. Saad, Guru Besar SKTSAHS,

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan..... Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis kita diteruskan dengan majlis bacaan yasin dan tahlil. Dengan itu
dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Anis bin Ab Ghani untuk memimpin bacaan Yassin dan
Tahlil. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini..

#########

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.Namun, majlis kita
masih belum selesai.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran bagi murid-murid Tahun 6
yang telah selesai mengkhatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang
berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga untuk
menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Yakin untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Jaya untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Usaha untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Gigih untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Maju untuk menerima sijil


Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad menyampaikan tanda hati kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah,
Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini .Dipersilakan.

#########

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad atas kesudian
menyampaikan tanda hati sebentar tadi.

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli


Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Qur’an Program j-QAF Tahun 2012, ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua
akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Anda mungkin juga menyukai