Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

MASJID AS-SYAKIRIN GABUNGAN BERSAMA


SK SERI AMAN & SEKOLAH AGAMA AL-FALAH
PERINGKAT FELDA BUKIT APING BARAT
1436 H/ 2015 M
(ALU-ALUAN)
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang Berbahagia Tn Syeikh Hj Mohd Fauzi bin Bachuk, Qadhi Daerah Kota Tinggi,
Yang Berusaha En Mohd Sobri b Mohd Zain, Pengurus Felda BukitAping Barat,
Yang Dihormati, Tn Hj Husin bin Jaafar, Ketua Kampung Felda Bukit Aping Barat,
Jawatankuasa Masjid As-Syakirin, Kakitangan Felda & Technoplant,
Guru-guru Sk Seri Aman, Guru-guru Sek Agama Al-Falah, GPW, GENERASI, BELIA,
Ketua-ketua Blok,
Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah Sekalian.




Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan
Maulidur Rasul Masjid As-Syakirin Gabungan Bersama Sk Seri Aman & Sekolah Agama AlFalah Peringkat Felda Bukit Aping Barat 1436 H bersamaan 2015 M pada pagi yang mulia
ini.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta
keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur
Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengembalikan ingatan kita umat
akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan
mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang,
menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan
Maulidur Rasul ini ialah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar
diteruskan, InsyaAllah.
(BACAAN DOA)
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha Esa
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz Hj Zainal Bin Zainodin untuk
membacakan doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
(bacaan doa)
Amin, Ya Rabb al-Alamin.
Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar
dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
(BACAAN BERZANJI &MARHABAN)
Majlis pada pagi yang indah ini akan diteruskan lagi dengan memperdengarkan bacaan
berzanji & marhaban yang akan diketuai oleh Hj Rohani bin Harun dengan jawatankuasa
Masjid As-Syakirin. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Hj Rohani bin Harun dengan jawatankuasa Masjid AsSyakirin atas bacaan berzanji & marhaban sebentar tadi.

(BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN)


Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan
disampaikan oleh Hjh Habsah binti Untung. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Hjh Habsah atas bacaan ayat suci al-quran sebentar tadi.

(UCAPAN ALU - ALUAN)


Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati
Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
En. Mohd Sobri B Mohd Zin, Pengurus Felda Bukit Aping Barat, untuk menyampaikan
ucapan alu- aluan.
Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan alu-aluan yang
disampaikan tadi.
(CERAMAH)
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT sekalian,
Majlis pada hari ini akan diteruskan dengan ceramah sempena sambutan maulidurrasul.
Di harap semua hadirin dan hadirat dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada
ceramah yang akan disampaikan sebentar lagi.
Tanpa membuang masa saya menyerahkan majlis kepada Yg Berbahgia Tn Syeikh Hj Mohd
Fauzi Bin Bachuk, Qadhi Daerah Kota Tinggi untuk menyampaikan ceramah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahgia Tn Syeikh Hj Mohd Fauzi Bin Bachuk atas
ceramah yang disampaikan sebentar tadi.
Diharap segala input yang disampaikan tadi dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran
kepada murid-murid sekalian. Marilah sama-sama kita pada bulan yang mulia ini
menanamkan azam yang lebih baik agar mendapat syafaat daripada Allah s.w.t.
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu
Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah pada hari ini pihak majlis mempersilakan
yang berbahagia En Mohd Sobri bin Mohd Zain untuk menyampaikan cenderahati sebagai
tanda terima kasih kepada penceramah.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan:
Yg Berbahgia Tn Syeikh Hj Mohd Fauzi Bin Bachuk untuk menerima cenderahati.
dipersilakan.

(PENYAMPAIAN HADIAH)
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Dengan ini dijemput__________________________________ untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
Penyampaian hadiah di mulakan dengan pertandingan :
Tulisan Khat
Hafazan
Mewarna
Tilawah.

Terima kasih di ucapkan kepada ___________________________- kerana sudi


menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Seterusnya, majlis menjemput Yang dihormati Tn Hj Husin bin Jaafar untuk mengiringi En
Mohd Sobri bin Mohd Zain untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Penyampaian hadiah yang seterusnya adalah untuk penerima
Pangkat 1 (darjah Khas)
Cenderamata Perarakan.

Terima kasih di ucapkan kepada En Mohd Sobri bin Mohd Zain kerana sudi menyampaikan
hadiah kepada pemenang.

(BERSURAI)
Selesailah sudah Majlis Perasmian Sambutan
Maulidurrasul pada hari ini.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara

Majlis dengan hormatnya menjemput dif-dif Vip ke meja jamuan untuk menikmati hidangan
juadah yang telah disediakan.
Sebelum bersurai marilah sama-sama kita membaca surah Al-Asr dan tasbih Kafarah.
Wabilahitaufiq.....................................................................

Anda mungkin juga menyukai