Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURUACARA MAJLIS APRESIASI GBK WILAYAH PUDU 2018

JURUACARA: CIK NORSHAMSHENA BT. DAUD (SMK TAMAN MALURI)

PERKARA SKRIP PENGACARA TINDAKAN


PENGUMUMAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum memulakan SHEENA
majlis pada hari ini, ada beberapa pengumuman untuk hadirin
semua iaitu:

1. Mohon telefon bimbit dimatikan atau dalam keadaan


mode senyap
2. Hadirin tidak dibenarkan keluar masuk dewan tanpa
sebarang urusan
3. Hadirin dimohon untuk berada di dalam dewan
sehingga selesai majlis

UCAPAN ALUAN Bismillahirrahmanirrahim…. SHEENA

Yang Dihormati,
En. Rofii B. Hussein
Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid
Jab Pendidikan Wilayah Persekutuan K.Lumpur

Yang Berusaha,
Pn. Hanita bt. Ahmad Basri
Penyelia Kanan Bimbingan & Kaunseling,
Jab Pendidikan Wilayah Persekutuan K.Lumpur

Yang Berusaha,
En. Rohaidatul Akmal B. Rosedi
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Bimbingan & Kaunseling,
Pej Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu

Yang Berusaha,
En. Mohd Khairul B. Ramli,
Pengarah Mind Training Motivation

Yang Berusaha
En. Mohd Azni B. Abu Hassan
Pengerusi JK Guru Bimbingan & Kaunseling Wilayah
PUDU

Yang Berusaha,
Barisan JK Guru Bimbingan & Kaunseling Wilayah
PUDU (SUBZON C) dan seterusnya rakan-rakan guru
Bimbingan & Kaunseling wilayah Pudu yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum w.t. b dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan rahmat dan kurniaNya dapat kita bersama-sama
berkumpul di dalam dewan yang serba indah ini untuk
menjayakan Majlis Apresiasi Guru Bimbingan dan
Kaunseling Wilayah Pudu K. Lumpur.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih buat sidang


hadirin sekalian atas kesudian meluangkan masa untuk
hadir ke majlis ini…Khasnya kepada En. Rofii B.
Hussein.

BACAAN DOA Sidang hadirin yang dihormati SHEENA

TAK SURE ADA X Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu , majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
_____________________________________________
untuk memimpin dan melafazkan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….
(bacaan doa)

Alhamdulillah semoga majlis kita pada hari ini mendapat


keberkatan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada
____________________________________atas
bacaan doa sebentar tadi.

PENGENALAN Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang SHEENA


dimuliakan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk


mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Selain
itu, majlis ini diadakan juga untuk memantapkan
pengetahuan kita dalam bidang kaunseling serta
menghargai sumbangan rakan-rakan guru kaunseling
yang telah memberikan komitmen sepanjang
menjalankan perkhidmatan mereka pada tahun ini.

UCAPAN Sidang majlis yang dihormati sekalian,


PENGERUSI
MGK PUDU Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

Yg berusaha En. Mohd Azni B. Abu Hassan


Pengerusi JK Guru Bimbingan & Kaunseling Wilayah
PUDU

Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

( ucapan )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Mohd Azni b. Abu Hassan atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PN Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


LIEW
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kita akan
kehilangan seorang rakan kerana beliau telah dinaikkan
pangkat sebagai PK HEM di SMK Perempuan Jalan
Ipoh. Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih
kepada beliau kerana masih sudi untuk meluangkan
masa bersama-sama kita pada hari ini. Tanpa
melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Pn. Liew Siew Fong untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Liew Siew Fong atas


ucapan sebentar tadi. Kami mendoakan agar Pn. Liew
Siew Fong akan terus maju jaya dalam bidang baru yang
akan diceburi nanti.

UCAPAN VIP Sidang majlis yang dirahmati lagi dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim


mempersilakan...

Yang Dihormati
En.Rofii B. Hussein
Pen. Pengarah Unit Hal Ehwal Murid
Jab. Pendidikan Wilayah Persekutuan K.Lumpur
Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

( ucapan )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Rofii atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


DUIT
KEBAJIKAN Kita akan teruskan majlis pada hari ini dengan
penyampaian duit kebajikan.

Untuk itu, dijemput


En. Rohaidatul Akmal B. Rosedi
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Bimbingan & Kaunseling,
Pej Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu

untuk menyempurnakannya. Dengan segala hormatnya


dipersilakan.

Kita mulakan dengan menjemput :

1.

2.

3.

4.

5.

Terima kasih diucapkan kepada

____________________________________________

PENYAMPAIAN Seterusnya ialah penyampaian cenderamata kepada rakan kita


CENDERAMATA yang akan berpindah. Untuk itu dipersilakan:
KPD GBK YANG
BERPINDAH Pn. Hanita bt. Ahmad Basri
Penyelia Kanan Bimbingan & Kaunseling,
Jab Pendidikan Wilayah Persekutuan K.Lumpur

Majlis mempersilakan ______________________.


Untuk menerima cenderamata.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hanita atas kesudian


menyempurnakan acara penyampaian cenderamata tersebut.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata untuk


CENDERAMATA AJK Karnival Kerjaya Negeri:
AJK ZON
(KARNIVAL Dipersilakan:
KERJAYA
NEGERI) 1.

2.

3.

4.

5.

PENYAMPAIAN Seterusnya penyampaian hadiah untuk Program ‘Team


HADIAH Building’. Dipersilakan
PROGRAM
“TEAM En. Rofii B. Hussein
BUILDING’ Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid
Jab Pendidikan Wilayah Persekutuan K.Lumpur

Untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah

Terima kasih diucapkan kepada …………..

JAMUAN Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, kita teruskan


majlis kita dengan menikmati makanan yang telah
disajikan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

1. En. Rofii
2. Pn. Hanita
3. En. Rohaidatul Akmal
4. En. Khairul
5. Rakan2 Guru Bimbingan & Kaunseling

CABUTAN Seterusnya kita beralih pula ke acara cabutan bertuah.


BERTUAH

En. Rofii B. Hussein


Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid
Jab Pendidikan Wilayah Persekutuan K.Lumpur

Pn. Hanita bt. Ahmad Basri


Penyelia Kanan Bimbingan & Kaunseling,
Jab Pendidikan Wilayah Persekutuan K.Lumpur

En. Rohaidatul Akmal B. Rosedi


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Bimbingan & Kaunseling,
Pej Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu

En. Mohd Khairul B. Ramli,


Pengarah Mind Training Motivation

PERTUKARAN Seterusnya dijemput


HADIAH ____________________________________________
untuk mengendalikan acara pertukaran hadiah.
Dipersilakan.

(acara pertukaran hadiah)

Terima kasih diucapkan kepada …………………

PENYAMPAIAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


CENDERAHATI Yang dihormati En. Rofii
kerana sudi menyempurnakan sesi
__________________________. Sebagai tanda penghargaan,
majlis mempersilakan

Yang Berusaha En. Mohd Azni B. Abu Hassan


Pengerusi JK Guru Bimbingan & Kaunseling Wilayah
PUDU
untuk menyampaikan cenderahati buat Yang Berbahagia En.
Rofii bin Hussain. Dipersilakan

UCAPAN Tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin dan hadirat yang dikasihi


PENUTUP sekelian,

Begitulah tadi berakhirnya majlis kita pada hari ini. Sekali lagi
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
yang sudi hadir pada hari ini. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada

En. Mohd Khairul B. Ramli,


Pengarah Mind Training Motivation

Atas kesudian memberikan sumbangan untuk menjayakan


majlis pada hari ini

Pergi ke dusun menjolok kelapa,


Kelapa muda tidak berisi;
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Hadirin yang dihormati sekalian, SHEENA


UCAPAN
PENUTUP Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah dan yang
buruk daripada saya sendiri dan untuk itu saya selaku
pengacara majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan semasa
mengendalikan majlis ini. Kita tangguhkan majlis kita pada
hari ini dengan bacaan sural Al Asr dan tasbih Kafarah.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai