Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN PKPPD DAN

INTERVENSI JURANG SES PPD KOTA BHARU BERSAMA-SAMA PPD


KERAMAT DAN SEKOLAH
BI SKRIP CATATAN
SEGMEN
L
1 Mukadimah
Bismillahirrahmanirrahim…….

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Sejahtera, Salam Ukhwah Muhibbah dan
Salam Selamat Datang diucapkan kepada semua
barisan tetamu-tetamu pada hari ini.

Yang Dihormati, Tn Hj Saipul Bahri Ab Manaf,


Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu,

Yang Dihormati, Puan Nur Asiah binti Che Lah,


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Keramat,

Yang Berusaha Pn. Rohimah binti Mamat,


Pengetua SMK Setapak Indah

Pegawai Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah


Kota Bharu dan Pegawai Pegawai dari Pejabat
Pendidikan Daerah Keramat,

Pn. Hanimah binti Mohammad, Penolong Kanan


Pentadbiran,
Pn. Norzihan Idris, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Pn. Azlina binti Muhammad,Penolong Kanan
Ko-Kurikulum,
Barisan Ketua-Ketua Bidang, 
Serta Hadirin Yang Dirahmati Allah Sekalian.
Sebagai pembuka bicara,sekali lagi kami ingin
mengucapkan selamat datang kepada para tetamu
ke SMK Setapak Indah. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
PPD kerana memberikan kepercayaan kepada
kami untuk melaksanakan PROGRAM
Ucapan JARINGAN DAN JALINAN PKPPD DAN
2 Selamat INTERVENSI JURANG SES
datang
PPD KOTA BHARU BERSAMA-SAMA PPD
KERAMAT DAN SEKOLAH SMK
SETAPAK INDAH. Semoga dengan kehadiran
tuan puan dapat memberi perkongsian yang lebih
bermakna kepada sekolah kami.

Hadirin yang dihormati, bagi memberkati


program lawatan pada pagi yang mulia ini,
dijemput al fadhil USTAZ LUQMANUL
3 Bacaan Doa
HAKIM BIN FARIS TAMTHIL untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

4 Ucapan
Pengetua Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil ustaz
atas bacaan doa sebentar tadi. Moga dengan
bacaan doa itu tadi Allah s.w.t memberkati
program kita pada pagi ini.

Hadirin sekalian, bagi meneruskan acara kita


pada pagi ini, dijemput Puan Pengetua SMK
Setapak Indah, Pn Rohimah binti Mamat untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.  
****** Terima kasih diucapkan atas ucapan alu-
aluan daripada Puan Pengetua sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian, sesi


seterusnya kita akan teruskan dengan sesi
pembentangan. Sambil kita mendengar Sesi
pembentangan sebentar lagi, para tetamu juga
dijemput untuk menjamah juadah hidangan yang
disediakan.

Seterusnya, dipersilakan Puan Nur Asiah binti


Che Lah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pembentangan Keramat,
5
PPD Keramat untuk sesi pembentangan dari pihak PPD
Keramat. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Asiah


binti Che Lah atas pembentangan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Pembentangan
6 Seterusnya, dipersilakan Puan Rohimah binti
Pengetua
Mamat sekali lagi untuk sesi pembentangan
seterusnya. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

7 Sesi Q&A
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan
Rohimah binti Mamat atas pembentangan
sebentar tadi. Moga dengan pembentangan beliau
tadi dapat memberikan gambaran yang lebih jelas
kepada pihak tuan-tuan tentang Program SES
yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021 dan
2022 di sekolah ini.

Hadirin yang  dihormati, seterusnya program pagi


ini tidak akan lengkap tanpa sesi soal jawab.
Acara seterusnya dibuka untuk Sesi Soal jawab.

Hadirin yang dihormati, bagi menyempurnakan


PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN
PKPPD DAN INTERVENSI JURANG SES
pada hari ini, dengan penuh takzim
8 Ucapan Balas mempersilakan Yang Dihormati Tn Hj Saipul
Bahri Ab Manaf, Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Bharu, untuk memberikan ucapan balas.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

9 Penutup
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Saipul
Bahri Ab Manaf di atas ucapan balas dari beliau
sebentar tadi. Sempurnalah sudah Program kita
pagi ini dengan ucapan balas itu tadi.

Seterusnya, sebagai tanda kenangan dan ucapan


terima kasih kami, dijemput Yang Berusaha Puan
Pengetua untuk menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan kepada Tn Hj Saipul Bahri Ab
Manaf. Dipersilakan.

**** Terima kasih diucapkan kepada Puan


Pengetua.

Hadirin sekalian, berakhirlah sudah PROGRAM


JARINGAN DAN JALINAN PKPPD DAN
INTERVENSI JURANG SES PPD KOTA
BHARU BERSAMA-SAMA PPD KERAMAT
DAN SEKOLAH pada pagi ini.
Sekali lagi diucapkan ribuan Terima Kasih
kepada barisan para tetamu yang melawat SMK
Setapak Indah hari ini. InsyaAllah kami akan
cuba memperbaiki lagi dan menjadikan
perkongsian dari pihak Tuan-tuan sebagai
panduan agar dapat menjadikan SMK Setapak
Indah sebagai sebuah sekolah yang cemerlang.
InsyaAllah….

Che siti bersiar bersama putera,


Bersiar siar di tengah kota,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari di susun maaf dipinta.

Niat di hati ke Pekan Sari,


Singgah sebentar di Pantai Puteri,
Selesai sudah tugas di beri,
Di lain masa bersua kembali.

Maka dengan ini saya akhiri majlis pada pagi ini


dengan ucapan Wassalamualaikum w.b.t. Sekian,
terima kasih.  

Anda mungkin juga menyukai