Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA HARI PENETAPAN TARGET

( 09 & 11 July 2017)


CUE PERKARA CATATAN

1. Assalamualaikum warahmatullah hi wabaraktuh

2. Yang Berusaha:

a. EN YUSRI BIN BAPPU, PENGETUA SMK HOSBA

b. EN MAZLIN BIN MAT, PEN. KANAN PENTADBIRAN

c. PN HJH FARIDAH BINTI OTHMAN, PEN KANAN HAL


EHWAL MURID

d. PN NORRIDA BINTI ABDUL RASHID, PEN KANAN HAL


EHWAL MURID

e. GURU-GURU KANAN,

f. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS DIALOG PRESTASI,

g. GURU-GURU TINGKATAN 5

h. PARA WARIS DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI


SEKALIAN.

3. Salam ukhwah dan selamat hari raya maaf zahir dan batin, kami warga

hosba meraikan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, untuk sama - sama

menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu “Majlis Dialog

Prestasi” bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

4.
Cantiknya burung cenderawasih,
Terbang sekawan di hari petang,
Kami ucapkan terima kasih
Kepada hadirin yang sudi datang
5. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

“Majlis Dialog Prestasi” ” ini lebih menumpukan perbincangan prestasi

terhadap mata pelajaran yang diambil oleh pelajar-pelajar. Dengan itu,

pihak waris akan lebih jelas tentang subjek tersebut dan berbincang

bersama-sama guru tentang usaha-usaha untuk mencapai sasaran dalam

setiap mata pelajaran terutama aspek kelemahan pelajar dan

penambahbaikan untuk mencapai sasaran tersebut.

6. Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah

sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan

dibacakan oleh Ustaz Mohd Alwi bin Shabudin.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

******************DOA************************************

7. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Ustaz Mohd Alwi bin Shabudin atas bacaan doa itu tadi.
8. Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan yang bakal disampaikan

oleh Yang Berusaha Encik Yusri bin Bappu selaku Pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Hosba

Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua.

****************(UCAPAN)**********************************

9. Begitulah berakhirnya ucapan yang begitu padat berinformasi buat

renungan dan panduan kita semua. Jutaan terima kasih diucapkan kepada

Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan.

10.

Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog para waris bersama

para guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan mendapat keputusan

peperiksaan pertengahan tahun anak tuan-tuan dan puan-puan bagi tahun

2017. Selepas itu, tuan-tuan dan puan-puan boleh berbincang tentang

prestasi anak tuan-tuan dengan guru yang mengajar anak tuan-tuan.

Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan

untuk kebaikan bersama, demi kepentingan anak-anak pelajar kita sebagai

satu usaha ke arah peningkatan pencapaian mereka menjelang SPM pada

tahun ini. InsyaAllah


11. Sebelum saya akhiri majlis ini hayatilah kata-kata ini .."kegagalan hari

ini bererti pendorong, kejayaan semalam bukan bererti kemegahan,

oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi bintang di langit dan

rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi”

12. Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan

takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya

terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang mengendalikan majlis ini.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Buah selasih buah kelubi


Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

13
Sekian, wabillahitaufiqwahidayahwassalamualaikum w.r..t

Anda mungkin juga menyukai