Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK GUAR CHEMPEDAK 2 KALI KE 6 TAHUN 2021

BIL AGENDA TEKS

1. Ucapan aluan Bismillahirahmanirrahim..


pengerusi majlis Yang Berusaha En.Othman bin Ahmad, Pengetua SMK Guar
Chempedak 2
Yang Dihormati En. ___________________________ Yang
Dipertua PIBG SMK Guar Chempedak 2
Barisan guru penolong kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT


dengan limpah kurniaan rahmatNya kita diberi kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Guar
Chempedak 2 kali ke 6 tahun 2021.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Guar Chempedak 2


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua hadirin, ibu bapa khususnya YDP PIBG kerana sudi
meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini. Semoga dengan
kehadiran tuan puan ibu bapa dapat membantu membangunkan
prestasi dan motivasi amnya kepada anak-anak pelajar SMK Guar
Chempedak 2.
Hadirin sekalian, kita masih lagi berada dalam Fasa Pandemik
Covid-19. Sehubungan dengan itu, para hadirin diminta untuk
mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia. Para hadirin diingatkan agar
sentiasa memakai pelitup muka

1
elakkan bersalaman atau bersentuhan
mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter
mengimbas QR Code menggunakan aplikasi MySejahtera
dan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer yang
disediakan.
Langkah ini perlu bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua hadirin atas kerjasama yang diberikan.

2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon keberkatan agar segala urusan
mendapat rahmatNya. Al – Fatihah.

Baca doa….
Semoga majlis kita pada hari ini sentiasa dirahmati Allah SWT
sehingga ke penghujungnya.

3. Ucapan Yang Sesungguhnya  kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh


guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid
Dipertua PIBG
yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. Semoga anak-
anak kita akan menjadi insan yang cemerlang, bukan sahaja
cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Yang Dipertua PIBG En.
_____________________________ untuk menyampaikan ucapan
sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Guar
Chempedak 2 kali ke 6 tahun 2021. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan perasmian dari Yang Dipertua PIBG.


Terima kasih diucapkan.

Seterusnya,
4. Ucapan Pengetua

2
Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Othman bin Ahmad
Pengetua SMK Guar Chempedak 2 untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua


atas ucapan beliau sebentar tadi.

Kata Penutup Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian Mesyuarat Agung
5.
PIBG kita pada hari ini. Sekalung penghargaan yang tidak
terhingga diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi hadir pada
hari ini.

Sebelum menutup tirai Majlis Perasmian ini, kami memohon


ampun dan maaf andai tersalah kata tersilap bicara sepanjang
mengacarakan majlis pada petang ini.

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG.


Seterusnya majlis akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG
SMK Guar Chempedak 2 sebentar lagi.

Sekian , terima kasih.

3
4

Anda mungkin juga menyukai