Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM IHYA RAMADAN

1.0

MUQADDIMAH

Ramadan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di
dunia ini. Bulan yang diturunkan padanya Al Quran serta merupakan penghulu segala
bulan Islam.Segala amalan dilipatgandakan pahalanya, dibukakan setiap pintu syurga
serta ditutup setiap pintu neraka. Malah semua syaitan dan iblis dirantai sepanjang bulan
mulia ini. Semua ini diatur oleh Allah swt semata-mata untuk melihat hambaNya
berlumba-lumba mengejar keampunan serta keredaanNya yang akhirnya dijanjikan
syurga bagi yang berjaya.
Demikianlah hebatnya bulan Ramadan yang dikhaskan buat umat Muhammad
saw. Justeru,Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan mengambil kesempatan ini bagi menghidupkan cahaya serta suasana
indahnya Ramadan dalam hati setiap warga muslim SMK Bekenu dengan mengatur
beberapa program kerohanian di bawah program Ihya Ramadan 2014 ini.
2.0 OBJEKTIF
Program ini diharap dapat mencapai objektif yang berikut:
2.1
Menyuburkankan syiar Islam di peringkat sekolah
2.2
Menghidupkan bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
2.3
Menyedarkan para jemputan tentang kepentingan menghayati bulan
Ramadhan dengan sebaik-baiknya.
2.4
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua warga SMK Bekenu.
3.0 TARIKH CADANGAN
30 Jun 2014 hingga 25 Julai 2014
4.0 TEMPAT
SMK Bekenu, Miri.
5.0

ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

6.0 SASARAN
6.1
6.2

Seluruh warga sekolah dan ibu bapa yang beragama Islam.


Pelajar-pelajar Islam PT3 dan SPM( untuk program Kem Bestari Solat)

7.0

ORGANISASI PENGELOLA
Lihat Lampiran A

8.0

AKTIVITI
8.1
Program Bersamamu
8.2
Tadarus Al Quran (untuk Tingkatan 1,2 & 4)
8.3
Jom Dhuha ( untuk Tingkatan 3 & Tingkatan 5 )
8.4
Pertandingan Ayat Hafazan Menengah Atas & Rendah
8.5
Pertandingan Ejaan Betul & Cantik dalam Tulisan Jawi Menengah Atas &
Rendah
8.6
Jualan Amal(Buku Agama)
8.7
Ceramah Nuzul Al Quran
8.8
Indahnya Ramadan (Tahlil Perdana, Berbuka Puasa Perdana,Solat
Tarawih, Penyerahan Sumbangan kepada Keluarga Terpilih, dan Kem
Bestari Solat)
8.9
Kem Motivasi PT3 dan SPM
Lihat Lampiran B untuk Aturcara Program

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Lihat Lampiran C

10.0PENUTUP
Semoga program ini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua warga SMK
Bekenu seterusnya mencapai matlamat seperti yang dikehendaki. Kami juga
berharap usaha yang sedikit ini diterima dan diberkati Allah SWT.

Disediakan oleh,

(SARABUIAH BINTI AHAD)


Pengarah Program,
Program Ihya Ramadan 2014
SMK Bekenu,Miri.
Diluluskan oleh,

(AHMAD FAUZI B. YAAKOB)


Pengetua,
SMK Bekenu,Miri.

Disokong oleh,

(MUHD FIRDAUS B. HASHIM)


Pengarah Bersama,
Program Ihya Ramadan 2014,
SMK Bekenu,Miri.

SEK. MEN. KEB. BEKENU,


MIRI SARAWAK
KERTAS KERJA
PROGRAM
IHYA RAMADAN
2014M/1435H
ANJURAN BERSAMA:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK BEKENU
&
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
SMK BEKENU

Anda mungkin juga menyukai