Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN MPKK LARUT

( BUSINESS COMMUNICATION SKILLS)

ANJURAN

Pejabat Penyelaras Dun Selama

dengan kerjasama

Pertubuhan Dana Pembela dan MPKK Gua Petai

18 HINGGA 19 DISEMBER 2018 (Siri 1)


1. TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon peruntukan bagi menjalankan Kursus
Pemantapan MPPK Larut (Communication Skills).

2. LATARBELAKANG KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang


lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran
yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri
seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan
tanggungjawab kepada orang bawahannya.Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini
dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang
dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang
lain.Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya
seseorang.Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti
kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis
dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.

3. LATAR BELAKANG

MPPK Larut yang telah diamanahkan perlu diberi motivasi dan sokongan supaya terus
mengekalkan kecemerlangan dan seterusnya memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat setempat khususnya. Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan
menganjurkan program seperti ini untuk memberi bimbingan dan membantu supaya
ahli MPPK akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang sepertimana yang
telah diamanahkan. Kursus akan dijalankan sebanyak 5 siri dan jumlah peserta bagi
setiap siri adalah seramai 100 orang.
4. OBJEKTIF KURSUS

1. Objektif utama kursus ini dijalankan adalah untuk memantapkan komunikasi


sebagai penjawat awam negeri dengan rakyat.
2. Memantapkan kemahiran berkomunikasi antara Pegawai-pegawai MPKK dengan
ketua-ketua jabatan.
3. Menerapkan kemahiran pengurusan stress semasa berada di kaunter-kaunter
perkhidmatan dan bersama-sama komuniti setempat
4. Melaksanakan pengaturcaraan pengurusan fail-fail dengan berkesan
5. Membina kertas kerja-kertas kerja dengan format yang betul.

5. BUTIRAN PROGRAM

4.1 Bilangan Peserta


Peserta adalah seramai 500 orang untuk 5 siri. Satu siri terdiri dari 100 orang
peserta. Setiap MPKK diperuntukkan seramai 7 orang peserta.

4.2 Tarikh Cadangan


17 hingga 18 Disember 2018 (siri 1)

4.3 Aturcara Program


22 DISEMBER 2018 (SABTU)
MASA AKTIVITI
8.00 Pagi Pendaftaran Peserta/sarapan pagi

8.30 Pagi Taklimat Program

9.00 Pagi Slot 1 : 5 prinsip komunikasi berkesan

10.00 Pagi Rehat/jamuan ringan

10.20 Pagi Slot 2 : Protokol Penjawat Awam

11.30 Pagi Slot 3 : Pengurusan Stress

1.00 Tengahari Rehat/solat zohor/makan tengahari

2.00 Petang Simulasi slot 1, 2 dan 3

4.30 Petang Rehat/Solat Asar/Jamuan petang


5.00 Petang Permainan Berkumpulan/Indoor Games

6.30 Petang Rehat/ solat magrib/ makan malam

7.30 Malam Tazkirah Magrib

8.30 Malam Solat Isya’

9.00 Malam Slot 4 : Pengurusan Kertas Kerja dan Bengkel

11.00 Malam Rehat

23 DISEMBER 2018 (AHAD)


MASA AKTIVITI
6.00 Pagi Solat Subuh/Tazkirah subuh

7.30 Pagi Sarapan

8.00 Pagi Slot 5 : Pengurusan Fail/ Bengkel

9.30 Pagi Slot 6 : Pengucapan Awam MPKK

11.00 Pagi Majlis Penutupan Kursus Pemantapan MPKK/Penyampaian Cenderahati

12.00 Tengahari Makan tengahari/bersurai

5.5 Tempat Program


5.1 :Pusat Ko-Kurikulum Sungai Seputih, Selama, Perak.
5.2 Pusat Motivasi Mawaddah, Batu Kurau

5.6 Ahli Jawatankuasa Kursus


Penasihat : En Razali Bin Ismail
Penyelaras : En Aminudin Baki Bin Din
Penceramah : Slot 1: En Aminudin Baki Bin Din
Slot 2:Tn Hj Abdul Malek Bin Abd Ghani
Slot 3: Mohd Suffian Yaakob
Slot 4:
Slot 5: En Shamsul Kamar Bin Bustaman
Slot 6: Pn Fazidah
Jurulatih : En Shamsol Kamar Bin Bustaman
Urusetia : Pejabat Penyelaras DUN Selama
6. KEWANGAN
Anggaran Pendapatan (5 siri)
BIL BUTIRAN JUMLAH
1 Peruntukan
RM 150 X 500 orang RM 80,000.00

Anggaran Perbelanjaan (5 siri)


BIL BUTIRAN JUMLAH
1 Jurulatih
RM 300 X 7 orang X 5 siri RM 10, 500.00
2 Penceramah
RM 500 X 6 slot X 5 siri RM 15, 000.00
3 Makanan dan minuman
(sarapan, minum pagi, makan tengahari hari,
makan malam, minum malam) RM 30, 000.00
4 Pelbagai
(runcit, alat tulis, fail, beg, banner) RM 4, 000.00
6 Cenderahati penceramah/Jurulatih RM 3,000.00
7. T shirt “Kita kan Sekampung” 500 x RM 35.00 RM 17,500.00
JUMLAH RM 80, 000.00

7. PENUTUP

Dengan ini adalah diharapkan agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan
seterusnya meluluskan peruntukan untuk Kursus Pemantapan MPPK Larut ( Skill Of
Communication ) ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................ .........................................
(

Anda mungkin juga menyukai