Anda di halaman 1dari 17

hadis 01

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :


Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anakanak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta
itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan
membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah
dilakukan oleh mana-mana kaum pun. Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak
berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu
segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji
kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi. (Ibnu Majah)
________________________________________
Hadis 02
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hitam itu) tidak dapat ditolak oleh
sesuatu apa pun sehinggalah ditancapkan di Ilya (At Tarmizi)
________________________________________
Hadis 03
Sabda Nabi SAW, Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka
sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panjipanji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi
. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)
________________________________________
Hadis 04
Sabda Nabi SAW,
Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu
selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
MADAH
Di dalam Islam disuruh menyembunyikan kebaikan, juga jangan menyebut-nyebutnya, apatah lagi
minta dibalas. Di akhir zaman ini kebaikan dijadikan publisiti, kebaikan disebut-sebut, minta dibalas
budi, tanda buat kebaikan untuk diri, bukan untuk Rabbul Izzati
MADAH
Di akhir zaman orang yang melaksanakan kebenaran akan tersisih dan tersingkir. Orang yang
melaksanakan kepalsuan atau kebatilan akan tertonjol dan mendapat kedudukan
MADAH
Di akhir zaman orang yang melaksanakan kebenaran akan tersisih dan tersingkir. Orang yang
melaksanakan kepalsuan atau kebatilan akan tertonjol dan mendapat kedudukan
Hadis 05
Dari Abdullah bin Umar RA katanya,
Adalah Rasulullah SAW bersama-sama dengan sekumpulan Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib KMW
di sebelah kirinya dan Abbas di sebelah kanannya, ketika Abbas dan seorang lelaki dari kalangan
Ansar bertelagah. Sahabat Ansar itu bercakap dengan agak kasar kepada Abbas. Maka Rasulullah SAW
memegang tangan Abbas dan tangan Ali lalu bersabda, Daripada keturunannya (sambil menunjukkan
Abbas) akan datang seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan penindasan dan

kezaliman, dan daripada keturunannya (sambil menunjuk Ali) muncul seorang lelaki yang akan
memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Jika kamu semua melihat yang demikian,
berbaiatlah kepada Pemuda dari Bani Tamim itu yang datang dari arah Timur. Dialah pemilik Panji-panji
Al-Mahdi. (At-Tabrani, Abu Nuaim, Al-Khatib & Al-Kidji)
________________________________________
Hadis 06
Kata Sauban RA,
Kemudian baginda SAW menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa ingat, kemudian bersabda,
Kalau kamu semua melihatnya, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana
padanya ada Khalifah Allah, iaitu Al-Mahdi. (Ibnu Majah)
________________________________________
Hadis 07
Dari Sauban RA katanya Rasulullah SAW bersabda,
Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, bersegeralah mendatangi mereka,
walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya ada Khalifah Allah, Al-Mahdi.
________________________________________
Hadis 08
Dari Sauban RA katanya Rasulullah SAW bersabda,
Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa
yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.
________________________________________
Hadis 09
Sabda Nabi SAW,
Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini
dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai
Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panjipanji Al-Mahdi.
(At-Tabrani)
Kata tabiin RH,
Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan
menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam,
yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan
kekuasaannya kepada al-Mahdi.
________________________________________
Hadis 10
Sabda Nabi SAW,
Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan para pengikutnya benar-benar) akan muncul,
kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.
________________________________________
Hadis 11

Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, bersabda Nabi SAW,


Al-Mahdi akan keluar di bawah panji-panjinya dan ada suara yang menyerukan: Inilah Al-Mahdi
Khalifah Allah, maka ikutilah dia. (At-Tabrani, Abu Nuaim & Al-Khatib)
________________________________________
Hadis 12
Sabda Nabi SAW,
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.
Ammar bin Yasir RA berkata,
Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.
________________________________________
Hadis 13
Sabda Nabi SAW,
Sebelum al-Mahdi (muncul), as-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan
diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian
mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu
bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam)
dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat mengenalinya?
Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolaholah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan
orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh
Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya
________________________________________
Hadis 14
Dari Said bin Musayyab RH katanya, Rasulullah SAW bersabda,
Panji-panji Hitam akan datang dari Timur untuk anak-anak keturunan Abbas. Kemudian berlakulah apa
yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian, sebuah Panji-panji Hitam yang kecil akan memerangi
seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan dari Timur. Mereka akan membaiat Al-Mahdi. (Abu Nuaim)
________________________________________
Hadis 15
Dari Ibnu Masud RA, katanya,
Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan
Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan
air muka baginda kelihatan berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan
sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami
akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak
sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji
Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh
kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah
mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini
dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa di antara
kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu walaupun terpaksa merangkak di atas
salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. (Ibnu Majah)
Hadis 16

Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,


Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan
kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang
menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan
anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila
terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, Wahai
Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu. Baginda menjawab, Kami
Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana
dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta
kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di
antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli
keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji
yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku
yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan
dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu
Asakir & Abu Nuaim)
________________________________________
Hadis 17
Daripada al-Hasan Al-Basri RH katanya,
Bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, Hinggalah Allah
mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah.
Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang
lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun
membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)
________________________________________
Hadis 18
Dari Sayidina Ali KMW katanya Nabi SAW bersabda,
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di
hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau
membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap
mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu
Daud, an-Nasai, al-Baihaqi & al-Husin)
A. Dari Anas RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,
Aku amat rindu untuk bertemu dengan Ikhwanku. Lantas para sahabat bertanya, Tidakkah kami ini
ikhwanmu? Sabdanya, Bukan, malah kamu adalah sahabatku dan Ikhwanku adalah mereka yang
beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.
________________________________________
Hadis 19
Dari Ibnu Masud RA, sabda Nabi SAW,
Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentera berkudanya ke Kufah
seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentera yang lain seramai 15,000 orang juga,
yang berkenderaan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi dan para
pengikutnya. Maka pasukan tentera yang pertama tadi sampai ke Kufah, berjaya menawan kota itu,
lalu memusnahkan apa sahaja, daripada kaum perempuan dan kanak-kanaknya, di samping
membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu pulang semula (kepada asSufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang gagah berani (sihat)dari arah Timur,

yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari (keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu
(adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan
mereka (wanita dan kanak-kanak tadi) lalu (segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentera yang
kedua pula, sampai ke kota Madinah Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga
hari, maka datang kepada (hati) mereka pertolongan daripada memusnahkan terus seluruh penduduk
dan anak-anak (penghuni Madinah). Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan menuju ke Makkah
Al-Mukarramah, untuk memerangi al-Mahdi dan orang-orangnya. Apabila sampai di al-Baidak,
semuanya dihapuskan oleh Allah. Maka itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah, Kalau kamu
melihat ketika mereka terkejut, maka tidak akan luput (dari ingatan), lalu diambil (nyawa) mereka dari
tempat yang dekat (dengan Makkah). (Surah Sabak, ayat 51)
________________________________________
Hadis 20
Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda,
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan
untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya. (Ibnu Majah & At-Tabrani)
Kata sahabat RA,
Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya gunung menjadi penghalang
(perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan
mereka.
Hadis 21
Sabda Nabi SAW,
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.
Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada
mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Nuaim)
Kata Sayidina Ali KMW,
Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil
Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah
mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi.
Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian
mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.
________________________________________
Hadis 22
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan
membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu? Baginda SAW menjawab,
Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan
beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak
pernah melihatku. (diulang 3 kali).
(Muslim)
________________________________________
Hadis 23
Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
Apabila azan sang muazin, berserulah dia, Asyhaduan Lailahaillallah, (ketika itu) bergoncanglah

syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan
Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncanggoncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain
rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan
umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan
mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang
asing) di kalangan umum mukminin.
________________________________________
Hadis 24
Al Walid telah menceritakan kepada kami dari Abi Abdillah, dari Abdil Karim, dari Ibnil Hanafiah,
katanya: Tempoh di antara keluarnya panji-panji hitam dari Khurasan dan Syuaib bin Soleh dan
zahirnya Imamul Mahdi dan antara diserahkan pemerintahan kepada Imam Mahdi adalah 72 bulan.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 869)
________________________________________
Hadis 25
Al Hakam bin Nafi telah meriwayatkan kepada kami dari Jarrah dari Artaah katanya: Tentera Sufiani
masuk ke Kufah maka mereka menindas penduduknya selama 3 hari dan membunuh seramai 60 ribu
orang penduduknya. Kemudian mereka tinggal di situ selama 18 malam membahagi-bahagikan harta.
Mereka masuk ke Kufah selepas berperang dengan Turki dan Rom di Qarqisia. Kemudian mereka
ditimpa kehancuran sehingga benar-benara hancur. Selepas itu sekumpulan dari mereka telah kembali
ke Khurasan maka muncul pula pasukan berkuda puak Sufiani, lalu mereka memusnahkan kubu-kubu
sehinggalah berjaya memasuki Kufah, dan mereka menuntut ahli Khurasan, kemudian zahirlah di
Khurasan satu kaum yang menyeru Imam Mahdi, kemudian Sufiani menghantar orang ke Madinah dan
mengambil sekumpulan dari ahli keluarga Rasulullah untuk dihantar ke Kufah. Selepas itu keluar Imam
Mahdi dan Mansur dari Kufah melarikan diri. Kemudian Sufiani menghantar orang untuk mencari kedua
mereka. Apabila sampai Imam Mahdi dan Mansur ke Mekah, turunlah tentera Sufiani di Al Baida
(padang pasir yang luas) lalu mereka ditenggelamkan kedalam bumi, kemudian keluarlah Imam Mahdi
sehingga apabila dia tiba di Madinah maka dia menyelamatkan Bani Hasyim yang ada di situ,
kemudian muncul panji-panji hitam hingga ia turun ke air dan apabila berita ini sampai kepada puak
Sufiani di Kufah maka mereka melarikan diri, kemudian dia turun ke Kufah dan menyelamatkan Bani
Hasyim yang ada di situ, kemudian keluarlah satu kaum dari penduduk awam Kufah dikenali sebagai
Asoib yang tidak memiliki senjata melainkan sedikit, dan bersama mereka ada sekumpulan ahli
Basrah, mereka mengejar (mendapatkan) puak Sufiani dan menyelamatkan baki tawanan Kufah,
kemudian diutus panji-panji hitam untuk berbaiah kepada Imam Mahdi.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 850)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
Almalahim Walfitan oleh Ibnu Thawus (m/s 51)
________________________________________
Hadis 26
Al Walid bin Muslim telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Abdillah dari Abdil Karim Abi Umayyah
dari Muhammad Ibnil Hanafiah katanya: Akan keluar panji-panji hitam Bani Abbas kemudian akan
keluar dari Khurasan satu lagi panji-panji hitam, kopiah mereka berwarna hitam dan pakaian mereka
berwarna putih, mereka diketuai oleh seorang lelaki yang digelar Syuaib bin Soleh bin Syuaib dari
keturunan Bani Tamim. Mereka ini akan mengalahkan puak Sufyani sehingga tiba di Baitul Maqdis, dia
(PBT) akan menyerahkan pemerintahannya kepada Imamul Mahdi dan menyerahkan kepadanya 300

orang dari Syam.Tempoh diantara keluarnya dan dia menyerahkan pemerintahan kepada Imam Mahdi
72 bulan.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 851)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 67-68)
Fatawa Hadisiah oleh Imam Ibnu Hajar Alhaitami (m/s 42)
________________________________________
Hadis 27
Muhammad bin Fudhail telah meriwayatkan kepada kami, begitu juga Abdullah bin Idris dan Jarir dari
Yazid bin Abu Ziad dari Ibrahim dari Alqomah dari Abdullah RA katanya: Ketika kami bersama
Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan pemuda dari Bani Hasyim lalu berubah air muka baginda.
Kami pun berkata: Ya Rasululah kami lihat ada sesuatu yang kamu tidak sukai dari gambaran
wajahmu. Rasulullah pun bersabda: Sesungguhnya Allah telah memilih Akhirat keatas dunia kepada
kami Ahlil Bait. Ahli keluargaku selepas aku akan ditimpa bala bencana, dipencilkan dan diusir. Ianya
berlarutan hinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panjipanji hitam. Mereka menuntut kebenaran tapi dihalang dua atau tiga kali. Lalu mereka berjuang dan
mendapat kemenangan lalu diberikan apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya
sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang dari ahli keluargaku. Maka dia memerintah
dengan penuh keadilan sepertimana mereka memenuhinya dengan kezaliman. Siapa di antara kamu
yang bertemu dengan peristiwa itu datangilah mereka walaupun dengan merangkak diatas salji kerana
pada mereka Imam Mahdi.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 852)
Sunan Ibnu Majah (Hadis 4082)
Sunan Alwaridah Filfitan oleh Uthman bin Said Almuqri (m/s 1029-1030)
________________________________________
Hadis 29
Dari Tsauban katanya: Apabila kamu melihat panji panji hitam muncul dari sebelah Timur maka
datangilah dia walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya padanya ada Khalifah Allah
Imam Mahdi.
Almustadrak oleh Hakim Annaisaburi (Hadis 8531 dan katanya hadis ini soheh mengikut syarat Imam
Bukhari dan Imam Muslim
Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (Hadis 2241)
Alqaulul Musaddad oleh Ibnu Hajar Al Asqolani (Hadis 13..)
________________________________________
Hadis 30
Daripada Jabir beliau berkata: Berkata Abu Jaafar iaitu Imam Muhammad Al Baqir: Wahai Jabir
hendaklah engkau teguh di bumi dan janganlah menggerakkan tangan dan kaki sehinggalah engkau
melihat alamat alamat yang akan aku sebutkannya kepada engkau dan mengutus As Sufiani sebuah
pasukan tentera ke Kufah, bilangan mereka 70,000 orang maka mereka akan menindas penduduk Iraq
dengan pembunuhan, penyulaan dan penawanan. Ketika mereka dalam keadaan begitu tiba tiba
muncul panji panji dari pihak Khurasan yang dengan segera menyebabkan kepada rumah rumah, pada
mereka ada orang orang Imam Mahdi.
Uqdud Durar (m/s 87)

________________________________________
Hadis 31
Daripada Abbas bin Abdil Muttalib bahawa sesungguhnya beliau berkata: Apabila muncul panji panji
hitam dari sebelah timur, pendokong pendokongnya akan menyerahkan kepada Al Mahdi
pemerintahannya.
Kharidatul Ajaib (m/s 257)
________________________________________
Hadis 32
Daripada Ibnu Thufail bahawasanya Ali R.A berkata kepadanya: Wahai Amir! Apabila engkau
mendengar kedatangan panji panji hitam dari sebelah Khurasan, sedangkan engkau di ketika itu
sedang berada di dalam sebuah peti yang terkunci maka wajib bagi engkau memecahkan kunci
tersebut beserta petinya sekali sehingga engkau terbunuh di bawahnya, tetapi jika engkau tidak
mampu maka hendaklah engkau bergolek sehingga engkau terbunuh di bawahnya.
Kanzul Ummal ( Juzuk 11 Hadis 315314)
Jamul Jawami (Juzuk 2 Hadis 212)
________________________________________
Hadis 33
Daripada Muaz berkata: Ketikamana sedang aku, Abu Ubaidah dan Salman duduk sambil menanti
Rasulullah SAW, tiba tiba Rasulullah keluar di dalam keadaan matahari yang panas terik dan dalam
keadaan ketakutan serta berubah air muka baginda lalu Rasulullah menyebut tentang fitnah As
Sufiani, kemudian baginda bersabda: kemudian muncul seorang lelaki dari Bani Tamim iaitu Syuaib
bin Soleh, Allah (dengan kemurahanNya) telah menganugerahakan negeri Syuaib dengan sebuah panji
hitam Al Mahdi yang membawa kemenangan Allah dan kalimahNya, sehingga dibaiahkan Al Mahdi di
antara Rukun dan Maqam.
Almalahim Walfitan oleh Ibnu Thawus (m/s 137)
________________________________________
Hadis 34
Daripada Tabii berkata: Akan keluar panji panji hitam dari sebelah Khurasan bersamanya satu kaum
yang lemah, mereka bersatu lalu Allah membantu mereka dengan kemenangannya.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (m/s 84)
hadis reveal 4
________________________________________
Hadis 35
Dalam satu berita panjang mengenai peperangan yang berlaku di antara panji-panji hitam dengan
Sufyani yang diceritakan oleh Saiyidina Ali Alaihissalam beliau ada menyebutkan : lalu (Allah)
mengutus ke atas Sufyani itu seorang pemuda timur yang menyeru kepada ahlil bait Nabi SAW
mereka pemegang-pemegang panji-panji hitam merupakan satu kaum yang lemah maka Allah pun
memuliakan dan menolong mereka, sehingga setiap yang menentang mereka pasti akan dikalahkan.
Syiar mereka alif mim ta alif mim ta (maut bagi penentang mereka), kebanyakan yang terbunuh

dikalangan mereka itu pada tempat tempat disekitar timur.


Kanzul Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)
________________________________________
Hadis 36
Daripada Abu Hurairah, berkata : Rasulullah SAW bersabda : Apabila berlaku peperangan-peperangan
besar itu, Allah akan mengutus pasukan dari kalangan mawali (orang Ajam yang sudah bercampur
Arab). Mereka itu adalah lebih baik daripada bangsa Arab di sudut kepahlawanan dan di sudut
kelengkapan senjata dan dengan sebab mereka itu Allah membela agama.
Sunan Ibnu Majah (Juzuk 2 Hadis 409)
Mustadrak Al Hakim (Juzuk 4 Hadis 548)
Alfitan oleh Nuaim bin Hammad (m/s 132)
Hadis 37
Ad Dailami meriwayatkan dari Tsauban, katanya : Akan muncul keatas kamu panji-panji hitam dari
sebelah Khurasan. Hendaklah kamu mendatanginya walaupun terpaksa merangkan di atas salji.
Sesungguhnya padanya ada khalifah Allah Al Mahdi.
Kanzul Ummal (Hadis 38679)
Hadis 38
Abdullah bin Ismail Al Basri meriwayatkan kepada kami dari ayahnya dari Hasan Al Basri katanya: Akan
keluar di Ar- Rayy seorang lelaki yang sederhana tubuhnya, tidak tinggi dan tidak rendah, hitam manis,
merupakan ketua bagi Bani Tamim, janggutnya nipis, dia digelar Syuaib bin Soleh, bersamanya ada
4000 orang, pakaian mereka putih, panji-panji mereka hitam. Dia merupakan muqaddimah kepada
Imam Mahdi, dia tidak memerangi sesiapapun melainkan dia akan menewaskannya.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 854)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
Hadis 39
Diriwayatkan oleh Nuaim bin Hamad daripada Hasan Al Basri beliau berkata: Akan keluar di Ar Rayy
seorang lelaki yang sederhana tubuhnya, tidak tinggi dan tidak rendah, hitam manis, dari kalangan
Bani Tamim dari keluarga yang dihormati, janggutnya nipis, dia digelar Syuaib bin Soleh, bersamanya
ada 4000 orang, pakaian mereka putih, panji-panji mereka hitam. Dia merupakan muqaddimah kepada
Imam Mahdi, dia tidak memerangi sesiapapun melainkan dia akan menewaskannya.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (m/s 370)
________________________________________
Hadis 40
Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Abu Lahiah katanya: Abu Zurah telah memberitahuku
dari ibnu Zurair daripada Ammar bin Yasir katanya: Pemegang panji panji Imam Mahdi ialah Syuaib bin
Soleh.
Alfitan olehAlhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 856)

Hadis 41
Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaafar katanya: Akan keluar
seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditapak tangan kanannya ada tahi lalat dari Khurasan bersamasama dengan panji panji hitam, bersamanya juga ada Syuaib bin Soleh. Dia memerangi golongan As
Sufyani dan mengalahkan mereka.
Alfitan olehAlhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 857)
Hadis 42
Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami daripada Ibnu Lahiaah dari Kaab bin
Alqamah daripada Sufyan Al Kalbi katanya: Akan keluar bersama panji panji Imam Mahdi seorang
pemuda berjanggut nipis berkulit sawo matang, kalau dia memerangi bukit nescaya dia akan
meratakannya sehinggalah dia menduduki Ilya
Alfitan olehAlhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 858)
Hadis 43
Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahiah dari Abi Qubail dari Syafa dari Tabi dari
Kaab katanya: Apabila seorang lelaki memerintah bumi Syam dan seorang lagi di Mesir, kemudian
orang Syam dan orang Mesir berperang dimana orang Syam telah mengalahkan kabilah-kabilah dari
Mesir dan membunuh lelaki mereka, datang seorang lelaki dari Timur membawa panji-panji hitam kecil
dan memerangi pemerintah Syam, dialah yang akan meyerahkan ketaatan kepada Al Mahdi.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
Almalahim Walfitan (m/s 54)
Hadis 44
Nuaim bin Hammad dan Imam Sayuti telah meriwayatkan dari Abi Qubail: Akan memerintah di Afrika
seorang Amir berumur dua belas tahun dan berlaku selepasnya satu fitnah kemudian seorang lelaki
berkulit agak gelap akan memerintah dengan penuh keadilan kemudian dia menuju Imam Mahdi dan
menyerahkan ketaatan kepadanya dan berjuang bagi pihaknya.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
Alburhan Lilmuttaqi Alhindi (Juzuk 7 Hadis 9)
Hadis 45
Abdullah bin Marwan telah meriwayatkan kepada kami dari Al Ala bin Utbah dari Saidina Hasan
bahawa Rasulullah SAW telah menyebut tentang bala bencana yang akan menimpa ahli keluarga
Baginda sehinggalah Allah mengutuskan panji-panji hitam dari Timur, siapa yang membantunya
nescaya akan dibantu dan siapa yang menghinanya pasti Allah hina sehinggalah mereka mendatangi
seorang lelaki yang namanya seperti namaku dan menyerahkan urusan mereka padanya lalu Allah
membelanya dan membantunya.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 860)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)

Alburhan (Juzuk 7 Hadis 5)


Hadis 46
Al Walid telah meriwayatkan kepada kami dari Ruh bin Abi Al Izar katanya Abdul Rahman bin Al Audi
telah berkata: Aku telah mendengar Abdul Rahman bin Al Ghaz bin Rabiah Al Jarasy berkata: Aku telah
mendengar sahabat Rasulullah Amru bin Murrah Al Jamali berkata: Pasti akan keluar dari Khurasan
bendera hitam, mereka akan menambat kuda-kuda mereka pada pokok-pokok zaitun yang ada di
antara Lahya dan Harasta, kami berkata: Tidak ada di antara kedua tempat itu pokok zaitun. Katanya:
Akan dipenuhi di antara keduanya dengan pokok zaitun sehinggalah pengikut-pengikut bendera hitam
akan singgah di situ dan menambat kuda mereka pada pokok zaitunnya.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 861)
________________________________________
Hadis 47
Muhammad bin Abdullah Abu Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Abdul Rahman
bin Ziad bin Anam dari Muslim bin Yassar dari Said bin Musayyab katanya: Rasulullah SAW telah
bersabda: Akan keluar dari Timur panji panji hitam Bani Abbas kemudian mereka memerintah
sepertimana Allah tentukan kemudian akan keluar panji panji hitam kecil dari Timur yang akan
memerangi seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan dan orang orangnya, mereka menyerahkan
ketaatan mereka kepada Imam Al Mahdi.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 862)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)
Alburhan (Juzuk 7 Hadis 11)
Hadis 48
Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahiah dari Abi Qubail dari Abi
Rauman dari Ali katanya : Akan keluar panji-panji hitam memerangi golongan As Sufyani, dikalangan
mereka ada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang mempunyai tahi lalat pada bahu kirinya, mereka
dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Soleh, mereka akan
mengalahkan golongan As Sufyani.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 863)
Hadis 49
Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahiah katanya: Abu Zurah telah
menceritakan kepadaku dari Ibni Zurair dari Saidina Ammar bin Yasir katanya: Bila Sufyani sampai ke
Kufah, dan membunuh pengikut Muhammad keluarlah Imam Mahdi pemegang panji-panjinya Syuaib
bin Soleh.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
Kitab Alghibah Atthusi (Juzuk 46 Hadis 479)
Hadis 50
Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi jaafar katanya: Panji-panji hitam
yang datang dari khurasan akan menduduki Kufah, bila Imam Mahdi muncul di Mekah mereka
menghantar baiah kepadanya.

Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 865)


Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)
Hadis 51
Al Walid bin Muslim dan Rusydain bin Saad telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahiah dari Abi
Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya: Apabila tentera berkuda As Sufyani
telah keluar ke Kufah dan menghantar utusan kepada ahli Khurasan sedangkan utusan Khurasan
keluar mencari Imam Mahdi lalu dia dan Al Hasyimi bertemu dengan panji-panji hitam yang dipimpin
oleh Syuaib bin Soleh lalu bertemu pula dengan orang orang As Sufyani di pintu Astokhor maka
berlakulah pertempuran yang besar diantara mereka, panji panji hitam mendapat kemenangan dan
tentera berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itulah semua manusia menginginkan Imam mahdi
dan mencarinya.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 868)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)
Kanzul Ummal (Hadis 39667)
Hadis 52
Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaafar katanya: As Sufyani
menghantar tenteranya ke segenap penjuru setelah dia menduduki Kufah dan Baghdad, maka dia
mengirim sepasukan tenteranya ke negara Ma Waraunnahar (negara dibelakang sungai) terdiri dari
penduduk Khurasan, kemudian ahli Masyriq (penduduk timur) menyambut mereka dengan
peperangan, dan pergilah pengirim berita mereka maka apabila sampai berita itu kepada As Sufyani
dia pun menghantar sepasukan tentera yang besar ke Astokhor bersama mereka (diketuai) seorang
lelaki dari bani Ummayyah, maka berlakulah peperangan di Qumas, dan peperangan di Daulat Ar
Rayy, dan peperangan di sempadan Zarnaj, ketika itu As Sufiani memerintahkan supaya dibunuh
penduduk Kufah dan penduduk Madinah, dan ketika itu pula muncul panji-panji hitam dari Khurasan,
bersama seluruh manusia itu (diketuai) seorang pemuda dari bani Hasyim, ditapak tangan kanannya
terdapat tahi lalat, Allah mempermudahkan urusan dan perjalanan mereka, kemudian berlakulah
peperangan di sempadan Khurasan, dan berjalanlah Al Hasyimi (pemuda bani Hasyim) tadi melalui
jalan Ar Rayy maka keluarlah seorang lelaki dari bani Tamim berdarah ajam yang digelar Syuaib bin
Soleh ke Astokhor kepada lelaki dari bani Ummayyah, maka bertemulah dia (pemuda bani Tamim) dan
Imam Mahdi dan Al Hasyimi di tengah-tengah Astokhor, lalu berlakulah di antara kedua mereka korban
nyawa yang besar, bersama mereka itu terdapat seorang lelaki dari bani Udai maka Allah menolong
penolong-penolongNya dan tentera-tenteraNya, kemudian berlaku pula peperangan di Madain selepas
berlakunya peperangan Ar Rayy, manakala di Aqir Qufa berlaku peperangan Sailamiyyah yang mampu
diceritakan oleh mereka yang terselamat, kemudian berlaku perbunuhan yang besar di Bybilon dan
peperangan di sebuah kawasan di kawasan Nasibin, kemudian keluar satu kaum dari kalangan orang
awam mereka kepada seorang yang kecil sebelah matanya, dan merekalah Asoib, umumnya mereka
itu dari Kufah dan Basrah hinggalah mereka itu nanti akan membebaskan tawanan tawanan yang
berada di tangan As Sufiani.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 869)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)
________________________________________
Hadis 53
Dalam satu hadis marfu dari Amru bin Sulaiman Al Aufiy menyebutkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda : (Allah) Telah menunjukkan kepadaku nenek moyang (bangsa-bangsa Arab) dan aku

melihat datuk Bani Tamim itu tegap gagah, tidak terkalah oleh orang yang mahu menewaskannya.
Salah seorang sahabat berkata : Mereka itu begian begian. Lalu Rasulullah SAW pun bekata :
Sebutlah kebaikan mereka, sesungguhnya mereka itu agung, tetap pendirian, pendokong kebenaran
di akhir zaman.
Al Uhad Walmatsani (Hadis 1149)
Hadis 54
Qatadah meriwayatkan dari seorang lelaki Syam yang dikatakan namanya itu Al Hasan bin Rustum
bahawa Nabi SAW telah bersabda : Sesungguhnya ada dikalangan umatku seorang lelaki dari Bani
Tamim yang dengan syafaatnya kebanyakan orang masuk ke Syurga.
Al Uhad Walmatsani (Hadis 2653)
Hadis 55
Ibrahim bin Alqamah meriwayatkan daripada Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda : Akan
muncul panji-panji hitam dari sebelah timur (menyertai peperangan hesar) sehingga kuda-kuda
mengharungi darah sampai ke lututnya. Mereka menzahirkan (memperjuangkan) keadilan dan
menuntut keadilan namun mereka tidak diberinya. Lalu mereka pun terus menzahirkan
(memperjuangkan) keadilan dan menuntutnya tetapi tidak juga diberikan.
Musnad Abi Yala (Hadis 5084)
Hadis 56
Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahiah dari Abi Qubail dari Abi
Rauman dari Saidina Ali RA katanya : Golongan As Sufyani akan bertemu dengan panji-panji hitam
yang bersamanya seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditangan kananya ada tahi lalat, mereka
dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Soleh di pintu Astokhor dan
berlakulah pertempuran sengit diantara mereka dan panji-panji hitam mendapat kemenangan, tentera
berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itu semua manusia menginginkan Imam Mahdi dan
mencarinya.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 870)
Uqdud Durar (m/s 93)
Hadis 57
Muhammad bin Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Muawiyah bin Soleh dari
Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka: As
Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur
bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa temapat,
bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani
Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan
seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis, keluar
juga bersama-samanya seramai 5000 orang apabila mendegar berita munculnya (Imam Mahdi) dan
berbaiah kepadanya, maka dialah merupakan muqaddimah kepada Imam Mahdi, kalau dia
menghadapi bukit yang teguh nescaya dapat diratakannya, maka bertemulah dia dan pasukan As
Sufyani lalu dia menewaskan mereka terbunuhlah daripada mereka satu korban nyawa yang besar,
kemudian berlaku pula kemenangan bagi As Sufyani, dan keluarlah Syuaib bin Soleh bersembunyi ke
Baitul Maqdis menyerahkan kepada Imam Mahdi kedudukannya apabila dia mendapat tahu

pemergiannya ke Syam.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 871)
Uqdud Durar (m/s 94-95)
Hadis 58
Abdullah bin Amrwan telah meriwayatkan kepada kami dari Al Haitsam bin Abdul Rahman daripada
orang yang menceritakan kepadanya dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya: Akan keluar seorang
lelaki sebelum Imam Mahdi dari ahli keluarganya di Timur, dia memikul pedang di atas bahunya
selama lapan bulan, dia berjuang dan menuju ke Baitul Maqdis tetapi dia meninggal dunia sebelum
sampai ke Baitul Maqdis.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 874)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 373-374)
Kanzul Ummal (Hadis 39669)
________________________________________
Hadis 59
Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaafar katanya: Panji-panji hitam
dari Khurasan akan menduduki Kufah, bilamana muncul Imam Mahdi di Mekah mereka menghantar
baiah kepada Imam Mahdi.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 875)
Uqdud Durar (m/s 95)
Hadis 60
Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahiah dari Abi Qubail dari Abi
Rauman dari Saidina Ali RA katanya: Apabila panji-panji hitam yang ada padanya Syuaib bin Soleh
telah mengalahkan golongan As Sufyani semua orang menginginkan Imam Mahdi lalu mereka
mencarinya, dia keluar dari Mekah membawa bendera Rasulullah SAWdan bersembahyang dua rakaat
selepas mana manusia telah putus asa dengan kezahirannya kerana bala yang berpanjangan yang
menimpa mereka. Bila dia selesai sembahyang dia beredar dan berkata bala bencana telah
mencengkam umat Muhammad dan ahli keluarga baginda, kita telah ditekan dan ditindas.
Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 945)
Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 77)
Alburhan (Bab 6 Hadis 11)
Hadis 61
Daripada Saidina Ali RA katanya: Sabda Rasulullah SAW, akan keluar seorang lelaki dari negara
belakang sungai yang di gelar Al Harith Harrath dibawah pimpinan seorang lelaki yang digelar Al
Mansur (yang dibantu Allah), dia menyediakan tapak atau membela keluarga baginda Rasulullah
sepertimana Quraisy menjadi penguat kepada Rasulullah SAW, wajiblah kepada setiap orang yang
beriman membantunya atau menyahut seruannya.
Sunan Abu Daud (Hadis 4290)
Sunan Nasaee
Masobih Assunnah (Juzuk 3 m/s 494)

Hadis 62
Ibnu Abi Syaibah dan Nuaim bin Hammad meriwayatkannya di dalam kitab Al Fitan begitu juga Ibnu
Majah dan Abu Nuaim dari Ibnu Masud RA katanya: Satu ketika kami bersama Rasulullah SAW tiba-tiba
datang beberapa orang pemuda dari Bani Hasyim, bila Rasulullah melihat mereka baginda
mengalirkan air mata dan wajahnya berubah lalu aku bertanyanya, kami masih melihat dari mukamu
ada sesuatu yang kami tidak suka? Sabda baginda: Kami Ahlul Bait telah Allah pilih buat kami Akhirat
dari dunia dan sesungguhnya ahli keluargaku akan ditimpa bala bencana, penindasan dan diusir
sehinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur yang bersama mereka panji-panji hitam mereka
meminta kebaikan tapi tidak diberikan pada mereka lalu mereka berjuang dan mendapat kemenangan
dan diberi kepada mereka apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah
mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang akan mengisinya dengan
keadilan sepertimana ia diisi dengan kezaliman, barangsiapa dikalangan kamu yang bertemu dengan
peristiwa ini datangilah mereka walaupun dengan merangkak di atas salji kerana dialah Imam Mahdi.
Kata Al Hafiz Imaduddin Ibnu Kathir : Kisah ini mengandungi isyarat kepada kerajaan Bani Abbas dan
isyarat bahawa Imam Mahdi berlaku selepas kerajaan Bani Abbas.
Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 945)
Sunan Ibnu Majah (Hadis 4082)
Musonnaf Ibnu Abi Syaibah (Juzuk 15 Hadis 19573)
Hadis 63
Daripada Tsauban RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tiga orang akan berbunuh-bunuhan pada
harta simpanan, kesemua mereka adalah anak pemerintah tetapi seorang pun tidak memperolehinya,
kemudian muncul panji-panji hitam dari Timur memerangi mereka dalam peperangan yang tiada tolok
bandingnya kemudian dia menyebut sesuatu, dan sabda Rasulullah lagi: Bila kamu melihatnya
berbaiahlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak diatas salji kerana sesungguhnya dialah
Khalifah Allah Imam Mahdi.
Mustadrak Al Hakim (Hadis 8432)
Misbah Azzujajah (Juzuk 4 m/s 203)
Kitab Annihayah oleh Ibnu Katsir (Juzuk 1 m/s 29)
Hadis 64
Imam Sayuti, Ibnu Majah dan Thabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Al Harast bin Juzu Az Zubaidi
katanya: Sabda Rasulullah SAW: Akan keluar sekelumpuk manusia dari Timur dan menyerahkan
kepada Imam Mahdi kekuasaanya.
Sunan Ibnu Majah (Hadis 4088)
Mu,jam Atthobrani Al Ausat (Juzuk 1 Hadis 287)
Attazkirah Oleh Imam Qurtubi (m/s 614)
Hadis 65
Terjemahannya :
Imam Sayuti, Imam Ahmad,Tarmizi dan Nuaim bin Hammad telah merawikan dari Abu Hurairah
katanya: Sabda Rasulullah SAW: Akan keluar dari Khurasan panji-panji hitam yang tidak dapat disekat
oleh sesuatupun sehinggalah mereka menguasai Ilya.
Kata Ibnu Kathir: Panji-panji hitam ini bukan yang dibawa oleh Abu Muslim Al Khurasani yang

merampas kerajaan Bani Umayyah tetapi ia adalah panji-panji hitam lain yang datang mengiringi
Imam Mahdi.

Musnad Imam Ahmad (Hadis 8760)


Jami Tarmizi (Hadis 2270)
Lisanul Mizan oleh Ibnu Hajar (Juzuk 2 m/s 419)
Kanzul Ummal (Hadis 38652)

Hadis 66
Imam Thabrani meriwayatkan dalam kitabnya Al Ausat daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW
memegang tangan Saidina Ali dan bersabda : Akan keluar dari sulbi Ali ini seorang pemuda yang akan
memenuhu bumi dengan keadilan dan saksama, apabila kamu melihat peristiwa itu hendaklah kamu
bersama Pemuda Bani Tamim, sesungguhnya dia muncul dari sebelah Timur dan dialah pemegang
panji Imam Mahdi.

Majma Zawaid (Juzuk 1 m/s 317)


Alurful Wardi (m/s 62)
Fatawa Hadisiah (m/s 40)
Al Izaah (m/s 129)

Hadis 67
Al Hasan bin Sufyan dan Abu Nuaim telah meriwayatkan dari Tsauban katanya : Telah bersabda
Rasulullah SAW: Akan datang panji-panji hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah olah hati
mereka (pendukung pendukung) seperti kepingan kepingan besi (jiwa berani), barangsiapa
mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbaiahlah kepada mereka
sekalipun merangkak di atas salji.
Alurful Wardi (m/s 64)
Alburhan (Bab 7 Hadis 5)
Uqdud Durar (m/s 95)
________________________________________
Hadis 68
Imam Nuaim bin Hammad telah meriwayatkan dari Saidina Ammar bin Yasir katanya: Pemegang panji
Imam Mahdi adalah Syuaib bin Soleh.
Alurful Wardi (m/s 68)
Hadis 69
Imam Sayuti telah meriwayatkan dari Saidina Ali katanya: Akan keluar panji-panji hitam memerangi
golongan As Sufyani, padanya ada seorang pemuda dari Bani Hasyim yang ditapak tangan kirinya ada
tahi lalat, yang dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar syuaib bin Soleh, mereka
mengalahkan golongan As Sufyani.
Alurful Wardi (m/s 69)
Hadis 70
Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka: As

Sufyani menghantar tentera berkudanya sehingga sampai keseluruh Timur dari bumi Khurasan dan
bumi Parsi, orang orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlaku pertempuran diantara
mereka di beberapa tempat. Bilamana peperangan berpanjangan mereka berbaiah kepada seorang
lelaki dari Bani Hasyim, mereka ketika itu di hujung Timur lalu dia membawa ahli Khurasan dibawah
pimpinan seorang lelaki dari Bani Tamim yang mempunyai darah ajam yang digelar Syuaib Ibnu Soleh
berkulit sawo matang dan berbadan sederhana, dia keluar kepada Al Hasyimi bersama 5000 orang
orangnya, bilamana sampai kepada Al Hasyimi beita itu dia terus bergabung dan menjadikan Pemuda
Bani Tamim pemimpinnya, kalaulah mereka menghadapi bukit-bukit yang terpasak gagah nescaya
mereka akan meratakannya. Maka bertemulah Pemuda Bani Tamim dan tentera berkuda As Sufyani
dan mendapat kemenangan keatas mereka dan memebunuh ramai tentera As Sufyani, selepas itu
golongan As Sufyani pula yang menang, Al Hasyimi berundur begitu juga Syuaib bin Soleh perrgi ke
Baitil maqdis secara diam-diam untuk menyerahkan kepimpinan kepada Imam Mahdi bilamana dia
mendengar kedatangan Imam Mahdi ke Syam.
Kata Al Walid:
Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata
sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati
tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula

Anda mungkin juga menyukai