Anda di halaman 1dari 4

Kisah Ashabul Kahfi (‫ )الكهف أصحاب‬merupakan suatu kisah benar mengenai 7 orang pemuda yang

tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Al-Quran, dari ayat 9 hingga 26; Surah Al-Kahfi, diceritakan
kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah
‫ وتعالى سبحانه‬tidurkan mereka selama 309 tahun.
Jika difikir secara logik akal, maka kisah dan cerita tentang Ashabul Kahfi termasuk suatu kejadian
pelik, luar biasa dan menakjubkan. Tiada manusia yang dapat menjelaskan bagaimana ada orang yang
boleh tidur sehingga ratusan tahun tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang beriman dan
meyakini Allah ‫ وتعالى سبحانه‬bahawa tiada yang mustahil jika Allah ‫ وتعالى سبحانه‬mengkehendakinya
demikian.
.
Allah ‫ وتعالى سبحانه‬berfirman;
َ ‫الرقِ ِيم كَانُوا ِم ْن آيَاتِنَا‬
٩﴿ ‫ع َجبًا‬ ِ ‫اب ا ْل َكه‬
َّ ‫ْف َو‬ ْ َ ‫سبْتَ أ َ َّن أ‬
َ ‫ص َح‬ ِ ‫أ َ ْم َح‬
“Adakah kamu menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘Ashabul Kahfi’
(penghuni gua) dan ‘Ar-Raqiim’ termasuk antara tanda-tanda kekuasaan Kami yang
menakjubkan?” (Surah Al-Kahfi; Ayat 9)
.
.
Dimanakah Terletaknya Gua Ashabul Kahfi
.
Telah menjadi perdebatan daripada zaman berzaman mengenai gua dan tempat
persembunyian Ashabul Kahfi. Banyak tempat mendakwa dimana berlakunya kisah ini seperti di Gua
di Jabal Qassiyyun, Syria dan Gua di Ephesus (Tarsus), Turki. Namun Gua Ashabul Kahfi (Kahf Ahlil
Kahf) yang terletak di Abu Alanda, kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan, merupakan lokasi
sejarah yang lebih menepati ciri-ciri yang dikisahkan di dalam Al-Quran.
Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Ar-Raqim’ kerana terdapat kesan tapak arkeologi
yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan ‘Ar-Raqim’ juga disebut di dalam Al-
Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan ‘Ar-Raqim’ sebagai nama anjing dan ada menyatakannya sebagai
batu bersurat.
Walau bagaimanapun, Allah ‫ وتعالى سبحانه‬tidak menunjuk dan menyatakan dengan jelas di mana tempat
sebenar mereka bersembunyi. Sebab utamanya adalah kerana ia tidak memberi manfaat bagi umat
Islam kerana Allah ‫ وتعالى سبحانه‬hanya mahu hamba-Nya mengambil iktibar kisah pejuangan tujuh
pemuda mempertahankan akidah mereka.
.
Namun begitu berdasarkan ayat 17 surah al-Kahfi, dapat kita ketahui kedudukan sebenar pintu gua
yang menjadi tempat persembunyian ketujuh-tujuh pemuda tersebut berada di sebelah utara. Firman
Allah ‫;وتعالى سبحانه‬
‫ض ُه ْم‬ُ ‫غ َربَت ت َّ ْق ِر‬ َ ‫ين َوإِ َذا‬ِ ‫او ُر ع ََٰن َك ْه ِف ِه ْم َذاتَ ا ْليَ ِم‬ َ ‫س إِ َذا َطلَعَت ت َّ َز‬
َ ‫َوت َ َرى الش َّْم‬
ِ ‫ش َما ِل َو ُه ْم فِي فَجْ َو ٍة ِ ِّم ْن ُۚهُ َذ ِلكَ ِم ْن آيَا‬
‫ت اللَّـ ِۗ ِه َمن يَ ْه ِد اللَّـهُ فَ ُه َو ا ْل ُم ْهت َ ِۖ ِد‬ ِّ ِ ‫َذاتَ ال‬
١٧﴿ ‫شدًا‬ ِ ‫ض ِل ْل فَلَن ت َ ِج َد لَهُ َو ِليًّا ُّم ْر‬ ْ ُ‫َو َمن ي‬
“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong ke kanan dari gua mereka;
dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada
dalam tempat yang luas dalam gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang
membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah,
maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya
maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat
menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 17)
.
.
Kisah Pembuktian
.
Ashabul Kahfi bukanlah kisah epik jenaka, dongeng atau suatu cerita rekaan manusia. Sejarah kejadian
tersebut sebenarnya mempunyai hubungan erat dengan kegelisahan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Iaitu semasa
ditanya oleh beberapa orang Yahudi untuk membuktikannya bahawa Baginda memang seorang Nabi
Utusan Allah ‫وتعالى سبحانه‬.
.
Orang-orang Yahudi bertanya Rasulullah ‫ﷺ‬, “Wahai Muhammad! Tolong ceritakan kepada
kami tentang kisah 7 pemuda yang rela mengasingkan diri untuk mempertahankan
keyakinannya kepada Allah ‫سسسسسس سسسسسس‬. Jika engkau sanggup menceritakan
dengan benar, maka kami juga akan mengikuti ajaranmu dan menjadi sebahagian
daripada orang Islam.”
Lalu Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬memohon pertolongan pada Allah ‫ وتعالى سبحانه‬dan selepas 15 hari kemudian
baginda mendapat wahyu tentang penjelasan kisah Ashabul Kahfi atau cerita mengenai 7 pemuda yang
ditanyakan oleh orang Yahudi tersebut. Penjelasan mengenai kisah Ashabul Kahfi ini terdpat pada
Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26, di dalam kitab suci Al-Quran.
.
.
Kisah Ashabul Kahfi
.
Sebagaimana yang telah dikisahkan turun-temurun. Pada asalnya penduduk sebuah negeri itu beriman
kepada Allah ‫ وتعالى سبحانه‬dan beribadat mengEsakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan
seorang raja bernama Diqyanus (Decius).
Raja kufur dari Rom ini, memerintah secara kejam dan kuku besi. Sesiapa yang menentang keinginan
raja, maka samalah seperti ingin mengakhiri hidupnya lebih awal. Dia memaksa rakyat di bawah
pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah ‫ وتعالى سبحانه‬serta bertukar kepada agama kufur dan
menyembah batu berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja
tersebut terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.
.
Dalam pada itu terdapat sekumpulan pemuda beriman enggan tunduk dengan tekanan Raja Diqyanus
yang kafir. Di tengah-tengah kekufuran raja, bangsa dan kaum mereka, kesemua tujuh pemuda tersebut
secara sembunyi-sembunyi tetap beriman kepada Allah ‫وتعالى سبحانه‬. Mereka teguh mempertahankan
aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat
demikian.
.
Pengesahan keberimanan pemuda-pemuda ini dinyatakan oleh Allah ‫ وتعالى سبحانه‬dalam firmanNya;
١٣﴿ ‫ق إِنَّ ُه ْم فِتْيَةٌ آ َمنُوا بِ َربِِّ ِه ْم َو ِز ْدنَا ُه ْم ُهدًى‬ ُۚ
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan
ِ ِّ ‫علَ ْيكَ نَبَأَهُم بِا ْل َح‬ ُّ ُ‫نَّحْ ُن نَق‬
َ ‫ص‬
benar; Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada
Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi;
Ayat 13)
.
Kepercayaan dan keyakinan 7 pemuda ini terus bertahan sehingga kemudiannya sampai ke
pengetahuan raja dan akhirnya mereka dipanggil mengadap Raja Diqyanus.
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat, petah berhujah
mempertahankan iman dan prinsip aqidah yang mereka yakini. Pemuda-pemuda tersebut mengakui
bahawa hanya ada satu Tuhan yang layak disembah dan diminta pertolongan. DIA-lah Allah ‫وتعالى سبحانه‬
yang Esa, Yang Maha Menguasai alam beserta isinya yang kekal abadi dan tidak akan ada sebarang
kekurangan, DIA-lah tempat kita meminta pertolongan dalam susah atau senang, suka mahupun duka.
.
Allah ‫ وتعالى سبحانه‬berfirman dan menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

ًِۖ َ ِ ‫ت َو ْاْل َ ْر‬


‫ض لَن نَّ ْدعُو‬ ِ ‫اوا‬
َ ‫س َم‬ َّ ‫ب ال‬ ُّ ‫علَ َٰى قُلُوبِ ِه ْم إِ ْذ قَا ُموا فَقَالُوا َربُّنَا َر‬ َ ‫َو َربَ ْطنَا‬
‫﴾ َه َٰـؤ ََُل ِء قَ ْو ُمنَا ات َّ َخذُوا ِمن دُونِ ِه آ ِل َهة‬١٤﴿ ‫طا‬ ً ‫ط‬ َ ‫ش‬ َ ‫ِمن دُونِ ِه إِلَ َٰـ ًه ِۖا لَّقَ ْد قُ ْلنَا إِذًا‬
١٥﴿ ‫علَى اللَّـ ِه َك ِذبًا‬ َ ‫ان بَ ِيِّ ِۖ ٍن فَ َم ْن أ َ ْظلَ ُم ِم َّم ِن ْافت َ َر َٰى‬
ٍ ‫س ْل َط‬
ُ ‫علَي ِْهم ِب‬ َ ‫ون‬ َ ُ ‫لَّ ْو ََل يَأْت‬
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka sewaktu mereka berdiri (di hadapan raja)
lalu mereka berkata (membentangkan dan menegaskan tauhid): “Tuhan kami adalah
Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi; kami tidak sekali-kali
akan menyembah Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika kami menyembah yang
lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang amat jauh dari
kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di
sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang
kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang
mengada-adakan kebohongan terhadap Allah ‫( ”?سسسسسس سسسسسس‬Surah Al-Kahfi; Ayat
14-15)
.
Raja Decius dan pengikut-pengikutnya terkejut dan gagal menjawabnya. Walaupun tidak mampu
membalas hujah-hujah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman tersebut, raja yang kufur dan zalim
itu tetap berkeras mahu mereka murtad daripada agama mereka.
Raja Diqyanus menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk mengancam dan memaksa para
pemuda meninggalkan agama mereka, jika dalam tempoh 2 hari para pemuda tersebut gagal membuat
demikian dan tidak mahu mengubah keyakinan mereka dengan segera, maka mereka akan
dimurtadkan secara paksa atau akan dijatuhi hukum mati.
.
Ramai ‘mufassirin’ (ahli tafsir) generasi salaf dan ‘khalaf’ (generasi awal Islam dan generasi yang
terkemudiannya) yang menyebutkan, para pemuda tersebut terdiri daripada anak-anak raja Rom dan
orang-orang terhormat mereka yang bersatu kerana iman. Mereka tidak takut dengan ancaman itu dan
telah bertekad untuk saling bantu-membantu dan mempertahankan keimanan mereka hingga titisan
darah terakhir. Bagi mereka lebih baik mati menggenggam iman daripada mengikuti jejak raja yang
menyekutukan Allah ‫وتعالى سبحانه‬.
.
Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda tersebut bermesyuarat sesama
sendiri untuk mencari satu keputusan muktamad. Kumpulan pemuda itu akhirnya membuat
kesepakatan untuk bersembunyi.
.
Allah ‫ وتعالى سبحانه‬berfirman ;

ِ ‫ُون إِ ََّل اللَّـهَ فَأ ْ ُووا إِلَى ا ْل َكه‬


‫ْف يَنش ُْر لَ ُك ْم َربُّكُم ِ ِّمن‬ َ ‫َوإِ ِذ ا ْعت َ َز ْلت ُ ُمو ُه ْم َو َما يَ ْعبُد‬
١٦﴿ ‫َّرحْ َمتِ ِه َويُ َهيِِّ ْئ لَكُم ِ ِّم ْن أ َ ْم ِركُم ِ ِّم ْرفَقًا‬
“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang
mereka sembah selain Allah ‫سسسسسس سسسسسس‬, maka pergilah kamu berlindung di gua
itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan
menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan
memberi bantuan yang berguna.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 16)
.
Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung ke suatu tempat tersorok di
kawasan pendalaman. Berangkatlah mereka bertujuh ke kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di
situ terdapat sebuah gua untuk dijadikannya tempat bersembunyi dan di pintu gua itulah mereka
berdoa sebelum memasukinya.
Allah ‫ وتعالى سبحانه‬berfirman pada ayat 10, Surah Al-Kahfi;

ِ ‫ِإ ْذ أ َ َوى ا ْل ِفتْيَةُ ِإلَى ا ْل َكه‬


‫ْف فَقَالُوا‬
“(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda pergi ke gua, lalu
mereka berdoa:

.
Menurut para ulama’ Ashabul kahfi (penghuni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, terdiri
daripada tujuh orang pemuda bernama;
1. Tamlikha (‫)تمليخا‬
2. Maksalmina (‫)مكسلمينا‬
3. Marthunus (‫)مرطونس‬
4. Nainunus (‫)نينونس‬
5. Saryunus (‫)ساريونس‬
6. Zunuwanus (‫)ذونوانس‬
7. Falyastathyunus (‫)فليستطيونس‬
.
Dan semasa dalam perjalanan ke gua itu, ketujuh-tujuh mereka telah ditemani oleh seekor anjing
bernama Qithmir (‫)قطمير‬. Diriwayatkan juga bahawa Qitmir adalah anjing milik Tamlikha iaitu salah
seorang daripada tujuh orang pemuda tersebut.
Anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan bersembunyi di dalam gua tersebut.
Oleh kerana keletihan, ketujuh pemuda ini tertidur sementara si anjing berada di sekitar pintu gua.
.
Keesokan harinya raja memerintahkan agar segera membawa para pemuda untuk dihukum mati, tetapi
arahan raja kejam ini menemui kegagalan kerana para pemuda telah menghilangkan diri dan sukar
ditemui. Seluruh rakyat dikerahkan untuk mencari para pemuda yang dianggap menderhaka itu.

Anda mungkin juga menyukai