Anda di halaman 1dari 2

3 budaya dipopularkan di sekolah, universiti

Oleh Tharanya Arumugam


tharanya@nst.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan akan menerapkan budaya


kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati di sekolah dan
universiti.

ADVERTISING
Ia bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
positif.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata tiga budaya itu akan disemai dan
dipopularkan dalam kalangan mereka di bidang pendidikan, termasuk
pensyarah, guru serta pelajar sekolah dan universiti, selain ibu bapa.

"Yang pertama, kita perlu menyebarkan kebahagiaan. Rakyat hidup dalam


suasana tertekan dan mempunyai kehidupan yang tertekan. Tekanan tidak
elok untuk kesihatan, emosi dan pertumbuhan.

"Perkara kedua ialah budaya kasih sayang. Ada masanya, masalah (atau
isu sosial) berlaku berikutan kekurangan kasih sayang.

"Budaya ketiga adalah hormat-menghormati. Kita perlu menghormati


antara satu sama lain walaupun ada perbezaan bangsa, agama, negeri
mahupun latar belakang.

"Ini semua adalah tiga budaya yang akan diterapkan dalam kehidupan kita,
dalam bilik darjah dan dewan kuliah. Kita tidak mahu manusia yang hanya
hidup dengan mengikut buku semata-mata. Kita juga mahu menghasilkan
graduan yang mempunyai nilai moral yang tinggi.

"Kita tidak mahu lagi mendengar mengenai kebencian atau prejudis


terhadap bangsa, agama dan pihak lain. Kita mahu meraikan perbezaan
dan perbezaan adalah kekuatan kita," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis penutup Karvinal Karangkraf, di sini, hari ini.

Maszlee berkata, perkara itu tidak akan dipaksa kepada pelajar dan guru,
sebaliknya mereka akan digalakkan untuk menjiwai ketiga-tiga budaya itu.

"Budaya itu bukanlah undang-undang, dasar atau pekeliling. Pada masa


depan, kami akan cuba membuat draf program bagi menerapkannya dalam
proses pembelajaran dan pengajaran," katanya.

Ditanya mengenai pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan


Matematik (STEM), Maszlee berkata, kementeriannya akan memberi
penekanan untuk mempertingkatkan pemikiran kritis dalam kalangan
pelajar, guru dan pensyarah.

Pada masa sama, Maszlee berkata, pihaknya akan meneruskan sebarang


inisiatif dan rancangan bermanfaat seperti dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2025.

Bagaimanapun, katanya, kementerian itu akan mengadakan semakan


separuh penggal terhadap projek, rancangan dan perkara yang
dilaksanakan bagi memastikan kecekapannya.

Anda mungkin juga menyukai